International Journal of Linguistics and Indigenous Culture https://journal-center. com/index. php/ijlic March 2024 Vol. No. e-ISSN: 3031-378X Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang Komen Borneo Bulletin berkaitan gelombang kedua Covid-19 di Negara Brunei Darussalam Farhanah binti Awang Sani, *Ashrol Rahimy Damit Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Universiti Brunei Darussalam *Corresponding Author e-mail: rahimy. damit@ubd. Received: January 2024. Revised: February 2024. Published: March 2024 Abstrak Isu berkaitan penularan wabak virus korona (Covid-19 seterusny. dan kadar kematian seluruh dunia merupakan sebab utama hampir semua rakyat merasa cemas serta bimbang terhadap kesejahteraan masing-masing. Kebimbangan ini menyumbang kepada peningkatan komunikasi warga maya di platform media sosial sehingga meninggalkan komen-komen negatif tanpa terkawal. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan kata-kata makian dalam media sosial melalui aplikasi Facebook semasa penularan Covid-19 di NBD, khususnya pada gelombang kedua di NBD. Data yang diperolehi adalah berdasarkan komen pengguna melalui ruang Borneo Bulletin. Penelitian ini memfokuskan terhadap jenis dan kategori penggunaan kata-kata makian dengan bersandarkan kepada pendekatan deskriptif teori Magnus Ljung . untuk mengkategorikan tema penggunaan kata-kata makian oleh pengguna media sosial. Secara keseluruhannya, ditemui sebanyak 19 kata-kata makian yang digunakan dalam ruangan komen Borneo Bulletin semasa Covid-19. Kata-kata makian tersebut adalah AoBabal/BabalianAo. AoMantingalAo. AoMatiAo. AoGilaAo. AoPaloiAo. AoSialAo. AoBuduhAo. AoBaieAo. AoBabiAo. AoBanggangAo. AoJuburAo. AoTalorAo. AoTaieAo. AoSetan/SyaitanAo. AoDamnAo. AoBangsatAo. AoCelaka/CilakaAo. AoOh HellAo dan AoAnjing/AnjirAo. Kesemua 19 kata-kata makian yang telah ditemui adalah bagi menunjukkan perasaan marah, tidak berpuas hati dan sebagainya dari pengguna semasa wabak Covid-19 melanda NBD. Metodologi kajian pula melibatkan dua langkah utama, iaitu pencatatan dan pemerhatian komen serta analisis makna kata-kata makian yang digunakan. Dengan menggunakan metodologi tersebut, penelitian ini bertujuan untuk mengidentifikasi dan menganalisis jenis dan kategori penggunaan katakata makian dalam komen pengguna media sosial semasa penularan Covid-19 di NBD semasa gelombang kedua. Dari hasil kajian ini, ditemui empat kata makian yang dominan digunakan oleh pengguna dalam ruangan komen Borneo Bulletin iaitu mantingal, gila, babal dan mati. Manakala kategori/tema name-calling merupakan tema yang paling dominan ditemui oleh masyarakat di NBD. Kata kunci: Penggunaan kata makian. Negara Brunei Darussalam. gelombang kedua Covid-19. Facebook. Borneo Bulletin. Analysis of profanity in the Borneo BulletinAos Comment Section related to the second wave of Covid-19 in Brunei Darussalam Abstract Issues related with the spread of Covid-19 and the death rates around the world is the main reason why almost all the citizens feel anxious about their well-being. This concern contributes to the increase in communication virtually on all social media platforms, leaving negative comments freely. Therefore, this study aims to analyse the use of profanity used by the social media users, especially through Facebook related to the spread of Covid-19 in NBD, specifically during the second wave infection in NBD. The data obtained is based on userAos comments through the Borneo Bulletin page. This study focuses on the types and categories of profanity usage. The data analysis uses a descriptive approach by using the theory of Magnus Ljung . to categorise the types of In total, 19 words were found, used in the comment section of the Borneo BulletinAos page related to Covid-19 issues. The profanity are Babal/Babalian. Mantingal. Mati. Gila. Paloi. Sial. Buduh. Baie. Babi. Banggang. Jubur. Talor. Taie. Syaitan/Saitan. Damn. Bangsat. Calaka/Calaka. Oh Hell and Anjing/anjir. The 19 profanities that have been used are mostly to show feelings of anger, dissatisfaction and frustration. This research International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a methodology involves two main steps, namely collecting textual data and observing through the comments. Also, analyzing the meanings of the profane words used. By employing this methodology, the study aims to identify and analyze the types and categories of profanity usage in social media user during the Covid-19 transmission in NBD, particularly during the second wave. From this study, it has found that there are four widely used profanities by users in the comment section of Borneo Bulletin, namely mantingal, gila, babal and mati. While name-calling is the most dominant theme used by the communities in NBD. Keywords: Profanities. Brunei Darussalam. second wave of Covid-19. Facebook. Borneo Bulletin How to Cite: Sani. , & Damit. Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang Komen Borneo Bulletin berkaitan gelombang kedua Covid-19 di Negara Brunei Darussalam. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture, 2. , 1Ae21. https://doi. org/10. 36312/ijlic. https://doi. org/10. 36312/ijlic. CopyrightA 2024. Sani & Damit This is an open-access article under the CC-BY-SA License. PENGENALAN Borneo Bulletin merupakan akhbar berbahasa Inggeris yang terkemuka di NBD yang diterbitkan dalam bentuk bercetak dan dalam talian . nline newspape. , dan telah memberi sumber berita untuk negara tersebut sejak 1953 serta diterbitkan oleh Brunei Press Sdn Bhd. Borneo Bulletin telah mencipta akaun tersendiri di dalam media sosial seperti Facebook dan Instagram. Siaran akhbar melalui laman sesawang sememangnya memudahkan rakyat untuk meraih berita harian secara berkesan dan cepat. Setentunya kemajuan teknologi menjadikan laman sesawang bukan sahaja sebagai medium untuk memperolehi maklumat, malah berkembang kepada media sosial yang menggabungkan tiga elemen utama, iaitu teknologi, perbualan dan perkongsian maklumat (Hajah Siti Zuraihah, 2. Media sosial menjadi sebuah trend bagi mengisi masa lapang bagi setiap lapisan masyarakat serta mendapatkan berita terkini secara dalam talian. Ini telah menarik minat pengguna melibatkan diri secara aktif dalam berinteraksi dengan pelbagai tujuan serta mengekspresikan luahan hati mereka terhadap pihak tertentu. Namun, penggunaan media sosial yang meluas ini juga memberikan impak negatif kepada masyarakat. Pengguna media sosial sering kali memanfaatkannya untuk menyebarkan fitnah, mengakses informasi yang tidak tepat dan sebagainya. Menurut Mohd Dahlan A. Malek . Aodisebabkan generasi muda masa kini banyak menghabiskan masa dalam dunia siber, tidak mustahil pelbagai bentuk jenayah boleh Antara jenis jenayah siber yang berlaku adalah seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data computer, kecurian maklumat, menyalin perisian secara tidak sah, judi siber, skim cepat kaya, penggodam atau "hacker", pencerobohan, pornografi, gangguan seks, ancaman atau fitnah melalui emel dan sebagainyaAo . Tidak dinafikan bahawa penggunaan media sosial lebih banyak keburukannya berbanding kebaikannya. Begitu juga halnya dengan penggunaan kata-kata makian dalam media sosial. Penggunaan kata-kata makian dilihat semakin selesa dituliskan dalam ruangan media Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu, kata makian merujuk kepada katakata yang keji untuk menghina atau mengutuk orang lain (Kamus Pelajar Edisi Kedua. Ini bermaksud pertuturan yang beunsurkan penghinaan mahupun mengutuk dianggap sebagai kata-kata keji. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan melalui jaringan media sosial iaitu aplikasi Facebook, ditemui penggunaan katakata makian International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a yang meluas, contohnya penggunaan kata AobabiAo. AoanjingAo. AotalorAo. AobabalAo. AomentingalAo dan sebagainya bagi meluahkan rasa tidak puas hati atau kesal, terutama sekali katakata sedemikian kerap dituturkan semasa penularan wabak kedua Covid-19 di NBD. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekhuatiran para penduduk yang menjadikan mereka menuturkan kata-kata yang kurang sopan. Semenjak berlaku gelombang kedua jangkitan Covid-19 di NBD pada 7hb Ogos 2021 lalu di NBD. Kementerian Kesihatan NBD . eterusnya MOH) dan penduduk berganding bahu untuk menangani jangkitan Covid-19 yang semakin menular. Memandangkan NBD tidak merekodkan jangkitan tempatan hampir setahun, maka gelombang kedua mengejutkan penduduk NBD sehingga masyarakat menjadi cemas akan kesejahteraan masing-masing. Oleh yang demikian, kerajaan NBD beserta MOH berganding bahu untuk mengendalikan jangkitan tempatan dengan memperkenalkan pelbagai langkah seperti melakukan sekatan terhadap perkumpulan ramai, membuat perintah berkurung dari jam 8 malam hingga 4 subuh . ang digelar Operasi Puli. dan pelbagai cara untuk membendung jangkitan Covid-19 di NBD. Namun tidak semua masyarakat mempersetujui sekatan-sekatan yang diperkenalkan yang menjadikan ketidakpuasan bagi segelintir masyarakat. Pelaksanaan Operasi Pulih untuk berada di dalam rumah dari jam 8 malam hingga 4 subuh telah menimbulkan pelbagai spekulasi oleh masyarakat apabila nama dan wajah para pesalah didedahkan dalam persidangan mahupun dalam ruang Borneo Bulletin. Selain itu, tidak terkecuali juga ditemui penggunaan kata-kata makian oleh masyarakat di NBD bagi menyatakan perasaan risau mahupun ketidakpuasan hati terhadap tindakan si pesalah. Oleh itu, penggunaan kata-kata makian berkaitan dengan jangkitan Covid-19 di NBD dianalisis dalam penulisan ini dengan terperinci. COVID-19 DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Pada mulanya, penularan wabak Covid-19 berasal dari Wuhan, negeri China yang bermula pada hujung tahun 2019. Gelombang pertama jangkitan Covid-19 di NBD adalah pada 9 Mac 2020. Kes tersebut menunjukkan peningkatan dari sehari ke Oleh itu, pihak kerajaan NBD telah mengambil tindakan untuk mengawal dan mengurangkan kes jangkitan seperti penutupan masjid-masjid, balai ibadat, penutupan sekolah, penutupan dine-in, membatalkan acara keramaian dan menyekat kemasukan orang ke negara ini. Selain itu, ketika gelombang pertama jangkitan Covid19 mulai meningkat di negara NBD, para penduduk pun turut merasa bimbang dan Hal ini menjadikan masyarakat di NBD tidak terkecuali melakukan panic buying dan terjadinya bermacam berita palsu yang dikongsikan dalam media sosial. Isu sedemikian sememangnya meraih perhatian setiap penduduk dan menghasilkan komen-komen negatif daripada segelintir masyarakat. Komen-komen negatif termasuk penggunaan kata-kata makian, sindiran mahupun diskriminasi kaum. Tambahan lagi. NBD juga bebas dari Covid-19 hampir setahun. Masyarakat bebas dari penggunaan pelitup muka sejak Mei 2021 disebabkan oleh tiada kes tempatan pada ketika itu. Walaubagaimanapun, pada 7hb Ogos 2021. MOH mengumumkan gelombang kedua Covid-19 yang mulai merebak dan merupakan jangkitan kes tempatan. Pengumuman tersebut kembali menimbulkan kecemasan dan kekhawatiran di kalangan penduduk NBD, serta menyebabkan penyebaran berita palsu di media sosial. Akibatnya, terjadi penggunaan bahasa kesat dalam komen di International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a media sosial oleh masyarakat NBD yang diteliti dalam analisis kajian ini. Setakat 12hb Januari 2022, kajian terhadap penggunaan kata makian yang berkaitan dengan jangkitan Covid-19 di NBD amatlah terhad. Namun, kajian lepas yang melibatkan penularan Covid-19 sememangnya semakin berkembang. Kajian Wafiqah Asnola dan Zulfadzlee Zulkiflee . yang bertajuk AoDiskriminasi Kaum Di Negara Brunei Darussalam Dalam Situasi Pandemik Gelombang Kedua COVID-19Ao. Kajian tersebut menyentuh isu diskriminasi yang berlaku di NBD yang melibatkan program vaksinasi Covid-19. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa penularan wabak Covid-19 ini menjadikan masyarakat di NBD semakin bimbang sehingga terjadinya diskriminasi kaum. Dalam kajian tersebut, disentuh tentang isu diskriminasi kaum yang sememangnya perlu dikawal. Malahan, isu sebegini dipandang ringan oleh segelintir masyarakat. Tindakan membuat perbezaan berdasarkan bangsa, jantina, umur, agama, atau orientasi seksual perlulah diambil berat kerana melibatkan perasaan manusia. Isu sensitif sedemikian sepatutnya tidak berlaku kerana kehidupan di dunia ini melibatkan pelbagai kaum justeru perlulah bersikap adil. Selain itu, bukan sahaja diskriminasi kaum, malah penggunaan katakata makian juga perlu dikawal yang sememangnya dapat dilihat semakin selesa digunakan dalam media sosial. Tambahan pula isu yang melibatkan gelombang kedua di NBD. PERMASALAHAN KAJIAN Penggunaan kata-kata kesat semakin meluas digunakan oleh segelintir masyarakat semasa berinteraksi atas talian. Kata makian sering digunakan bagi mengekspresikan emosi sehingga dianggap sebagai cara yang dapat mengukuhkan perasaan tersebut. Terdapat beberapa jenis kata makian seperti cacian, kata-kata kotor, tabu, vulgarisme dan sebagainya. Unsur ini cenderung digunakan sebagai perwujudan ketidaksenangan, kebencian atau ketidakpuasan hati terhadap sesuatu situasi yang dihadapi. Umumnya, majoriti penduduk di NBD sememangnya dari kalangan masyarakat Melayu, kerana NBD merupakan sebuah negara Melayu, dihuni serta ditadbir oleh orang Melayu (Jaluddin Chuchu, 2. Secara amnya. Melayu dianggap kaya dengan kesantunan berbahasa. Azlina Mohd Kiram dan Raja Masittah . menyatakan kesantunan dalam berbahasa dan perilaku yang baik ketika berinteraksi amat dipentingkan dalam masyarakat Melayu. Namun, semasa penularan Covid-19 di NBD, komen yang ditulis melibatkan penggunaan kata makian adalah dianggap kurang sopan. Masyarakat Melayu di NBD mengamalkan cara hidup dan budaya yang tercermin dengan konsep Melayu Islam Beraja (MIB), yang merangkumi elemen kebudayaan, kebahasan, sosial dan ekonomi. MIB adalah falsafah NBD yang menitikberatkan kepada keunikan identiti Melayu, penganut agama Islam dan pemerintahan beraja. Aspek MIB menekankan nilai-nilai seperti kesetiaan kepada raja dan negara, hormat-menghormati dan ketegasan terhadap prinsip-prinsip Islam dalam kehidupan harian. Pegangan Islam juga memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu di NBD (Prof. Dr. Haji Mahayuddin & Muhd Afiq, 2. Pengaruh agama Islam dapat dilihat dalam pelbagai aspek termasuk adat istiadat, seni, bahasa dan arkitektur. Salah satu contohnya adalah pelaksanaan ibadah solat, puasa Ramadan dan kegiatan keagamaan lain yang menjadi rutin dalam kehidupan sehari-hari. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a Secara keseluruhan, cara hidup dan budaya masyarakat Melayu di NBD menonjolkan unsur-unsur MIB dan pegangan Islam sebagai pegangan utama yang membentuk identiti dan keharmonian dalam kehidupan sehari-hari. Namun semenjak penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia, tidak dinafikan bahawa penggunaan kata-kata makian semasa memberikan komen oleh masyarakat semakin meluas apabila terkait dengan isu jangkitan Covid-19 di NBD. Oleh itu, kajian ini menganalisis jenis-jenis penggunaan katakata makian dalam ruang Borneo Bulletin semasa gelombang kedua di NBD bagi menjelaskan tentang jenis-jenis penggunaan kata-kata makian. Dengan mengkaji penggunaan tersebut, kajian ini membuktikan bahawa ujaran tersebut tergolong dalam ungkapan yang kurang sopan untuk menjadi pilihan ketika menuliskan komen kerana segelintir masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza. Pelantar ini telah menjadi saluran utama untuk pertukaran maklumat dan interaksi sepanjang penyebaran Covid-19. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini menggariskan dua objektif yang ingin dicapai. Iaitu: Mengkategorikan katakata makian dalam ruang Borneo Bulletin semasa gelombang kedua Covid-19 di NBD berdasarkan teori Magnus Ljung . Menganalisis tema penggunaan kata-kata makian yang paling dominan METODOLOGI Untuk memperolehi data komprehensif berkaitan dengan penggunaan katakata makian semasa jangkitan Covid-19 di Brunei, pendekatan sistematik telah digunakan untuk memilih ruang Facebook yang berkaitan. Proses pemilihan melibatkan mengenal pasti halaman yang membincangkan topik seperti Covid-19, garis panduan kesihatan, sentimen orang ramai dan perbincangan berkaitan wabak Covid-19 di Brunei. Untuk kajian ini, ruang Borneo Bulletin telah menjadi rujukan penting dalam analisis teks media. Pemilihan Borneo Bulletin, saluran media terkemuka di NBD sebagai sumber utama untuk kajian ini kerana jangkauan dan pengaruhnya yang luas dalam konteks tempatan. Dengan menganalisis kandungan yang dikongsi di halaman Facebook Borneo Bulletin, telah memperoleh pandangan berharga tentang corak komunikasi, strategi komunikasi dan wacana awam semasa jangkitan Covid-19 di NBD. Penggunaan Facebook sebagai sumber data membantu mengkaji interaksi dinamik antara media tradisional dan platform media sosial, memberikan pemahaman menyeluruh tentang cara maklumat disebarkan, diterima dan dibincangkan dalam era digital. Selain itu, ruang Facebook Borneo Bulletin berfungsi sebagai platform perwakilan untuk penglibatan media dan penyertaan Komen, reaksi dan perkongsian pada siaran mereka menawarkan penunjuk sentimen awam yang berharga, membolehkan penerokaan respons, kebimbangan dan persepsi komuniti semasa pandemik Covid-19. Dengan mendalami kandungan dan corak penglibatan pada platform ini, boleh mendapatkan pandangan yang lebih mendalam tentang cara naratif media diterima dan berpotensi dicabar dalam konteks Brunei. Tambahan pula, pilihan halaman Facebook Borneo Bulletin adalah sejajar dengan rangka metodologi analisis teks kerana menyediakan sumber data teks yang kaya untuk dianalisis secara sistematik. Secara keseluruhannya, pemilihan halaman Borneo Bulletin sebagai rujukan utama untuk penyelidikan ini International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a membolehkan penerokaan menyeluruh teks media, wacana awam dan penglibatan masyarakat dalam konteks jangkitan Covid-19. Selain itu, data-data yang diperolehi adalah daripada komen dalam ruang Borneo Bulletin. Tempoh pengumpulan data adalah dari 7hb Ogos 2021 sehingga 7hb November 2021. Tarikh 7hb Ogos merupakan hari pertama kes jangkitan gelombang kedua Covid-19 di negara ini diumumkan yang membawa kepada kekhawatiran penduduk di NBD yang dapat dilihat menerusi komen ruang Borneo Bulletin. Dalam tempoh tiga bulan tersebut, diperolehi sebanyak 19 kata-kata kesat yang digunakan dalam ruang tersebut. Proses pengambilan kata-kata makian bermula dengan membaca setiap pos dan ruangan komen. Kemudian, kata-kata makian yang ditemui telah dicatat dan dianalisis ayat yang dituliskan di dalam ruangan tersebut dalam Microsoft Word. Kata-kata kesat disusun mengikut abjad dan frekuensi kata-kata kesat itu dituliskan dalam media sosial. Setelah kesemua kata-kata kesat sudah dikumpulkan dan disusun, dicari makna setiap kata-kata kesat tersebut dalam kamus. Sebagai tambahan, kaedah yang digunakan untuk menghasilkan fekuensi penggunaan kata-kata makian adalah dengan mengira setiap perkataan yang Data yang dipeolehi dikumpulkan dari komen pengguna media sosial dan kemudian dikaji setiap perkataan dalam komen tersebut. Frekuensi kata-kata makian dikira dengan menghitung jumlah kemunculan setiap kata dalam keseluruhan komen. Dengan menggunakan kaedah ini, dapat mengenal pasti dan menganalisis penggunaan kata-kata makian dalam kajian ini berdasarkan jumlah perkataan yang digunakan oleh pengguna. Batasan Kajian Kajian ini tertumpu kepada penggunaan kata-kata makian berkaitan gelombang kedua Covid-19 di NBD sahaja. Penggunaan kata-kata makian dipetik dari tiga bulan terawal gelombang kedua jangkitan Covid-19 di NBD kerana melalui penelitian data yang diperolehi dari tiga bulan terawal adalah mencukupi bagi penulisan ini. Selain itu, kajian ini juga membataskan pencarian katakata makian melalui aplikasi Facebook sahaja, kerana ketersediaan data. Facebook menyediakan akses terhadap jumlah data yang banyak dan tersedia secara umum melalui observasi. Dibandingkan dengan data melalui aplikasi Instagram adalah agak terhad berkaitan penularan Covid-19 di NBD. Data tersebut termasuk kandungan yang dihasilkan oleh pengguna, komen dan interaksi, yang dapat dianalisis untuk mendapatkan data mengenai penggunaan bahasa, sentimen dan sikap terhadap topik tertentu seperti pandemik Covid-19. Ketersediaan data tersebut menjadikannya pilihan yang mudah untuk diakses untuk melakukan penyelidikan. Hal ini memudahkan pengumpulan data bagi penulisan ini. Untuk mengumpulkan data bagi penulisan ini, terdapat lima proses bagi pengumpulan data. Proses termasuk pemilihan platform, iaitu platform yang dipilih untuk mengumpulkan data. Keputusan ini didasarkan pada populariti dan penggunaan yang luas dari platform tersebut, serta aksesibiliti data yang tersedia melalui Facebook. Kedua, penggunaan carian sedia ada iaitu ruang carian . Facebook digunakan untuk mengakses data publik yang tersedia di platform tersebut. Pengambilan data seperti konten yang diunggah oleh media, komen dan interaksi. Dengan memanfaatkan ruang carian, data yang relevan dan representatif dapat dikumpulkan untuk analisis lebih lanjut. Proses seterusnya adalah Pemilihan Waktu. Penulis membatasi pencarian data pada tiga bulan awal gelombang kedua International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a penyebaran Covid-19 di NBD. Jangka waktu ini dipilih kerana dianggap mencukupi untuk memperoleh data yang relevan dan mencerminkan situasi pada saat itu. Yang keempat pula. Pemilihan Ruang Komen. Data yang dikumpulkan difokuskan pada komen yang muncul dalam ruang Borneo Bulletin di Facebook. Ruang ini dipilih kerana memiliki pendedahan yang luas berkaitan penyebaran virus Covid-19 di NBD, sehingga memberikan akses yang relevan dan bermakna terhadap data yang Proses yang terakhir adalah Proses Pencatatan. Pencatatan melibatkan pengumpulan komen yang mengandungi kata-kata makian dan dianalisis berdasarkan teori Magnus Ljung . Dengan mengikuti proses tersebut, penulis berhasil mengumpulkan data yang diperlukan untuk menganalisis penggunaan katakata makian berkaitan dengan gelombang kedua Covid-19 di NBD. Pendekatan ini memastikan kesahan data yang digunakan dalam penulisan ini. Penulisan ini juga memfokuskan kepada komen-komen yang dituliskan oleh pengguna media sosial berkaitan dengan penularan wabak Covid-19 di NBD. Oleh itu, pemilihan data bagi kajian ini bermula dari 7hb Ogos 2021 sehingga 7hb Februari 2022. Tarikh 7hb Ogos merupakan hari pertama kes jangkitan gelombang kedua Covid-19 di negara ini diumumkan yang membawa kepada kekhawatiran penduduk di NBD yang dapat dilihat menerusi komen ruang Borneo Bulletin. Maka, jangka waktu selama tiga bulan adalah memadai bagi mengutip data yang diperlukan untuk kajian ini. Borneo Bulletin telah melaporkan pelbagai laporan sepanjang jangkitan Covid-19 meliputi 'peningkatan kes Covid', 'Operasi Pulih', iaitu yang melibatkan penduduk perlu berada di rumah dari jam 8 malam hingga 4 pagi, yang dilaporkan pada Januari 2022, juga 'kadar kematian yang tinggi', serta 'ditahan kerana tidak mematuhi Operasi Pulih'. Segala laporan yang tesebut telah menghasilkan pelbagai reaksi oleh masyarakat dan mengandungi penggunaan kata kesat seperti yang dianalisis dalam kajian ini. Kerangka Teori Teori Magnus Ljung . Bagi menganalisis data, kajian ini menggunakan teori yang dikemukakan oleh Magnus Ljung . bagi mengkategorikan kata-kata yang diperolehi dalam kajian Menurut Ljung . 1: . ada empat kriteria dalam pembahagian makian, iaitu . Makian mengandungi kata-kata tabu, . Makian non-literal, . Makian merupakan bahasa formulaik dan . Makian bahasa emotif: fungsi utamanya adalah untuk mencerminkan perasaan dan sikap pembicara. Penggunaan makian merupakan bentuk fungsi bahasa emotif atau ekspresif, iaitu untuk menyampaikan perasaan dari Fungsi emotif atau ekspresif, iaitu ekspresi langsung dari sikap pembicara terhadap suatu yang dibicarakan. Mahupun ekspresi marah, kesal, kecewa dan kesal. Menurut Ljung . , makian merupakan sebahagian daripada ungkapan yang mengandungi perkataan tabu. Perkataan pantang larang itu sendiri tidak sesuai untuk disebut kerana ia membawa kepada ujaran negatif. Walaupun perkataan pantang larang berbeza dengan makian, makian juga merupakan sebahagian daripada lafaz pantang larang kerana mempunyai makna bukan literal (Ljung 2. Ljung . mengkategorikan pantang larang bahasa Inggeris dengan melibatkan rujukan seksual, kata-kata kotor, rujukan skatologi dan menjijikkan, nama haiwan, penghinaan etnikkaum-jantina, rujukan yang menghina, istilah kesat dan slanga menyinggung International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a Lebih-lebih lagi, kebanyakan penutur melafazkan sumpah seranah perkataan menggunakan intonasi, tekanan, dan nada suara yang tinggi (Ljung 2. Oleh itu, makian adalah dianggap kurang sopan secara sosial di sekeliling masyarakat. Kajian berkaitan kata makian dalam konteks tabu memberikan pandangan tentang dinamika sosial dan budaya penggunaan bahasa. Penggunaan makian menyerlahkan bagaimana bahasa boleh digunakan untuk meluahkan emosi, menegaskan kuasa atau mencabar norma masyarakat. Selain itu, juga memberi penerangan tentang peranan tabu dalam membentuk bahasa dan komunikasi, serta akibat sosial yang berkaitan dengan pelanggaran bahasa pantang larang. Secara ringkasnya, makian dan tabu adalah saling berkaitan kerana makian melibatkan penggunaan bahasa yang dianggap tabu yang melanggar norma dan nilai sosial. Memahami hubungan antara makian dan tabu menyumbang kepada pengetahuan tentang bahasa, budaya dan dinamik sosial. Selain itu, bagi kategori tabu. Ljung . 1: . membahagikan kepada lima tema utama, iaitu . Tema keagamaan/ghaib, . tema skatalogi, . tema organ seks, . tema aktiviti seksual dan . the mother . Tema skatalogi menerangkan idea atau perkataan yang merujuk kepada najis atau minat terhadap najis (Grammarist, 2. Skatologi kadangkala digunakan dalam erti kata yang lebih luas untuk bermaksud kelucahan, tetapi biasanya merujuk kepada najis. Kata-kata sedemikian biasanya dianggap sebagai kata-kata makian, dan tidak sesuai dalam situasi komunikasi Oleh itu, analisis kajian dalam penulisan ini memfokuskan pengkategorian mengikut tema dalam penggunaan kata-kata makian yang digunakan oleh penduduk di NBD. Sebagai tambahan. Ljung . juga memperkenalkan tema sampingan . inor them. yang termaktub di dalamnya lima pembahagian iaitu ketutruan . , haiwan, kematian, penyakit dan pelacuran. Ljung . juga memperkenalkan kategori name-calling dalam buku beliau seperti penggunaan Aoyou Idiot!Ao atau AosnobAo sebagai contoh untuk ujaran makian. Berikut adalah rajah yang menggambarkan pembahagian makian berdasarkan kriteria yang dikemukakan oleh Ljung . Gambar 1. Hubungan antara pembahagian makian dan kategori tabu International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a Rajah (Gambar . menggambarkan hubungan antara pembahagian makian dan kategori tabu. Kategori tabu kemudian dibahagikan kepada lima tema utama, iaitu tema keagamaan/ghaib, tema skatalogi, tema organ seks, tema aktiviti seksual dan tema ibu . seperti yang dihuraikan oleh Ljung . Sorotan Literatur Penggunaan katakata makian kadangkala berbeza di antara individu dengan individu lainnya. Punca situasi ini berlaku sukar ditentukan sebabAasebabnya, tetapi menurut Jay . , punca terjadinya berlainan penggunaan kata-kata makian adalah disebabkan faktor persekitaran sosial dan budaya, keluarga serta masyarakat setempat yang menjadikan sesuatu kata itu mengalami perkembangan dan perubahan (Jay, 2. Begitu juga halnya dalam kajian ini. Diperoleh pelbagai kata makian yang dituliskan dalam aplikasi Facebook dalam ruang komen Borneo Bulletin. Selain itu, ditemui kajian terdahulu yang dikaji oleh pengkaji luar sebagai sandaran dalam kajian Menurut Dewi Yanti dan Rai Bagus . , dalam kehidupan bersosial, terkadang penggunaan bahasa dapat menyinggung orang yang diajak berbicara. Ungkapan tersebut sering disebut atau dikategorikan sebagai makian (Dewi Yanti & Rai Bagus. Walaupun penggunaan kata makian dianggap menyinggung perasaan, namun sejak akhir-akhir ini, melalui data yang diperoleh, masyarakat seakan selesa berkomunikasi menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak berhemah di tempat awam. Begitu juga dalam penulisan Dewi Yanti dan Rai Bagus . , menyatakan bahawa perkembangan zaman dan teknologi di Indonesia dapat dilihat pada penggunaan makian yang dilakukan dalam aktiviti berbahasa masyarakat Indonesia. Penggunaan bahasa makian kini tidak hanya dalam ragam lisan, kini menyebar pula pada ragam tulis. Kajian tersebut menemui penggunaan kata makian dilihat dari segi indeks usia, jenis kelamin dan pendidikan mempengaruhi referensi makian yang dihasilkan. Sememangnya tidak dinafikan bahawa penyebaran bahasa makian juga terkait dengan perkembangan teknologi yang mudah diakses oleh setiap Pengaruh interaksi sosial juga merupakan satu lagi sebab berlakunya penggunaan kata makian yang dilihat semakin meningkat. Jay . mengambil tanggapan bahawa manusia menggunakan kata-kata makian kerana mereka tidak cukup bijak untuk menyatakan diri mereka dengan cara lain apabila emosi tidak Menurut beliau, sebab utama penggunaan makian ini adalah suatu luahan pemikiran seseorang. Sebagai tambahan, dalam buku Ljung . bertajuk Swearing: A Cross-Cultural Linguistic Study, kata makian atau sumpahan berlaku disebabkan emosi yang tidak terkawal. Diertikan sebagai ekspresi langsung sikap penutur terhadap isu yang dituturkannya, fungsi emotif merangkumi keseluruhan perasaan yang mungkin ada pada seseorang (Jay, 2. Malah, kata-kata tersebut sememangnya muncul dalam masyarakat, lebih-lebih lagi jika emosi seseorang Seringkali terjadinya penggunaan makian apabila seseorang sedang marah, kecewa dan sebagainya. Dipercayai bahawa kata-kata makian adalah salah satu cara untuk menunjukkan ekspresi emosi dan hampir mustahil untuk mengukuhkan ekspresi emosi tanpa menggunakan kata makian (Jay, 2. Seperti kajian Kuswidyanto dan Widyastuti . membuktikan bahawa kata makian AofuckAo cenderung sering diucapkan dan muncul dalam berbagai konteks di film Bachelorette. Bukan sahaja pada dialog seharian, namun dalam penulisan dialog perfileman juga tidak terkecuali menggunakan kata-kata makian. Dalam penulisan International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a kedua penulis tersebut, kata-kata makian diucapkan untuk menyatakan perasaan marah, kecewa, terkejut atau kemalangan yang tidak dijangka, dan pemberian Untuk kemarahan perasaan, penceramah dalam filem tersebut menggunakan Tuhan, sial, bangsat, persetan dan AomotherfuckerAo. Untuk meluahkan kekecewaan, penceramah menggunakan neraka, sial. AofuckAo, dan AofuckingAo. Dalam memberi sokongan, penggunaan kata makian fuck adalah yang paling dominan. Katakata sedemikian cenderung untuk diucapkan oleh wanita dalam keadaan tertentu dalam filem Bachelorette. Penulisan tersebut berhasil menjumpai ke empat-empat tema yang dibahagikan oleh Ljung . Selanjutnya, kajian Nicolas dan Pujante . menunjukkan bahawa ungkapan kata makian termasuk penghinaan, ancaman dan menyatakan suruhan. Ungkapanungkapan ini dianggap sebagai bahagian daripada budaya permainan secara atas talian dan memainkan banyak fungsi, seperti untuk meningkatkan keseronokan, mengalihkan perhatian lawan, membantu melepaskan kemarahan dan memberikan rasa kebebasan kepada pemain. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah temubual, rakaman suara dan pemerhatian tidak formal. Penggunaan kaedah-kaedah sedemikian amatlah bersesuaian dan berkesan memandangkan data-data yang diperoleh adalah semulajadi dan bukan direka semata-mata. Kajian kuantitatif yang digunakan dalam kajian beliau memanfaatkan mereka kerana dapat meraih data yang dapat diukur dan menghasilkan hasil yang dipercayai. Menurut Madrigal dan McClain . Aokeberkesanan kajian kuantitatif memberikan data yang bersifat deskriptif, kerana membolehkan kita mendapat data daripada populasi yang besarAo. Ini bermaksud dengan penggunaan kaedah kuantitatif, keberkesanan sebuah kajian tidaklah diragui. Selain itu, kajian tersebut juga mendapati bahawa penggunaan katakata makian dalam permainan atas talian adalah perkara biasa dan tidak dianggap menyinggung perasaan. Ini juga disebabkan oleh budaya sosial bangsa luar yang tidak menitikberatkan tutur kata yang halus ketika bertutur. Selain itu, kajian oleh Loae Fakhri Jdetawy . tertumpu kepada penggunaan kata-kata makian dalam bahasa Inggeris sahaja. Oleh yang demikian, penggunaan kata-kata makian penutur Barat mungkin berbeza dengan penutur Melayu. Memandangkan penutur Melayu terkenal dengan budaya yang sering dikaitkan dengan tutur kata yang halus. Sedangkan penutur Barat lebih terkenal dengan sifat bertutur secara terus terang. Sebagai contoh, terdapat kata-kata makian yang dianggap ofensif di England contohnya perkataan wog, bollocks, bloody, tetapi tidak dianggap ofensif di Amerika (Jay, 2. Selanjutnya, kajian Rizky Amalia Maulidiatsani . menunjukkan perbandingan kebiasaan mencaci oleh dua tokoh yang berbeza latar belakang dengan tujuan untuk menunjukkan pengaruh latar belakang sosial terhadap kebiasaan menggunakan kata makian. Namun, dalam kajian tersebut data yang diperolehi adalah melalui filem. Secara amnya, data yang diperolehi mungkin sahaja diragui kesahihannya disebabkan dialog dalam perfileman adalah direka, maka data yang diperolehi bukanlah suatu yang kukuh. Walaupun pada dasarnya mengkaji filem merupakan sebuah kajian yang diterima, tetapi bagi mendapatkan data yang berkaitan dengan kata-kata makian, data yang diperolehi tidaklah semula jadi. Selanjutnya, kajian Nadhifa Indana Zulfa . menunjukkan bahawa kata-kata tabu yang digunakan dalam media sosial terdiri atas: . kata-kata cabul . , . International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a bahasa vulgar . ulgar languag. , serta . penyebutan nama dan hinaan . ame-calling and insul. Walaupun kajian beliau menjumpai tiga aspek kata-kata tabu berkaitan dengan penggunaan kata-kata makian, namun data yang digunakan adalah terhad iaitu hanya menggunakan satu teks sahaja bagi penganalisisan data. Kajian beliau akan menjadi lebih menarik jika data beliau adalah lebih luas. Namun, kajian beliau masih menarik kerana beliau menyentuh bidang Linguistik Forensik dengan mengaitkan penggunaan kata-kata makian yang melanggar hukum. Tambahan lagi, kajian Sri Siti Puji et al. menyimpulkan bahawa bahasa makian yang ditemukan adalah referensi makian dari segi keadaan, binatang dan Hal yang sama juga didapati dalam kajian ini iaitu berkaitan dengan data Data kajian yang diperoleh sebanyak empat jenis teks sahaja dalam media Hasil dapatan yang agak terhad. Namun, kajian mereka akan menjadi lebih menarik jika mereka meninjau dengan lebih luas serta menambahkan lagi data Serta analisis secara deskriptif dengan mengkategorikan kata-kata makian yang diperoleh daripada media sosial dengan berlandaskan pendekatan Rai Nice Triadi . Berikutnya, kajian Mohd Saipuddin Suliman et al. mengetengahkan isu pandemik Covid-19 berdasarkan perspektif bahasa, sastera dan budaya. Hasil kajian mereka mengutarakan pandangan bahawa impak pandemic telah mengubah secara tidak langsung dunia kebahasaan, kesusasteraan dan kebudayaan. Menerusi aspek kebahasaan, beberapa perkataan yang jarang diguna pakai sebelum ini menjadi tular Menerusi bidang kebahasaan, selain pemakaian istilah yang tidak standard, terdapat juga permasalahan lain telah dikenal pasti. Antaranya seperti pemahaman maklumat yang salah khususnya oleh warga asing yang menetap di negara Malaysia. Sebagai contoh, warga asing tidak dibenarkan untuk hadir Solat Jumaat serta solat berjemaah di masjid atau di surau. Namun, terdapat segelintir warga asing yang tetap hadirdan akhirnya. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mereka agak umumdan tidak diperinci secara mendalam. Walaubagaimanapun, kajian mereka mempunyai jalinan persamaan dengan kajian pengkaji iaitu meneliti penggunaan bahasa semasa jangkitan Covid-19, namun aspek sastera tidak dikaji dalam kajian ini. Dapatan Kajian Setelah pengumpulan data melalui media sosial Facebook, khususnya dalam Borneo Bulletin, berikut merupakan senarai kata-kata makian yang dituliskan oleh masyarakat berkaitan dengan pelbagai berita yang diunggah di laman tersebut mengenai jangkitan Covid-19 di NBD semasa gelombang kedua beserta makna katakata makian tersebut berlandaskan PRPM dan kamus Melayu Brunei yang dirujuk dari ruangan carian Google. Jadual 1. Penggunaan Kata-kata Makian Bil. Kata Makian Makna Kata (PRPM & DMB) Data 1 Babal/Babalian putik nangka, kebabal. (Kamus Dewan Edisi Keempa. Degil (Mengenali Dialek Melayu Brunei . uangan carian Googl. ) International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a Bil. Kata Makian Makna Kata (PRPM & DMB) Data 2 Mantingal - (PRPM) Keras kepala (DMB) Data 3 Mati Tidak bernyawa (PRPM & DMB) Data 4 Gila Tidak sihat atau tidak waras fikirannya (PRPM & DMB) Data 5 Paloi - (PRPM) Sukar mengerti/bodoh (DMB) Data 6 Sial Tidak beruntung (PRPM & DMB) Data 7 Buduh sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol (PRPM) Tidak memiliki pengetahuan (DMB) Data 8 Baie - (PRPM) Babi . umpahan - DMB) Data 9 Babi binatang mamalia yg berbadan gemuk, berkaki pendek, berkulit tebal, dan bermuncung . iharamkan bagi orang Isla. (PRPM & DMB) Data 10 Banggang sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu (PRPM) Bodoh (DMB) Data 11 Jubur (Kamus Dewan Edisi Keempa. Data 12 Talor tidak dapat mengucapkan kata-kata dgn sebutan yg betul, pelat: dr per-cakap-annya dapat diketahui dr mana dia lidahnya tidak boleh berkata dgn terang . keteloran perihal telor . alah ucapa. (PRPM) Bodoh, bebal, melakukan sesuatu yang sia-sia (DMB) Data 13 Taie hampas makanan dlm perut . anusia, binatan. yg keluar melalui dubur, najis: anjing. najis atau itu mengan-dungi benda-benda yg kasar yg tidak dapat diserap oleh tubuh. berbagai-bagai hampas, karat, kotoran, sisa. (PRPM & DMB) Data 14 Setan/Syaitan makhluk halus yg jahat . eng-galakkan orang membuat kejahatan ds. kesyaitanan spt syaitan: ia bersifat meng-hina manusia yg korup dan bersifat . (PRPM & DMB) Data 15 Damn Data 16 Bangsat orang jahat . encuri dl. : apa guna mempedulikan si . miskin (PRPM & DMB) Data 17 Celaka/Cilaka malang, sial, tidak baik: nasibnya sungguh: sesuatu yang menyebabkan penderitaan (PRPM & DMB) International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a Bil. Kata Makian Makna Kata (PRPM & DMB) Data 18 Oh Hell Data 19 Anjing/Anjir Sejenis binatang menyalak . da yg dipelihara untuk menjaga rumah dsb dan ada yg lia. (PRPM &DMB) Dari kategori yang sudah ditampilkan pada jadual 1 di atas, tersenarai katakata makian yang dituliskan oleh penduduk di NBD ketika gelombang kedua jangkitan Covid-19 dalam ruangan komen Borneo Bulletin. Adapun tema kata-kata makian yang diperolehi dalam kajian ini adalah pada tema keagamaan/ghaib, skatologi dan tema organ seks. Manakala tema berkaitan dengan aktiviti seksual dan tema ibu . tidak diperolehi dalam kajian ini. Hal ini disebabkan oleh budaya Melayu yang mementingkan kesantunan berbahasa apabila bertutur, oleh itu, dalam situasi emosi yang terkawal pun penduduk NBD masih mengekalkan kesantunan berbahasa dengan tidak melibatkan organ seks mahupun panggilan ibu . kerana hal ini agak sensitif untuk disentuh. Seperti pendapat Intan Norjahan Azman et al. , berdasarkan sejarah, di Malaysia, kesantunan merupakan identiti bagi puak Melayu dan hal ini disebabkan oleh pengaruh daripada ajaran Islam. Berbeza dengan pandangan budaya Timur, hal-hal yang berkaitan dengan makian selesa digunakan kerana sifat semulajadi yang mengekalkan pemikiran secara terbuka. Menurut Ljung . , dalam agama Kristian tetapi tidak dalam budaya Islam nama Tuhan. Christ dan lain-lain akhirnya tidak dianggap tabu dan makian melibatkan agama kini dianggap sebagai jenis makian yang ringan. Hal ini membuktikan bahawa sememangnya peranan budaya di sini yang menjadikan penggunaan kata makian yang berbeza oleh setiap individu. Jadual 2. Penggunaan Kata AobabalAo DATA PENULIS 1 PENULIS 2 BABAL PENGGUNAAN KATA MAKIAN TERJEMAHAN AYAT Babal bah jelama degil juga manusia ini. Time Covid Semasa Covid ani adangtah dulu kurangkan berhimpunAo berhimpunAo kenapakan orang Mengapa rakyat Brunei Bunai ani makin semakin degil? Susah babal? Payah kah kah mahu dengar kan ikut arahan arahan MOH? Demi MOH ani? Untuk kebaikkan sendiri jugaAo kebaikan diri jua. Selanjutnya, kekerapan yang ditemui dalam kajian ini adalah pada tema namecalling dalam penggunaan kata makian. Kata-kata makian yang termasuk dalam kategori ini adalah paloi, gila, babal, buduh dan sebagainya. Hal ini berpunca kerana emosi yang tidak terkawal disebabkan oleh kepanikan para individu. Posisi kedua ada pada kategori taboo: skatologi, adapun kata-kata yang ditemukan pada kategori ini adalah seperti taie. Selain itu, ditemui juga penggunaan kata AobabiAo dan AoanjingAo iaitu International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a merujuk kepada panggilan binatang ketika memberikan komen yang dikategorikan dalam Aominor themeAo dalam panggilan binatang. Oleh itu, daripada lima tema utama dan lima tema kecil . inor them. yang dikemukakan oleh Ljung . , hanya empat tema sahaja yang dapat dikaitkan dalam data kajian ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh perbezaan budaya antara budaya Barat dengan budaya Melayu. Tema yang ditemui adalah pada tema skatologi, organ seks, name-calling: panggilan binatang dan tema keagamaan/ghaib. Sebagai tambahan, pengkategorian yang disesuaikan adalah berdasarkan situasi penggunaan kata-kata makian dalam ruangan komen oleh masyarakat. Analisis kajian data yang dipetik melalui aplikasi Facebook adalah seperti ditunjukkan pada Jadual 2. Situasi: Si penulis memberi komen menyatakan perasaan risau dengan menggunakan kata makian AobabalAo merujuk kepada individu yang masih tidak peduli dengan nasihat MOH dan mengadakan perhimpunan ramai ketika Covid-19 melanda. Walhal, pada ketika itu. MOH telah mengisytiharkan sekatan kepada penduduk Brunei untuk tidak mengadakan perhimpunan ramai. Namun, masih ditemui sesetengah penduduk yang masih mengadakan perhimpunan yang menjadikan si penulis merasa bimbang dan cemas. Tema menurut Ljung . : Kata AobabalAo yang digunakan oleh pengguna komen tersebut adalah dikategorikan sebagai name-calling. Apabila individu menggunakan name-calling atas sebab ini, merupakan satu bentuk penderaan lisan ataupun makian menurut Ljung . Kata AobabalAo dalam frasa tersebut merupakan kata makian, iaitu orang yang dimaki tersebut dirasa tidak tahu apa apa. Makian dengan kata tersebut merupakan kelemahan seseorang yang diungkapkan. Punca utama penggunaan kata makian dalam hal ini melibatkan emosi yang tidak terkawal kerana si penulis merasa cemas walaupun hakikatnya si penulis juga memberi nasihat dalam ayat seterusnya untuk tidak mengadakan perhimpunan ramai. Seperti pendapat Ljung . bahawa makian, dalam banyak bahasa, bertujuan untuk menyatakan kesakitan, kejutan atau kegusaran. Perasaan cemas yang mendorong si penulis untuk menggunakan kata makian AobabalAo ini dikategorikan sebagai namecalling. Jadual 3. Penggunaan Kata AobanggangAo DATA PENULIS 1 PENULIS 2 PENULIS 3 BANGGANG PENGGUNAAN TERJEMAHAN AYAT KATA MAKIAN Banggang! Selfish Benggang! Penting kan diri sendiri. Tiada menyasal usul muka menyasal wajah Senyum tah Senyum lagi kamu lagi dalam kamu dalam penjaraAo penjaraAo layak th kamu kena Layak kamu di penjara. Banggang Terus kan jadi th lgi! benggangAo AoHahaha. Muka Hahaha. Wajah orang kabal saja ni. manusia kebal ni. Banggang!Ao Benggang!Ao International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a Situasi: komen ini ditemui dalam ruang Borneo Bulletin berkaitan dengan Operasi Pulih untuk berada di dalam rumah semasa jam 8 malam hingga 4 pagi. Bagi yang enggan untuk mematuhi perintah berada di rumah sepanjang jam tersebut, dikenakan saman dan jika tidak mampu membayar saman, akan dipenjarakan. Penulis komen tersebut menyatakan perasaan marah dengan menggunakan kata makian AobanggangAo dengan penggunaan tanda seru untuk meluahkan perasaan marah kepada si pelaku yang melanggar perintah kerajaan. Penulisan kata makian itu diikuti pula dengan intonasi bengis untuk menandakan perasaan kesal terhadap masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Seperti pendapat Jay . , makian ialah penggunaan bahasa tabu dengan tujuan menyatakan perasaan emosi penutur dan menyampaikan maklumat tersebut kepada pendengar. Tema menurut Ljung . : Kata AobanggangAo yang digunakan oleh pengguna komen tersebut adalah dikategorikan sebagai name-calling, serupa dengan penggunaan kata AobabalAo. Penggunaan kata dasar AobanggangAo dalam frasa tersebut merupakan kata makian dalam DMB, yang bermaksud tidak tahu apa apa. Punca penggunaan kata makian dalam hal ini dapat dilihat dari segi penulisan komen tersebut, iaitu melibatkan perasaan marah dengan sikap sesetangah masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Perasaan marah yang mendorong si penulis untuk menggunakan kata makian AobanggangAo ini dikategorikan dalam tema name-calling berdasarkan pengkategorian Ljung . Jadual 4. Penggunaan Kata AotalorAo DATA PENULIS 1 PENULIS 2 TALOR PENGGUNAAN KATA MAKIAN TERJEMAHAN AYAT Yatah spisis manusia selfish! Ini lah wajah manusia Membali inda penting kan diri! memikirkan org yg Membeli tanpa fikirkan orang yang Ampiti jua deh Telur orang lain. Talor betulAo banarAo talor jua. Sanitizer Telur betul. Sanitizer pun kan diborong. pun mahu diborong. Ampiti deh orang Kongsi dengan orang lain jugaAo Situasi: komen-komen ini ditulis semasa jangkitan Covid-19 meningkat di NBD dan masyarakat disarankan supaya mengetatkan SOP seperti untuk memakai sungkup muka, menjaga kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun ataupun Hal ini menyebabkan segelintir masyarakat mula merasa panik dan akhirnya berlaku panic buying. Penulis-penulis tersebut menyatakan perasaan kecewa dengan menggunakan kata makian AotalorAo untuk merujuk orang yang mementingkan diri sendiri. Pada dasarnya, maksud kata Aotalor/telorAo merujuk kepada sebiji telur, atau makanan. Namun, dalam DMB kata AotalorAo merujuk bodoh, bebal, melakukan sesuatu yang sia-sia. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a Tema kata makian AotalorAo di sini juga termasuk dalam name-calling (Ljung, 2. Hal ini kerana penggunaan kata dasar AotalorAo merupakan kata makian dalam DMB, yang bermaksud bodoh. Penggunaan kata makian ini merujuk kepada ujaran negatif. Berkaitan dengan pengertian makian. Ljung . mendefinisikan kata makian adalah sebuah ungkapan yang dilihat sebagai penyaluran daripada suatu emosi dan merupakan reaksi daripada seorang penutur yang menggunakan kata-kata tabu dalam bersikap emotif. Oleh itu, dapat dikaitkan dalam data ini, bahawa emosi si penulis ini merupakan perasaan kesal yang mendorong si penulis untuk menggunakan kata makian AotalorAo dan dikategorikan dalam name-calling. Punca penggunaan kata makian dapat dilihat dari segi penulisan komen tersebut, iaitu melibatkan perasaan kesal dengan sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan membeli lebih daripada yang diperlukan. Jadual 5. Penggunaan Kata AopaloiAo DATA PALOI PENGGUNAAN KATA MAKIAN TERJEMAHAN AYAT Paloi jelama ani. Bodoh manusia ini, disuruh teranah diarah kan untuk dirumah, biar berada di rumah. PENULIS 1 pulang ia kuai-kuai. mereka berjalan pula. Mudahantah orang Semoga manusia begini cemani yang tekana dijangkiti Covid, amin covid, amin PENULIS 2 Adang2th tunjukkan paloi atu ah Cukup lah tunjukkan bodoh itu PENULIS 3 paloi bnr Bodoh betul Situasi: Ditemui penggunaan kata AopaloiAo ditulis ketika masyarakat NBD disarankan untuk berada dalam rumah jika tidak ada keperluan untuk keluar rumah. Hal ini adalah langkah kerajaan untuk menangani jangkitan Covid-19 supaya tidak Namun, ditemui segelintir masyarakat yang masih enggan mematuhi perintah tersebut dan masih dilihat keluar rumah tanpa ada keperluan seperti untuk berkemah, menghadiri majlis dan sebagainya. Hal ini menyebabkan penulis-penulis komen tersebut mula merasa marah sehingga mendoakan agar si pelaku dijangkiti Covid-19. Si penulis menyatakan perasaan marah dengan menggunakan kata makian AopaloiAo untuk merujuk orang yang mementingkan diri sendiri. Bentuk referen makian AopaloiAo ini mengungkapkan emosi atau kekesalan yang dirasakan terhadap seseorang. Menurut Ljung . , tema ini juga dikategorikan sebagai name-calling. Penggunaan kata dasar AoPaloiAo merupakan kata makian dalam DMB, yang bermaksud bodoh. Punca penggunaan kata makian dapat dilihat dari segi penulisan komen tersebut, iaitu melibatkan perasaan kesal dengan sikap masyarakat yang mementingkan diri International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a Jadual 6. Penggunaan Kata AobaieAo DATA PENULIS 1 PENULIS 2 BAIE PENGGUNAAN KATA MAKIAN TERJEMAHAN AYAT Baie kali. Adang luan kamu kan Babi betul. Cukup lah melawan kerajaan. melawan Kerajaan. Dangar tah nasihat Dengar nasihat yang yg kna suruh teranah th baie bnr, babal babi betul, degil Situasi: Penulis memberi komen bagi menyatakan perasaan bimbang dengan menggunakan kata makian AobaieAo merujuk kepada individu yang tidak mematuhi perintah kerajaan ketika Covid-19 melanda. Komen ini ditulis ketika masyarakat NBD disarankan untuk berada dalam rumah jika tidak ada keperluan untuk keluar Namun, ditemui segelintir masyarakat yang masih enggan mematuhi perintah tersebut dan keluar rumah tanpa ada keperluan. Hal ini menyebabkan si penulis mula merasa marah sehingga menggunakan kata makian AobaieAo untuk merujuk orang yang enggan mematuhi perintah kerajaan. Tema penggunaan kata makian AobaieAo juga dikategorikan dalam name-calling (Ljung, 2. Name-calling menurut Ljung . ialah memberi seseorang label buruk atau negatif dengan menggunakan nama yang mudah diingati. Dalam bahasa Inggris, contoh penggunaan name-calling adalah seperti idiot, stupid, moron dan Penggunaan kata dasar AobaieAo merupakan kata makian dalam DMB. Pada dasarnya, kata AobaieAo diambil dari perkataan AobayiAo yang bermaksud anak kecil. Namun, disebabkan globalisasi, kata AobaieAo berubah menjadi suatu kata yang negatif dan merupakan suatu kata makian. Selain itu, punca penggunaan kata makian tersebut dapat dilihat dari segi penulisan komen tersebut, iaitu melibatkan perasaan kesal dengan sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Jadual 7. Penggunaan Kata AotaieAo/AojuburAo DATA PENULIS 1 TAIE/JUBUR PENGGUNAAN TERJEMAHAN AYAT KATA MAKIAN mcm taie kau ah. Perasan gagah seperti tahi. Tunjuk eyh ada otak kan? ada otak kah tidak? PENULIS 2 Pakai untuk bepikir. Gunakan untuk berfikir. Jubur banarAo Burit betul International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a Penggunaan kata dasar AotaieAo dan AojuburAo merupakan kata makian dalam DMB. Pada dasarnya, kata AotaieAo diambil dari perkataan AotahiAo yang bermaksud hampas makanan dalam perut . anusia, binatan. yang keluar melalui dubur (PRPM). Mengajukan kata AotaieAo kepada individu merupakan penggunaan ujaran berbentuk Hal ini kerana kata yang kasar dan keji untuk menghina, memarahi dan sumpah seranah merupakan definisi makian. (Kamus Dewan Edisi Keempa. Kata AotaieAo dan AojuburAo sudah jelas melambangkan kata yang kurang elok untuk digunakan. Oleh itu, menurut Ljung . , penggunaan kata-kata makian yang berkaitan dengan najis termasuk di dalam tema skatologi. KESIMPULAN Daripada hasil penelitian, ditemui bentuk kata makian yang dituliskan dalam ruang komen Borneo Bulletin adalah bentuk kata dasar. Bagi tema kata makian pula, ditemui empat tema kata makian menurut pandangan Ljung . iaitu, . tema name-calling yang bererti penggunaan makian dengan panggilan buruk. tema Skatalogi iaitu makian yang dituturkan melibatkan najis. Kata-kata sedemikian biasanya dianggap sebagai kata-kata makian, . Tema keagamaan/ghaib yang merujuk kepada penggunaan makian yang melibatkan makhluk ghaib, . Tema binatang iaitu menggunakan panggilan binatang terhadap orang yang dimaki secara Tema yang melibatkan organ seks mahupun aktiviti seks tidak ditemui dalam penggunaan kata-kata makian masyarakat NBD. Hal ini mungkin disebabkan oleh perbezaan antara budaya Barat dengan budaya Melayu. Memandangkan Ljung merupakan sarjana Barat, maka hasil dapatan beliau adalah lebih luas kerana budaya Barat yang dikenali dengan fiikiran yang terbuka. Maka penggunaan kata-kata makian yang melibatkan organ seks mahupun aktiviti seks bukanlah suatu yang Sebagai contoh, ditemui penggunaan kata makian AofuckAo AobitchAo dan sebagainya dalam perfileman Barat. Selain itu, penggunaan kata makian yang paling dominan pula adalah pada kata babal, banggang dan mantingal. Hal ini disebabkan oleh perasaan cemas ketika gelombang kedua jangkitan Covid-19 di NBD. Manakala makna referensial kata makian yang paling dominan ditemui dalam kajian ini dikategorikan kepada penggunaan kata Taboo: name-calling dan panggilan binatang. Kesimpulannya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan kata-kata makian dalam komen media sosial semasa gelombang kedua pandemik Covid-19 di NBD. Melalui metodologi yang melibatkan pengumpulan data, pemerhatian dan analisis, kajian ini berjaya mencapai objektifnya. Dapatan kajian ini mendedahkan tema dan kategori kata makian yang digunakan oleh pengguna media sosial di NBD dalam tempoh masa yang ditetapkan. Juga memberikan pandangan tentang kelaziman dan corak penggunaan makian dalam konteks pandemik, menjelaskan dinamik bahasa dan tingkah laku komunikasi semasa gelombang wabak. Berdasarkan analisis, dapat diperhatikan bahawa sumpah seranah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti latar belakang sosial dan budaya, pengaruh persekitaran dan perspektif psikolinguistik. Oleh demikian, adalah penting untuk meneliti kesan makian terhadap interaksi sosial dan mempertimbangkan implikasinya dalam komunikasi dalam talian dan luar talian. Kajian ini membuka ruang untuk penyelidikan lanjut tentang kesan makian ke atas individu dan International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. March 2024 Vol. No. Sani & Damit Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang a masyarakat, serta pembangunan strategi untuk mengurus dan mengurangkan akibat negatif daripada makian yang berlebihan. Oleh itu, ketika melayari media sosial, kebebasan bukan bererti seseorang dapat menulis sewenang-wenangnya. Penggunaan bahasa yang digunakan untuk berinteraksi di media sosial seolah tidak lagi menitikberatkan kesantunan. Selain kerana si pengguna dapat bersembunyi di sebalik akaun media sosialnya, jarak yang tercipta antara dirinya dengan lawan tuturnya juga membuatkan si pengguna merasa aman untuk mengeluarkan ujaran dengan sebebasnya. Masyarakat sekarang lebih selesa menggunakan kata-kata makian dalam situasi bergurau mahupun ketika marah, yang menjadikan kata-kata makian itu dituturkan seperti bahasa seharian. Isu seperti ini amat membimbangkan kerana penggunaan kata-kata makian adalah kurang elok untuk dituturkan namun penggunaannya masih berleluasa. Pengkategorian tema yang dikemukakan oleh Ljung . menjadi pendekatan berkesan bagi menganalisis tema-tema penggunaan kata makian dalam penyelidikan Penyelidik akan datang diharap dapat meneruskan lagi kajian ini secara komprehensif menggunakan pendekatan berbeza. REKOMENDASI Untuk kajian lanjut, kajian mengenai penggunaan bahasa kesat sepanjang penularan wabak Covid-19 di NBD boleh dijalankan bagi melihat pola Ini akan membantu dalam memahami aspek psikologi pengguna ketika menghadapi wabak berkenaan yang terpancar menerusi penggunaan bahasa Kontribusi Penulis FBAS & ARD: Konseptualisai. FBAS. ARD. FBAS. FBAS & ARD. sumber rujukan dan pengolahan data. FBAS. penulisan draft awal. FBAS & ARD. menyunting naskah. ARD. ARD. penyeliaan naskah akhir. Semua penulis sudah membaca dan bersetuju untuk menerbitkan manuskrip ini. Pendanaan Penyelidikan ini tidak mendapat sebarang pembiayaan. Konflik Kepentingan Penulis menyatakan bahawa tidak ada konflik kepentingan dalam kajian ini. RUJUKAN