Jurnal Ilmiah Akuntansi Vol. No. September 2. 78 Faktor yang Mempengaruhi Sikap Pengguna Terhadap Produk Halal di Malaysia Siti Muyassarah Binti Abd Nasir1. Azzamurni Binti Mohtar2 Jabatan Perdagangan. Politeknik Sultan Abdul Halim MuAoadzam Shah (POLIMAS) Email: muyassarah@polimas. azzamurni@polimas. ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pengguna terhadap penjenamaan produk halal, dengan fokus pada pengetahuan tentang produk halal, kesihatan sebagai keutamaan, dan peranan logo halal dalam mempengaruhi sikap pengguna terhadap pembelian Ayam Bismi. Pendekatan "mixed method" digunakan dalam kajian ini, yang melibatkan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Analisis dokumen soal selidik dan Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa logo halal mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan sikap pengguna terhadap niat pembelian produk halal, terutamanya Ayam Bismi. Logo halal dikenalpasti sebagai faktor penting dalam mempengaruhi sikap pengguna terhadap produk halal, membantu mengurangkan keraguan mengenai status halal produk tersebut. Dapatan kajian menunjukkan hubungan positif antara semua faktor yang dikaji, memberikan bukti bahawa kehadiran logo halal memberikan pengaruh positif terhadap sikap dan niat pembelian pengguna. Kata Kunci: Sikap pengguna terhadap pembelian produk halal. Pengetahuan. Logo halal. Kesihatan PENDAHULUAN Industri barangan dan perkhidmatan halal kini mendapat pengiktirafan global dan dijangka menjadi sektor ekonomi utama pada masa depan. Dengan pertambahan jumlah umat Islam di seluruh dunia, industri ini diharapkan memberikan sumbangan penting dalam meningkatkan penggunaan dan permintaan produk halal secara global (Kamaruddin. , & Wahid. Muslim kini merupakan populasi kedua terbesar di dunia selepas penganut Kristian. Fakta ini dapat dilihat daripada populasi Muslim di peringkat global pada tahun 2016 yang mencapai lebih daripada 2 bilion, melibatkan lebih daripada 112 negara, dan dijangka meningkat sekitar 35% dalam tempoh 20 tahun akan datang (Siti Zanariah Yusoff & Nor Azura Adzharuddin 2. Dapatan kajian oleh Amirah . menunjukkan bahawa keluarga Muslim memberikan pandangan positif terhadap produk makanan halal dan menunjukkan kebimbangan terhadap sebarang isu yang melibatkan produk makanan halal. Ini menjadikan Sijil Pengesahan Logo Halal dianggap sebagai pengiktirafan yang menunjukkan kehalalan produk makanan dan minuman untuk umat Islam, berdasarkan hukum syarak yang diterapkan di negara ini (Deni. Mohd Deni. , & Sungit. Tujuannya adalah untuk mengatasi kekeliruan dan keraguan di kalangan pengguna Islam mengenai kehalalan atau kesucian produk makanan dan minuman yang dihasilkan di negara ini. II. TINJAUAN KEPUSTAKAAN Perkataan halal berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum syarak dimana ianya Jurnal Ilmiah Akuntansi Vol. No. September 2. 79 diterima, boleh digunakan, dan sah mengikut undang-undang (Awang. Dalam konteks undang-undang Islam, halal merujuk kepada melakukan sesuatu yang tidak dilarang oleh syarak, diperoleh atau dibuat dengan cara yang sah atau jujur (BERNAMA, 2. Menurut definisi Jabatan Agama Malaysia (JAKIM), konsep halal didefinisikan sebagai sesuatu yang diperbolehkan oleh hukum syariat (JAKIM. Dalam Islam mengajarkan umat Muslim untuk memilih produk yang halal. Menurut hukum Islam, terdapat tiga kategori produk untuk umat Muslim, iaitu halal, haram, dan Masbuh (Baharudin Othman, 2. Oleh itu, umat Muslim sangat menitikberatkan makanan dari produk yang diiktiraf sebagai halal. Dalam masa yang sama masyarakat perlu berhatihati dalam memilih produk makanan halal untuk mengelak dari mudah terpedaya dengan tanda label selain daripada label halal yang disahkan oleh Jakim. METODE PENELITIAN Teknik Persampelan Malhotra . menyatakan bahawa minimum sampel 200 responden adalah memadai untuk penyelidikan pemasaran terutamanya jika sasaran populasi tidak dapat dikenalpasti dengan tepat jumlahnya. Responden kepada kajian ini adalah berasaskan populasi seramai 200 orang pelanggan yang membeli produk halal di sekitar kawasan Jitra. Teknik yang telah digunakan adalah teknik kebarangkalian. Dalam memutuskan untuk memilih sampel secara Penyelidik memilih teknik ini kerana mudah untuk memilih responden daripada pelanggan sekitar kawasan Jitra sahaja. Kaedah pengumpulan data dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada populasi sasaran melalui perkongsian pautan. Manakala sampel kajian ini merangkumi pengguna di kawasan Jitra iaitu populasi sasaran ini terdiri daripada 200 responden dipilih iaitu daripada populasi yang tak terkira, iaitu dari pelbagai kaum yang menjadi pengguna terhadap pembelian produk halal. Tatacara Kajian Pengumpulan data adalah dari borang soal selidik dalam menentukan objektif Dari segi pengedaran soalan pula, soalan yang disediakan oleh penyelidik adalah melalui bentuk borang soal selidik dan penyelidik mengedarkan soalan kepada responden untuk mengetahui sejauhmana pengguna mengetahui tentang penjenamaan Seterusnya, data yang diperoleh akan dibawa masuk ke dalam perisian IBM. Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) secara tersusun untuk mendapatkan analisis frekuensi, deskriptif dan juga korelasi untuk menjawab persoalan kajian dan hipotesis kajian. Di dalam borang soal selidik mempunyai 4 bahagian iaitu, bahagian A ialah untuk mengenalpasti sama ada responden adalah pengguna produk halal atau Bahagian B pula pemilihan pengguna dari segi jenis pembelian produk yang Seterusnya, bahagian C adalah maklumat tentang demografi dari segi jantina, umur, bangsa dan juga status. Akhir sekali, bahagian D dari segi pemilihan pengguna terhadap penjenamaan halal produk Instrumen Kajian (Soal Selidi. Borang soal selidik telah disediakan berdasarkan objektif kajian iaitu strategi penjenamaan produk halal yang boleh berkeyakinan untuk membuat pembelian sesuatu produk. Selain itu, borang soal selidik ini terdiri daripada 4 bahagian iaitu bahagian A,B,C dan D. Justeru itu, peyelidik telah menggunakan soalan bahagian A,B,C dan D. Jurnal Ilmiah Akuntansi Vol. No. September 2. 80 dimana bahagian A merangkumi 1 soalan tentang demografi latar belakang pelanggan terhadap penggunaan produk halal. Soalan bahagian B berkenaan tingkah laku pembelian pengguna terhadap produk halal. Bahagian C adalah berkenaan tentang maklumat responden iaitu jantina, bangsa umur dan status. Soalan terakhir iaitu bahagian D membincangkan tahap faktorfaktor yang mempengaruhi sikap pengguna terhadap penjenamaan produk halal yang menggunakan skala likert yang terdiri 4 skala iaitu pada skala 1 sangat tidak setuju, skala 2 tidak setuju, skala 3 setuju dan skala 4 sangat Selain itu, penyelidik bersandar dan tidak bersandar. Pembolehubah bersandar iaitu sikap pengguna terhadap penjenamaan produk halal dan pembolehubah kesihatan dan logo halal. Kaedah pengedaran soalan dilakukan oleh penyelidik melalui google form. Tujuan menggunakan google form ini dilakukan terhadap responden yang menjadi pelanggan atau pengguna produk halal untuk memastikan maklumat kajian dapat diperolehi dengan baik dan tidak berlaku percanggahan maklumat untuk Manakala kajian lapangan dalam kajian ini merujuk kepada kawasan di sekitar Jitra dan berdekatan dengannya. Kaedah Pengumpulan Data Kajian yang digunakan di dalam maklumat ini adalah secara kuantitatif dan menggunakan perisian IBM SPSS sebagai alat kajian untuk menganalisis data. Seterusnya, penyelidik memilih data primer sebagai kaedah pengumpulan data. Data primer adalah data yang dikumpul oleh penyelidik secara berkumpulan melalui Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan data primer dan data sekunder mendapatkan maklumat yang lebih lengkap mengenai kajian yang akan dilakukan. Data primer yang digunakan penyelidik ialah secara soal selidik. Selain itu, soal selidik juga telah diberikan kepada responden melalui google form di Jitra. Penyelidik dapat mengumpulkan 200 orang responden untuk menjawab borang soal selidik. Seterusnya, data sekunder adalah data yang merupakan sumber dari jurnal, internet dan laman web yang berkenaan dengan penjenamaan produk Tatacara Analisis Data Kajian analisis deskriptif digunakan untuk mengukur tahap kecenderungan iaitu Populasi bagi kajian ini merupakan Seterusnya, perisian SPSS digunakan untuk menganalisis data yang diterima daripada penyelidik. Strategi analisis bagi kajian ini menggunakan analisis deskriptif di mana penyelidik telah menyediakan borang soal selidik iaitu menyediakan google form untuk diberikan Penyelidikan ini telah menggunakan sistem IBM SPSS versi 26 untuk mendapatkan keputusan statistik kekerapan dan deskriptif tentang pembolehubah produk penjenamaan produk halal. Penyelidik menggunakan analisis statistik deskriptif supaya dapat membantu penyelidik meringkaskan dan menyusun data. IV. HASIL DAN PEMBAHASAN Deskriptif Bahagian B: Pembolehubah Tidak Bersandar Jadual 1: Tahap Min (Mohd Najib, 2. Tahap Dikategorikan Min (Purat. Tinggi Sederhana Rendah Jurnal Ilmiah Akuntansi Vol. No. September 2. 81 Jadual 3: Analisis deskriptif berkaitan Kesihatan Jadual 2: Analisis Pengetahuan Jadual 2 di atas menerangkan tentang tahap pengetahuan produk halal di Malaysia. Melalui maklumat yang terdapat dalam jadual tersebut, purata keseluruhan yang diperoleh ialah sebanyak 3. 5799 yang menunjukkan tahap sederhana dimana, kebanyakkan pengguna produk halal di Malaysia yakin dengan produk tersebut. Jika dibandingkan nilai sisihan piawai bagi keempat-empat soalan di Jadual 2 di atas, soalan mengenai Aohanya logo JAKIM diiktiraf di MalaysiaAo menunjukkan nilai sisihan piawai yang paling besar iaitu 0. 58004 yang membawa maksud taburan skor bagi item pertama adalah terserak lebih jauh daripada nilai skor min dalam taburannya berbanding item soalan yang lain. Jumlah dapatan bagi sisihan piawai ialah sebanyak 0. 5396 menunjukkan data ini telah diterima oleh sebahagian pengguna produk halal di Malaysia. Jadual 3 diatas menerangkan tentang soal kesihatan dari produk halal di Malaysia menunjukkan jumlah purata yang diperolehi 4316 iaitu pada tahap sederhana. Dengan jumlah purata yang diperolehi, menunjukkan keyakinan pengguna bahawa produk halal di Malaysia ini dapat digunakan dengan selamat oleh penggunanya. Jumlah dapatan bagi sisihan piawai ialah sebanyak Jumlah sisihan piawai yang sederhana ini, menerangkan bahawa soal kesihatan produk halal di Malaysia ini harus dititikberatkan kerana dapat menjadikan ia sebagai produk yang bersih serta selamat dari segi prosedur standard JAKIM untuk menarik lebih ramai pelanggan menggunakannya. Jadual 4 yang terdapat di atas, menerangkan mengenai logo halal yang Jurnal Ilmiah Akuntansi Vol. No. September 2. 82 terdapat pada produk halal di Malaysia. Jumlah purata ialah sebanyak 3. 5483 iaitu pada tahap sederhana. Menunjukkan bahawa kebanyakkan pengguna telah yakin dengan adanya logo halal JAKIM yang dilabelkan di setiap bungkusan sesuatu produk. Bagi jumlah dapatan sisihan piawai pula ialah 54201 yang membawa maksud data Demikian hal ini, dibuktikan dengan menilai sisihan piawai yang sedehana terhadap logo halal yang diiktirafkan di Malaysia dan pengguna percaya setiap pembelian harus dinyatakan logo halal yang disahkan oleh JAKIM untuk meningkatkan jumlah jualan sekaligus kenaikan jumlah pengeluaran di pasaran produk halal di Malaysia menjadi semakin meluas. Jadual 5 menunjukkan nilai purata faktor sikap yang mempengaruhi pengguna sebelum membeli produk halal. Item 2 iaitu soalan mengenai pembelian produk makanan dengan logo halal menunjukkan nilai skor purata tertinggi iaitu 3. 6699 dan sisihan piawai ialah 47139. Berdasarkan aspek keberkesanan responden menyatakan bahawa membeli makanan dengan logo halal ini telah berjaya meyakinkan pengguna untuk membeli produk tersebut. Justeru itu, responden menyatakan bahawa produk halal ini dapat menarik minat pengguna untuk menggunakan produk yang mempunyai logo halal tanpa ragu-ragu dan selamat untuk Bagi nilai skor purata yang sederhana pula, satu item telah mencatatkan nilai skor purata yang sederhana iaitu item 5 dimana jumlah purata 3. 4545 dan sisihan Item menunjukkan nilai purata yang sederhana disebabkan oleh tahap kepekaan dan berkeyakinan pengguna tentang senarai kandungan yang telah diberikan adalah Jadual 7 diatas menunjukkan output hasil ujian inter-kolerasi nilai r=0. menunjukkan korelasi positif yang sederhana antara pengetahuan dan sikap. Ujian korelasi ini menunjukkan nilai signifikan pada p<. Ini bermakna kajian ini menolak hipotesis nul bagi faktor pengetahuan. Output hasil ujian inter-kolerasi nilai r=0. 714 menunjukkan korelasi positif yang kuat antara kesihatan dan sikap. Ujian korelasi ini menunjukkan signifikan pada p<. Ini bermakna kajian ini juga menolak hipotesis nul bagi faktor Jurnal Ilmiah Akuntansi Vol. No. September 2. 83 Output hasil ujian inter-kolerasi nilai r=0. 774 menunjukkan korelasi positif yang kuat antara logo halal dan sikap. Ujian korelasi ini menunjukkan signifikan pada Ini bermakna kajian ini menolak hipotesis nul bagi faktor logo halal. Analisis Dapatan menunjukkan nilai r=0. 633, p=0. <0. Justeru. Ho ditolak dan H1 diterima dimana dapatan kajian ini membuktikan tahap pengetahuan mempengaruhi sikap pengguna terhadap produk halal. Seterusnya, persoalan kedua ialah adakah kesihatan mempengaruhi sikap pengguna terhadap pembelian produk yang mempunyai logo halal juga mempunya perkaitan yang signifikan dan positif yang kuat kerana hasil dapatan analisis kolerasi menunjukkan nilai r=0. 714, p=0. <0. Kesimpulannya. Ho ditolak dan H1 diterima dimana ini membuktikan kesihatan mempengaruhi sikap pengguna terhadap pembelian produk yang mempunyai logo Persoalan yang terakhir ialah adakah kewujudan logo halal mempengaruhi sikap pengguna terhadap produk halal, juga mempunyai perkaitan yang signifikan dan positif yang kuat. Ini kerana hasil dapatan analisis kolerasi menunjukkan nilai r=0. p=0. <0. Dengan ini. Ho ditolak dan H1 diterima dengan membuktikan bahawa kewujudan logo halal mempengaruhi sikap pengguna terhadap pembelian produk yang mempunyai logo halal. Jadual 8 diatas, menunjukkan rumusan dapatan kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan bahawa persoalan pertama adakah tahap pengetahuan pengguna mempengaruhi sikap pengguna terhadap produk halal, mempunyai perkaitan yang signifikan dan positif yang sederhana kerana hasil dapatan analisis kolerasi KESIMPULAN DAN SARAN Analisis kajian menunjukkan bahawa dalam kajian ini, pembolehubah bersandar adalah sikap pengguna terhadap produk halal di Malaysia. Pengkaji mengkaji tiga faktor pengetahuan, kesihatan, dan logo halal. Hasil kajian membolehkan penyelidik mengenal pasti tahap pembolehubah tidak bersandar yang mempengaruhi sikap pengguna terhadap produk dengan logo halal, iaitu pengetahuan, kesihatan, dan logo halal itu sendiri. Penyelidik mendapati bahawa sikap pembeli memainkan peranan penting dalam pemilihan produk halal. Terdapat juga pengguna yang mungkin kurang pengetahuan tentang produk Jurnal Ilmiah Akuntansi Vol. No. September 2. 84 Oleh itu, disarankan agar pengguna terlibat dalam program atau kursus yang dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang produk halal, seperti program kesedaran mengenai pentingnya memilih makanan halal, program yang dianjurkan oleh JAKIM, ceramah agama tentang makanan halal, dan sebagainya. Program-program seperti ini dapat membantu masyarakat Muslim membuat pilihan yang bijak dalam memilih produk halal. Produk halal di Malaysia seharusnya sentiasa mematuhi standard piawai yang ditetapkan oleh JAKIM dalam pengeluaran produk, termasuklah pembungkusan dengan logo halal, isi kandungan bahan yang digunakan, serta kelulusan dari pihak yang bertanggungjawab. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi manfaat tidak hanya kepada masyarakat Muslim, tetapi juga kepada masyarakat bukan Muslim. Diharapkan hasil kajian ini dapat memperoleh ilmu yang bermanfaat dalam pemahaman dan pemilihan produk halal. DAFTAR KEPUSTAKAAN Awang. November . Konsep Halalan Tayyiban Dan Trend Pemilihan Makanan Umat Islam Kini. Baharudin Othman. Pengaruh Pengurusan Pensijilan Halal. Modal Insan Dan Amalan Piawaian Halal. International Journal of Islamic and Civilizational Studies. BERNAMA. Mac . Industri halal kekal berdaya tahan walaupun hadapi Retrieved from Bernama: https://w. com/bm/am/news _covid19. php?id=1824885 Chua. Mastering Research Statistics. Malaysia: McGraw-Hill Education. Deni. Mohd Deni. , & Sungit. November. Dilema Pemasaran Perniagaan Berunsur Agama. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 602611. Retrieved http://conference. my/pasak/im ages/pasak6/eprosiding2021/eproceedin g_pasak2021_046. Fitri. (September, 2. Konsistensi Konsum Mengkonsumsi. JURNAL VISIONER & STRATEGIS, 7 Retrieved https://repository. id/4860/1/1 4_Lidia% 20Fitri. JAKIM. Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domesti. Kamaruddin. , & Wahid. Potensi dan Cabaran Pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam Pemasaran Produk Makanan Halal semasa Pandemik Covid-19. Journal of Management & Muamalah, 10 . , 1-20. Retrieved http://jmm. com/index. urnal/article/view/1/1 Malhotra. Marketing Research: An Applied Orientation . th ed. Upper Saddle River. NJ: Pearson Prentice Hall. Md Nawi. Megat Ahmad. Ibrahim. & Othman. October, 2. Saiz Organisasi Berperanan Sebagai Moderator Antara Amalan Piawaian Halal Dan Prestasi Organisasi. International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 8, 30-49. Mohd Aziz. Zainal. Mohd Esa. Muhamad. Idris. , & Harun. December. Fobia Pemasaran: Persepsi Pengguna Terhadap Pemasaran. Fobia Pemasaran: Persepsi Pengguna Terhadap Pemasaran, 6, 191-200. Retrieved file:///C:/Users/syimazulbaharen/Downl oads/1041-1858-1-SM. Jurnal Ilmiah Akuntansi Vol. No. September 2. 85 Mohd Najib. Reka bentuk soal selidik pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Siti Zanariah Yusoff & Nor Azura Adzharuddin . Faktor Keagamaan Dan Sikap: Perkaitan Dengan Pencarian Maklumat Produk Makanan Halal Dalam Kalangan Keluarga Islam Di Malaysia. ResearchGate . Kuala Nerus: ResearchGate.