JOURNAL OF ISLAMIC STUDIES Institut Agama Islam Al-Zaytun Indonesia https://journals. iai-alzaytun. id/index. php/jis E-ISSN: 2988-0947 Vol. 3 No. : 22-34 DOI: https://doi. org/10. 61341/jis/v3i1. PENGARUH ISLAM DALAM SEJARAH DUNIA: KAJIAN KITAB FASL AL-MAQAL OLEH IBN RUSHD The Influence of Islam in World History: A Preliminary Analysis of Ibn RushdAos Fasl al-Maqal Ahmad Nabil Amir1A. Tasnim Abdul Rahman2 AFormer Associate Research Fellow. International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM). Kuala Lumpur. Malaysia ALecturer. Faculty of Contemporary Islamic Studies. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Kuala Nerus. Terengganu. Malaysia E-mail: nabiller2002@gmail. comAA, tasnimrahman@unisza. Abstrak Makalah ini bertujuan mengkaji pengaruh AbuAol-Walid Muhammad ibn Ahmad ibn Rushd . dalam mencetuskan kebangkitan dan pencerahan akliah di Eropah. Pengaruh dari falsafahnya yang ditulis dalam rangka kurun ke-6Ae12 Hijrah menzahirkan pengaruh dan kesan yang dramatik dalam pembikinan tamadun Eropah di kemuncak peradabannya pada kurun ke 18 M. Kesan sejarah yang fenomenal ini tertegak dan dizahirkan dalam pandangan dan kebudayaan yang berkembang di dunia Barat. Kajian ini dirangka berasaskan pendekatan kualitatif dari jenis tinjauan dokumenter dan analisis kandungan. Data diperoleh dari sumber-sumber primer . hasnya buku Fasl al-Maqal oleh Ibn Rush. dan sekunder . ulisan-tulisan yang dihasilkan tentang Ibn Rushd dan karyany. dan diolah secara deskriptif dan analitis, dengan teknik taakulan yang bersifat tematis, hermeneutis, sintesis, dan historis. Dapatan kajian mendapati bahawa pemikiran dan idealisme yang dicetuskan oleh karyakarya besar Ibn Rushd terutamanya Fasl al-maqal, telah menghasilkan perubahan radikal dalam masyarakat Eropah. Pemikiran yang dirumuskannya telah mengangkat tamadun baru dan menzahirkan kekuatan yang meyakinkan dalam sejarah dan kebudayaan Andalusia. Makalah ini melukiskan pengaruh yang monumental dari tulisannya yang penting ini dalam tradisi sejarah dan keilmuan Islam di Eropah. Ia berkesimpulan bahawa karya utama Ibn Rushd yakni Fasl al-Maqal telah mendorong kepada penemuan idea-idea pencerahan di Eropah dan menciptakan gerakan rasionalisme di Barat. Kata kunci: Ibn Rushd. Fasl-Maqal. Renainsans. Eropah dan Islam. Peradaban Dunia Abstract The paper aims to study the ideas and influence of AbuAol-Walid Muhammad ibn Ahmad ibn Rushd . in inspiring the Age of Enlightenment in Europe. His philosophical works and doctrine written in early 6-12th centuries has manifested dramatic influence in the making of Western civilization as recognized in the late 18th century renaissance. The phenomenal impact of this highly Muslim contribution was seen in the cultural worldview that constitute the cornerstone of Western Europe. The study is based on qualitative approaches in the form of literature review and content analysis. The data were derived from primary and secondary sources, including the book of Fasl al-Maql and other related materials on Ibn RushdAos oeuvre and analyzed by way of descriptive, analytical, thematic, hermeneutic, synthetic and historical technique. The finding shows that the works and thought of Ibn Rushd as presented in Fasl al-Maqal (The Decisive Treatis. has inspired radical intellectual transformation in European society. This paper contributes to highlight historical influence of his scientific works that constitute the cornerstone of his worldview and discuss the monumental socio-religious reform initiated by this great giant. Ibn Rushd in the political landscape of al-Andalus and the history of Western Europe. It concludes that his principal work. Fasl al-Maql has inspired the process of enlightenment in Europe and creates rational spirit in the West. Keywords: Ibn Rushd. Fasl-Maqal. Renaissance. Europe and Islam. Western Civilization 22 | J O U R N A L O F I S L A M I C S T U D I E S Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rachman Vol. No. : 22-34 PENDAHULUAN Makalah ini menyorot pengaruh AbuAol-Walid Muhammad Ibn Ahmad Ibn Muhammad Ibn Ahmad Ibn Rushd . dalam konteks perubahan dan revolusi yang dicetuskannya di benua Eropah. Pengaruhnya menjangkau bidang pengetahuan yang luas dengan reputasi luar biasa dalam penguasaannya meliputi pengetahuan al-QurAoan, hadith, fikih, bahasa, kalam serta ilmu pasti seperti matematik, astronomi dan kedoktoran. Sumbangan intelektualnya menjadi titik penting dalam penerobosan penulisan falsafahnya di dunia Barat dan dikenang sebagai satu-satunya faylasuf Muslim yang paling besar pengaruhnya di Barat (Yusnizar Naufal MasAoud, 2. Karyanya mempengaruhi secara dramatik aliran pemikiran dan bidang kehidupan masyarakat Eropah yang luas yang instrumental dalam penegakan tamadun dan tradisi pemikirannya yang tercerah. Ajaran-ajaran Aristotle yang disampaikan dalam bukunya Politics dikembangkan oleh Ibn Rushd menggunakan karya Plato Republic yang menjelaskan prinsipnya yang ideal tentang politik, kesusasteraan dan retorik yang berpengaruh dalam pembentukan masyarakat Eropah dan perspektifnya yang liberal. Penonjolan karya-karyanya yang mengagumkan di Eropah telah melahirkan gerakan Averroisme melalui murid-muridnya yang belajar di Andalusia yang kembali menghidupkan dan mengembangkan warisan pemikiran dan gagasan-gagasannya. Antara tokoh Averroisme yang terkenal ialah Siger de Brabant . serta pengikut dan murid-muridnya seperti Boethius de Decie. Berner van Nijvel dan Antonius van Parma (Khaerul Umam, 2. Kitab Fasl al-Maqal yang dihasilkannya pada awal kurun ke 12 telah berhasil merumuskan falsafah klasik yang digerakkan oleh Aristotle dan memberikan pembelaan terhadap akal dan nilai dialektik dan falsafahnya yang monumental, selain melorongkan kepada pemulihan falsafah, dialog dan syariah (Ibnu Rusyd, 2. dalam konteks krisis pemikiran Islam dari belenggu keteledorannya. Hujah penting yang diangkat dalam buku ini adalah Islam tidak menolak kajian falsafah, malah menjadikannya suatu kewajipan bagi yang berkemampuan dalam mencari sumber-sumber kebenaran. Selain terkenal sebagai ahli falsafah, perubatan, matematika, kalam, astronomi, geografi, logika dan sains, beliau turut berkecimpung dalam pengembangan mazhab fiqih Maliki dan pengetahuan hukum dan tradisi akliahnya. Dalam usianya yang belia ia telah berguru dari para fuqaha yang terkemuka di Andalusia seperti Abu al Qasim ibn Basykawal al-Andalusi . 578 H). Abu Marwan b. Masarrah. Abu Bakar b. Samhun. Abu Jaafar b. Abd al-Aziz. Abdullah al-Maziri, dan Abu Muhammad b. Rizq yang memberikannya dasar keilmuan yang kukuh. Falsafahnya tertumpu pada soal-soal ketuhanan dan metafizik dan membawakan pembaharuan dalam huraian-huraiannya. Terjemahannya ke atas karya-karya Aristotle yang telah dilupai Barat daripada bahasa Latin, pada awal kurun ke-12, berdampak luas terhadap kesedaran dan fahaman baru yang timbul di Eropah yang telah mengeluarkannya daripada Zaman Gelap (Hairul Faizi, 2. Hasil terjemahannya yang dikerjakan selama hampir tiga dekad ini menyebabkannya mulai dikenal di Eropah dan menghidupkan semula pengetahuan yang ditinggalkan Aristotle dari alam pemikiran Yunani kuno. Ini selain buku23 | J O U R N A L O F I S L A M I C S T U D I E S Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rachman Vol. No. : 22-34 buku klasik yang diterjemahkannya, tentang seni muzik seperti De Anima Aristoteles (Komentar atas De Animo-nya Aristotl. (Jihan Najla Qatrunnada, 2. Ia menghasilkan ringkasan ke atas karya-karya filasuf Greek sekitar 30 buah buku yang dinamakan al-Talkhis dan al-Mukhtasar, dengan corak pembahasan yang bersifat komentar, kritik dan pendapat. Ini tercatat dalam komentar-komentarnya yang pendek dalam bentuk ringkasan, komentar tengah . dalam satu prarafrasa, dan komentar panjang . dengan analisis yang terperinci pada setiap baris. Falsafahnya tidak saja mempengaruhi dua orang ahli falsafah Barat yang terkemuka. Voltaire dan Rousseau, malah mereka dikatakan mendapatkan ilham daripada pembacaan karyanya. Kajian tentang Ibn Rushd yang ditulis sejak permulaan kurun ke-19 banyak tertumpu pada metode dan pengaruhnya sebagai perintis falsafah dan Aojambatan pengetahuanAo antara Timur dan Barat. Dikenali sebagai Averroes dalam bahasa Latin Pertengahan ia dikenang sebagai ahli falsafah yang teragung dan tiada tolok bandingnya pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Ajaran-ajaran yang dikembangkannya menjadi penghubung antara dunia Islam dan Kristian yang membuka dinamika berfikir orang-orang Kristian Eropah (Khaerul Umam Junaid dkk. , 2. pada period peradaban Islam mencapai kemuncaknya, di mana Aufilsafatnya merembes dari Andalusia ke seluruh negeri-negeri Eropah, dan itulah yang menjadi pokok pangkal kebangkitan bangsa-bangsa BaratAy (Muhammad Abduh, 1978: . Kekuatan dan ketajaman filsafat dan autoritinya dipakai untuk memukul dogmatisme gereja. Falsafah yang terpancar dari terjemahan karya-karya Arabnya ke dalam bahasa Ibrani dan Latin telah menimbulkan faham rasionalisme yang menjadi batu tanda dari nilai dan semangat rasional yang digerakkannya yang telah mengilhamkan pencerahan di belahan dunia Barat. Dalam kajiannya tentang fikih nalar dan istinbath Ibn Rushd. Fathurrahman Azhari . mengkaji khittah hukum dan mazhab dalam kitabnya Bidayah al-Mujtahid yang berusaha melepaskan umat dari belenggu taklid. Antara metode yang dikenalpasti dalam perumusan hukumnya adalah kaedah istinbat yang ditarik dari berbagai pandangan dan pemakaian ijtihad intiqaAoi dalam memilih pendapat yang terkuat. Dalam merungkai kekusutan dan pertikaian dalil, ia menerapkan pendekatan al-jamAou waAol-tawfiq, ketimbang dari tarjih. Manakala dalam pemakaian tarjih, ia mendahulukan sunnah yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih banyak berbanding yang perawinya sedikit. sunnah yang perawinya lebih alim tentang hukum berbanding yang perawinya kurang kearifan dalam bidang tersebut. yang dikuatkan oleh dalil lain berbanding yang tiada dalil pendukung. sunnah ahad yang sahih ke atas dalil al-khitab dan qiyas, mengutamakan dalalah mantuq ke atas dalalah mafhum, dalil yang bersifat khusus ke atas yang umum. dan ayat yang bersifat umum ke atas qiyas. Pertentangan antara jalur falsafah dan ortodoksi diungkapkan oleh Iysa A. Bello . dalam tinjauannya tentang kontroversi antara al-Ghazali dan Ibn Rushd dalam masalah ijmaAo dan takwil yang diketengahkan dari penulisan mereka yang kompleks seperti al-Munqidh dan Fasl al-Maqal. Pengaruh Aristoteles terhadap ahli falsafah Muslim-Arab disorot oleh Ahmed Alwishah dan Josh Hayes . ) . dalam konteks pengaruh doktrinnya terhadap kaum teolog dan tradisi intelektualnya pada abad pertengahan . ntara 24 | J O U R N A L O F I S L A M I C S T U D I E S Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rachman Vol. No. : 22-34 kurun ke-9 dan 13 M) seperti al-Farabi. Ibn Sina, al-Ghazali. Ibn Tufayl dan Ibn Rushd yang telah menterjemah, menafsirkan dan menyerap teks-teks falsafah Greeknya yang menyumbang kepada pemekaran pikiran-pikiran falsafah, sains, dan kalam di dunia Islam. Menurut Yusnizar Naufal MasAoud . dalam kajiannya tentang pengaruh Ibn Rushd di Eropah, sumbangannya yang terbesar adalah dalam rekonsiliasi antara agama . dengan falsafah . yang ditinggalkan melalui karya-karya ilmiahnya yang sangat berpengaruh di Eropah. Pandangan ini turut diperkukuh oleh Rossi Delta Fitrianah . Mami Nofrianti . dan Syamsuddin Arif . dalam tinjauan mereka tentang pengaruh Ibn Rusyd terhadap kemajuan Eropah yang antara lain menyebut bahawa mazhab Averroisme pernah terkubur dalam sejarah dan dikalahkan oleh teori-teori lain yang dominan di Eropah pada abad pertengahan oleh pelopor aliran Platonisme. Augustinisme. Avicennisme dan Alexandrisme sebelum dihidupkan semula oleh Ernest Renan pada abad ke-19 lewat karyanya Averroes et lAoAverroisme yang dikeluarkan pada 1852. Manakala Jamaluddin dkk. menyorot landas moderat dari sikap dan pemikiran Ibn Rushd yang bergaris sederhana dan toleran yang menolak unsur radikal dan keekstriman dalam agama. Justeru makalah ini bermaksud menyorot pengaruh pemikiran Ibn Rushd dan pengembangan idealisme dan falsafahnya di Eropah melalui karyanya Fasl al-Maqal, dan melihat kekuatan nilai ilmiah, spekulatif, etika, falsafah, logika, hikmah, usul dan qiyasnya yang harmonis dan pengaruhnya dalam sejarah moden. METODE Penelitian ini dirangka berasaskan pendekatan kualitatif berbentuk tinjauan pustaka dan analisis isi. Data diperoleh dari sumber-sumber primer dan sekunder khasnya buku Fasl al-Maqal oleh Ibn Rushd dan tulisan-tulisan yang dihasilkan tentang Ibn Rushd dan karyany. dan diolah secara deskriptif dan analitis, dengan corak taakulan bersifat tematis, hermeneutis, sintesis, dan historis. HASIL DAN PEMBAHASAN Biografi AbuAol-Walid Ibn Rushd, yang dikenal di Eropah sebagai Averroes, dilahirkan di Cordoba. Sepanyol pada 1126 Masihi. Beliau mendalami sastera Arab (Ada. , hukum . , kalam, perubatan dan falsafah dari pelbagai guru . , yang dicatatkan namanya dalam beberapa sumber. Antaranya ialah Ibn Zuhr, ahli perubatan yang terkenal yang pernah menjadi tabib istana di Andalusia yang kemudiannya menjadi sahabatnya. Pada tahun 1169, beliau diperkenalkan kepada Khalifah. Abu YaAoqub Yusuf, oleh Ibn Tufayl . , filasuf ulung waktu itu dan ahli perubatan di istana Khalifah. Abu YaAoqub Yusuf adalah pembaca Aristotle yang tekun, tetapi mengadu kepayahan mencerna Auungkapan dan idiomnya yang rumitAy. Sebagai hasil pertemuan ini. Ibn Rushd diminta menghuraikan karya-karya Aristotle untuk digunakan oleh Khalifah. Aumaka semenjak itu mulailah aku berkonsentrasi, dengan saran dan dorongan Ibn Tufayl, menulis komentar atas karya-karya AristotelesAy (Renan, 2008: Syamsuddin Arif, 2. Ia melayani kekhalifahan Muwahhidun dan dilantik sebagai 25 | J O U R N A L O F I S L A M I C S T U D I E S Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rachman Vol. No. : 22-34 hakim (Qad. di Seville . , dan kemudiannya sebagai ketua hakim (Qadi al-Quda. di Cordoba . (Endang Mulyani. Tri Indriawati, 2. Pada 1182, beliau ditunjuk sebagai ahli perubatan diraja di istana Marrakesh, mengambil tempat Ibn Tufayl yang (Ibrahim Najjar, 2001: 1-. Setelah putera khalifah yang baru dilantik, digelar Al-Mansur. Ibn Rushd terus mendapat mandat dan naungan istana, tetapi pada tahun 1195, atas desakan umum. Khalifah menitahkan buku-buku Ibn Rushd dibakar, kerana didakwa merendahkan agama atau kufur . , dan pengajian falsafah dan sains diharamkan, dengan pengecualian ilmu astronomi, perubatan dan aritmetik. Pada tahun yang sama. Ibn Rushd dibuang ke Lucena (Alaisan. , di selatan Cordoba. walaupun kemudiannya beliau dirujuk dan ditempatkan pada kedudukannya semula. Namun beliau tidak sempat mengecap kurnia dan penghormatan yang telah dipulihkan semula oleh Khalifah al-Mansur al-Muwahhidi kerana pada 11 Disember 1198 M . H), beliau terburu wafat di Cordoba dalam usia tujuh puluh dua tahun. Karya dan Pengaruhnya Tulisan Ibn Rushd yang diakui sebagai karya aslinya menjangkau hampir 67 buah dalam bidang falsafah, fikah, teologi, falak, muzik, kaji bintang, nahu, linguistik dan perubatan, yang kesemuanya masih dipertahankan dalam bahasa Arab atau Hebrew dan terjemahan Latin, yang telah meletakkannya di kalangan penulis yang terkehadapan dalam lapangan ini sejak zaman pertengahan Islam dan selepasnya. Beliau terkenal di Eropah, bermula pada abad ke13, dengan terjemahan dan komentarnya ke atas korpus dan falsafah Aristotle yang berjudul The Commentator, atau sebagaimana diungkapkan oleh Dante, che gran commento feo. Terjemahan Latin ini pada awal abad tersebut telah mencetuskan ransangan intelektual di kalangan sarjana dan melantarkan asas kepada kebangkitan skolastisme Latin, salah satu keagungan dalam pemikiran Eropah dalam zaman pertengahan dan pada abad Bagaimanapun, selain dari sumbangannya kepada kesarjanaan Aristotle, yang tiada tandingannya sampai ke abad moden. Ibn Rushd telah menangani persoalan teologi secara lebih menyeluruh daripada kesemua filasuf muslim, termasuk persoalan perenial tentang hubungan antara keimanan dan akal, yang menjadi isu yang penting dalam perdebatan skolastik di abad ketiga belas dan selepasnya di Eropah. Sumbangannya terhadap perdebatan itu dirakamkan dalam tiga tretis kalam: Fasl alMaqal (The Decisive Treatis. yang ditulis pada 1179. Al-Kashf Aoan Manahij Al-Adilla (The Exposition of the Methods of Proo. ajuk asalnya ialah kitab Al-Kashf Aoan manahij al-adillah fi AoaqaAoid al-millah aw naqd Aoilm al-kalam diddan Aoala al-tarsim al-idulujiy lil Aoaqidah wa difaAoan Aoan alAoilm wa hurriyah al-ikhtiyar fi al-fikr wa al-AofiAo. ditulis pada tahun yang sama. dan trek pendek . l-Damim. yang membahaskan tentang pengetahuan Tuhan yang kekal dan tidak berubah berkait dengan entiti yang kontinjen dan khusus. Kepada trilogi ini harus ditambah bantahannya yang sistematik terhadap serangan al-Ghazali kepada Neoplatonis Islam dalam Kerancuan Para Filsuf (Tahafut al-Falasifa. , yang ditulis pada 1195 yang bertajuk Tahafut alTahafut (The Incoherence of the Incoherenc. 26 | J O U R N A L O F I S L A M I C S T U D I E S Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rachman Vol. No. : 22-34 Karya-karya yang prolifik yang dihasilkannya banyak mengupas pandangan alGhazali. Aristotle. Plato dan Imam-Imam mazhab Malikiyyah dan SyafiAoiyah yang muktabar. Beliau telah meringkaskan tulisan Imam al-Ghazali al-Mustasfa min AoIlm al-Usul dengan kitabnya Daruri fi Usul al-Fiqh yang merumuskan pemikiran fikah SyafiAoi dan merungkai kefahaman furuAo mazhab. Beliau turut menulis tentang metode dan landas pemikiran fiqh Malikiyah dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid . he Primer of the Discretionary Schola. Dalam bidang perubatan, beliau menulis kitab al-Kulliyat fi al-Tibb dalam 16 jilid yang merupakan ringkasan . kepada pemikiran Galen, yang dianggap setara dengan kitab al-Qanun karya Ibn Sina. Kitab ini adalah sebuah penghasilan yang terperinci tentang asas perubatan yang telah ditekuni dan dikajinya secara mendalam dan merupakan teks penting dalam pengajian dan latihan perubatan di universiti Eropah dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1255 oleh Bonacosa . eorang Yahudi dari Padu. sebagai Colliget. kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan tajuk General Rules of Medicine. Selain itu beliau turut menulis kitab fi Harkat al-Falak (Book on the Heavenly Movement. Talkhis Kitab al-Jadal (Middle Commentary on AristotleAos Topic. , dan komentar The Republic oleh Plato. Selain itu beberapa karyanya yang lain dalam pengetahuan hukum dan falsafah termasuklah Al-Dar al-Kamil fi al-Fiqh. IAotiqad Masyasyin wa al-Mutakallimin. Sharh Kathirah Aoala al-Farabi fi MasaAoil al-Mantiqi Arista . lasan terhadap pemikiran Aristotl. Maqalah fi al-Radd Aoala Abi AoAli bin Sina . enolakan terhadap Ibn Sin. Ittisal al-AoAql al-Mufarriq bi al-Insan. MasaAoil fi Mukhtalif Aqsam al-Mantiq . agam pembahagian logik. , al-MabadiAo . engantar ilmu falsafa. Tafsir Urjuza . lmu perubatan dan tauhi. Taslul . etafizik dan kala. dan lainnya. Ibn Rushd percaya pada kebenaran tunggal, meskipun cara mencapai kebenaran yang satu itu berbeza mengikut tingkatan akal. Ini dimungkinkan dengan pendekatan retorik . ang umumnya dipakai orang awa. , dialektik . leh kaum cendekiawa. , dan demonstratif . leh kaum filsuf dan ahli sain. sebagai digariskan dalam kitabnya Fasl al-Maqal (Syamsuddin Arif, 2. Ia adalah penemu falsafah Islam yang rasional yang diserap dari pemikiran klasik Yunani yang dizahirkan dalam penulisan Aristotle. Karya besarnya. Fasl al-Maqal membahaskan pemikiran empat mazhab penting dalam Islam. AhsAoari. MuAotazili. Batini . dan literalis. Ia turut mengupas falsafah agama dan karakternya yang inklusif dan universal. Luthfi Assyaukanie, dalam pengantarnya kepada kitab Fasl al-Maqal (Makalah Penent. menyatakan: AuPerhatian Ibn Rusyd jauh melampaui sekat-sekat agama. Pemikirannya bersifat universal yang bisa dimanfaatkan oleh umat manusiaAy (Ibn Rushd, 2006, xi. Ibn Rushd telah berhasil menggarap dan merekonstruksi falsafah Aristotle dalam mentakwil kebenaran wahyu dan akal. Beliau membela para filasuf Muslim yang dikafirkan oleh al-Ghazali seperti al-Farabi. Ibn Sina, al-Kindi dan kelompok Batiniyyah dan IsmaAoiliyyah. Beliau berhujah. AuKami melihat bahawa Abu Hamid telah berbuat salah terhadap para filasuf Aristotelian, dengan mendakwa bahawa mereka ini berpandangan bahawa Tuhan Maha Suci dan Tinggi tidak mengetahui perkara juzAoiyat. Sebetulnya mereka 27 | J O U R N A L O F I S L A M I C S T U D I E S Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rachman Vol. No. : 22-34 berpandangan bahawa Tuhan mengetahui perkara juzAoiyat dengan ilmu yang tidak sejenis dengan ilmu kita tentangnya (Ibn Rushd, 2006, . Falsafah pemikiran Ibn Rushd yang tuntas berdampak besar dalam mengilhamkan pencerahan dan menguatkan nilai falsafah, ideologi dan kalam serta mempertahankan posisi akal sejajar dengan wahyu. Beliau mengkritik karya dan pandangan al-Ghazali dalam Tahafut al-Falasifah dan Faysal al-Tafriqah yang membungkam falsafah logik dan skolastik, kerana, sebagaimana diungkapkan oleh Luthfi Assyaukanie: AuBaginya, ilmu agama dan ilmu umum . sama pentingnyaAy (Ibn Rushd, 2006, xvi. Ibn Rushd adalah penganjur faham rasional yang menekuni falsafah di saat permusuhan dan sikap antagonis terhadap falsafah klasik (Aoulum al-awaAoi. memuncak di kalangan masyarakat Islam. Pengiktirafannya terhadap falsafah dan ijtihad adalah lantaran AuIa sangat menghargai filsafat dan ilmu pengetahuanAy (Ibn Rushd, 2. Kesungguhannya menekuni falsafah ini telah memungkinkannya mengangkat kefahaman klasik dari filasuf Yunan dan menulis komentar yang kritis ke atas falsafah dan ajaran metafizik Aristotle. Sumbangan Ibn Rushd dalam memperkenalkan falsafah Greek dan kekuatannya dalam mencetuskan pengaruh yang monumental pada percambahan budaya dan pemugaran ijtihad diungkapkan oleh Luthfi sebagai pencapaian yang klasik di zaman pertengahan. Menurutnya AuIbnu Rusyd layak dijadikan model kemajuan bagi peradaban Islam bukan hanya karena posisinya sebagai filasuf agung, tapi kerana ia juga seorang tokoh agama yang menguasai ilmu-ilmu tradisional Islam. Ay (Ibn Rushd, 2006, xi. Kitab Fasl al-Maqal Kitab Fasl al-Maqal wa Taqrir ma bayna al-Shari Aoah wa al-Hikmah min al-Ittisal adalah karyanya yang agung yang mengupas falsafah pemikiran Islam dan membahaskan aliran rasional yang dipelopori dalam falsafah Greek. Ia mengungkapkan kekuatan akal dan kebebasan ikhtiar. Antaranya ia menekankan pentingnya berfikir secara analitikal dalam penafsiran al-QurAoan yang bercanggah dengan pendirian konservatif yang menggantungkan penafsirannya pada hadith. Bukunya mengetengahkan kefahaman logik, prinsip takwil, dan asas pembuktian melalui qiyas al-Aoaqli, qiyas al-jadali, dan al-burhani . yang disandarkan sebagai hujah oleh kelompok mutakallimin dan merupakan penentu yang penting dalam mengilhamkan pembaharuan terhadap falsafah barat. Tulisannya membahaskan antara lain kekuatan hikmah dan qiyas dan matlamat-matlamat syarak dan dalil-dalil logik, retorik dan Tema yang difokuskan dalam penyampaiannya adalah saranan terhadap pencarian bukti berasaskan metode diskursif, dan konseptual. Argumen yang mendasari perbahasan kitab ini mencakup tiga ciri yang fundamental: Falsafah tidak mendorong pada kekufuran Falsafah melandaskan jalan yang paling mantap untuk mencapai kebenaran Prinsip asas syarak yang tidak boleh dipertikai hanya tiga, keyakinan pada Tuhan, keyakinan pada rasul . , dan hari kebangkitan. 28 | J O U R N A L O F I S L A M I C S T U D I E S Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rachman Vol. No. : 22-34 Bermula dari premis tentang penyatuan akal dan wahyu sebagai dua sumber kebenaran yang hak. Ibn Rusyd menampilkan dalil dari falsafah pemikiran bahawa wahyu dan akal keduanya adalah pemberian Tuhan. Akal dan wahyu menurutnya adalah Ausaudara sesusuanAy . kht al-radiAoa. yang tak mungkin terpisah. Akal menghajatkan wahyu kerana permasalahan dunia yang berkait dengan alam metafizik . , tak terjangkau oleh akal. Wahyu juga memerlukan akal kerana tanpa kekuatan fikiran, wahyu tidak bisa dimengerti. Menurutnya, sekiranya terdapat pertentangan antara ayat al-QurAoan dengan akal, maka ayat tersebut haruslah ditakwil, seperti diungkapkan dalam Fasl al-Maqal AuSekiranya di sana tak ada pertentangan-antara wahyu dan akal- maka tak ada yang perlu dikatakan. Tapi, jika ada pertentangan, maka wahyu haruslah ditafsirkan. Ay (Ibn Rushd, 2006, . Peranan akal dan falsafah yang murni sangat mendesak dalam memahami banyak ayatayat al-QurAoan yang tampak bertentangan dengan akal dan nilai kemanusiaan moden. Disinilah letaknya kekuatan takwil untuk mengkompromi dan menjalinkan makna yang meraikan semangat wahyu dan kemanusiaan. Kesejajaran Falsafah dan Syariah Kupasannya tentang falsafah dan aliran pemikiran Yunani menjelaskan suatu kefahaman asas bahawa terdapat harmonisasi yang jelas antara wahyu dan akal, agama dan ilmu dan syariah dan falsafah. Ide yang digagaskan oleh sang filasuf Yunan. Aristotle telah dihuraikannya dengan terperinci dalam kitabnya Al-Kashf Aoan Manahij al-Adilla fi AqaAoid alMilla dan al-Daminah. Karya ini mengemukakan prinsip takwil yang definitif yang menggagaskan faham perbandingan dan analisis yang kritikal ke atas nas al-Quran dan alhadith. Ibn Rushd menjelaskan kedudukan falsafah dan hikmah serta aspek logika yang dikemukakan dalam karya-karya Aristotle dengan tuntas. Dikenang sebagai AoBapa RasionalismeAo beliau menghubungkan lapangan falsafah dengan agama seperti diungkapkan dalam karyanya Fasl al-Maqal yang menegaskan bahawa pencarian falsafah adalah sejalan dengan kehendak agama bagi mencari kebenaran darihal kewujudan. Beliau turut menekankan kepentingan memanfaatkan ilmu yang diperoleh dari yang bukan Muslim dan masyarakat terawal. AuBahawa menelaah karya-karya orang terdahulu . hl al-awaAoi. adalah wajib menurut syarak. Ini kerana tujuan mereka dalam penulisan karya-karya itu sama dengan tujuan yang digalakkan oleh syarak. Ay (Ibn Rushd, 2006, . Argumen-Argumen Penting dalam Al-Kashf Aoan Manahij al-Adilla Kitab Al-Kashf Aoan Manahij al-Adilla fi AoAqaAoid al-Milla yang dikarang Ibn Rushd memperlihatkan argumentasi yang tuntas dalam perbahasan kalam dan kritiknya terhadap kaum teolog dan sufi. Ia berusaha membawakan pemikiran klasik Greek ke dalam falsafah Islam (Abdul Rahim Sabri, 2. Buku ini ditulis sekitar tahun 575 H/1179 M ketika ia menetap di Maghribi yang merupakan sambungan daripada karyanya yang awal al-Damima fi Ilm al-Ilahi . retis tentang masalah ketuhana. dan Fasl al-Maqal. Dalam kitabnya al-Matan al-Rushdiy. Jamal al-Din al-Alawi menerangkan bahawa kitab ini ditulis dalam zaman al-fasilah al-Ghazaliyyah . asa kritik atas al-Ghazal. , iaitu setelah beliau 29 | J O U R N A L O F I S L A M I C S T U D I E S Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rachman Vol. No. : 22-34 menguasasi falsafah Greek dan sebelum menghuraikan karya Aristotle secara rinci . l-sharh al-kabi. ntara tahun 574 hingga 576 H) (Abdul Rahim Sabri, 2. Beliau mengemukakan hujah yang analitis berkait dengan dalil ketuhanan, dan mengetengahkan huraian yang terperinci tentang ide kewujudan, ketauhidan dan sifatNya yang tersendiri menurut fahaman ahl al-sunnah wal jamaAoah. Kitabnya turut mengangkat perbahasan tentang perkara ghaib, dan perbuatan Tuhan, yang berkait dengan kejadian dunia, pengutusan rasul, ketentuan takdir, keadilan Ilahi, dan kebangkitan. Perbincangan Aoaqidah dan falsafah yang dibentangkan dalan kitab al-Kashf ini merrumuskan faham pencerahan yang signifikan terhadap nas-nas syariat dan menggariskan kaedah interpretasi teks dan soal-soal akidah yang mendalam, yang memperlihatkan kecenderungannya pada batas dan nilai kesederhanaan dalam syariat, sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Taimiyah dalam kitabnya Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah . : . : AuIbn Rusyd dan semacamnya masih lebih dekat ke Islam daripada Ibn Sina dan semisalnya, kerana masih menjaga batas-batas agama ketimbang mereka yang mengabaikan kewajiban dan melanggar aturan agamaAy (Syamsuddin Arif, 2. Menyangkal Kelompok AsyaAoirah Dalam Fasl Maqal (The Decisive Treatis. Ibn Rushd mendukung pembebasan sains dari falsafah yang bertolak belakang dengan pandangan rasmi mazhab AshAoari. Beliau menolak kefahaman aqidah yang dipelopori oleh aliran AsyaAoirah, yang mengakibatkan sebahagian menganggap doktrinnya punca kepada fahaman sekularisme di Eropah Barat. Dalam muqaddimah Fasl Maqal beliau menjelaskan: AuKami menegaskan bahawa urusan falsafah tidak lain dari merenung penciptaan makhluk dan memikirkan tentangnya supaya mendapat pencerahan untuk mengenal Tuhan Ae dengan perkataan lain, untuk melihat kepada makna Ay Beliau turut menolak pentakwilan yang fasid yang dikemukakan oleh kelompok Muktazilah bagi menegakkan falsafah dan idealisme mereka. AuTidak harus ditulis dalam buku-buku umum tentang takwil-takwil yang benar, apatah lagi takwil-takwil yang salahA. kerana pentakwilan ke atas ayat dan kerana menyangka pentakwilan wajib diberitahu kepada umum, lahirlah mazhab-mazhab di dalam Islam sehingga mereka mengkafirkan antara satu sama lain dan menuduh bidaah sesama mereka. Maka Muktazilah mentakwilkan banyak ayat [Qura. dan hadis, dan mereka memberitahu takwil-takwil mereka kepada umum, dan demikian juga yang diperbuat kelompok AsyAoariyah, walaupun mereka ini tidak banyak melakukan takwil. Ay (Ibn Rushd, 2006, 42-. Hikmah dan Falsafah Menurut Ibn Rushd, hikmah bukan setakat pengetahuan biasa, seperti fizik, matematik, atau geografi, tetapi hikmah adalah pengetahuan yang mendasar, yang asas, yang diungkapkan oleh sarjana klasik Yunan sebagai AofalsafahAo. (Ibn Rushd, 2006, x. Pengertian hikmah mempunyai konotasi yang penting kepada Ibn Rusyd. Hikmah sering dikaitkan dengan doktrin-doktrin syariah yang termaktub dalam kitab suci, justeru tidak mungkin ada pertentangan antara hikmah dan syariah, antara agama dan falsafah. 30 | J O U R N A L O F I S L A M I C S T U D I E S Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rachman Vol. No. : 22-34 Menurutnya, falsafah yang juga disebut sebagai AuAoilm al-nazarAoAy penting untuk membantu kita memahami ayat-ayat al-QurAoan yang samar . Hanya dengan latihan dan perenungan . mal nazar. seseorang dapat memahami kesamaran tersebut, dan latihan intelek yang terbaik adalah falsafah. Kemunculan Ibn Rushd pada kurun ke 6 Hijrah telah memberikan dampak yang besar kepada kajian ilmu falsafah. Keupayaannya menzahirkan kebenaran wahyu dan akal dan keharmonian falsafah dan syariah telah menolak cengkaman dan hegemoni agama . ke atas akal. Luthfi Assyaukanie dalam pengantar kitab Makalah Penentu (Fasl al-Maqa. mengungkapkan: AuTidak ada nama tokoh Islam yang begitu berpengaruh bagi peradaban Barat moden seperti Ibn Rusyd. Pada masa-masa awal renaisans. Ibn Rusyd menjadi model bagi kemajuan orang-orang Eropah. Di Universiti Sorbonne. Perancis, ajaran-ajaran Ibn Rusyd dikembangkan menjadi sebuah mazhab pemikiran yang disebut AuLatin AverroismAyA beberapa sarjana di sana, seperti Siger of Brabant. Boethius of Dacia, dan Goswin of La Chapelle bahkan mendirikan kelompok kajian khusus tentang Ibn Rusyd. Kelompok ini kelak disebut sebagai Latin Averroism. Ay (Ibn Rushd, 2006, xii, xvi. Dalam komentarnya terhadap falsafah Aristotle. Ibn Rushd berkeras membela ijtihad dan kebebasan ikhtiar bersandarkan wahyu dan faham sains yang rasional. Beliau sekaligus membela filasuf muslim yang dikecam oleh al-Ghazali yang telah terpengaruh dengan falsafah dan pemikiran Greek. Pembelaan yang jitu terhadap status akal ini telah memberikan keyakinan terhadap peradaban eropah di abad ke-18. Menurut Luthfi Assyaukanie pemilihan massa terhadap figur Ibn Rushd adalah berdasarkan pandangan dan falsafahnya yang rasional dan kritis: AuBagi mereka yang menjadikan Ibnu Rusyd sebagai model kemajuan berangkat dari keyakinan bahwa tokoh ini merupakan pemikir par excellence dan susuk raksasa yang telah memberikan sumbangan besar, bukan hanya bagi kaum Muslim, tapi juga bagi kemanusiaanAy. (Ibn Rushd, 2006, x. Penafsirannya yang tuntas terhadap karya Greek dan pemilihannya yang tepat terhadap falsafah dan sosok Aristotle telah mengangkat Ibn Rushd sebagai filasuf besar dan berpengaruh luas di dunia barat. Luthfi Assyaukanie menulis AuKendati di dunia Islam sendiri dia kurang mendapatkan penghargaan, di dunia barat, sejak abad ke-12, namanya berkibar di pusat-pusat pengajian dan lembaga-lembaga ilmu pengetahuan. Di Universiti Paris, karya Ibnu Rusyd dipelajari secara serius dan pandangan-pandangannya didiskusikan secara luas. Ay (Ibn Rushd, 2006, xvi. Peranan Filasuf Renan Revolusi intelektual di dunia Islam bermula setelah pemikiran Ibn Rusyd disalin dan diperkenalkan oleh Ernest Renan . Penemuan falsafah Ibn Rusyd oleh Renan sekaligus membangkitkan tamadun Eropah dan menemukan titik penting dalam sejarah kekuasaannya yang berpengaruh. Pencerahan ini hanya tercetus dengan pengaruh falsafah Islam yang digerakkan oleh Ibn Rushd, yang disebut Renan sebagai Aupeletak batu pertama rasionalisme EropahAy (Syamsuddin Arif, 2. Luthfi Assyaukanie menegaskan AuIbnu Rusyd dipandang sangat berjasa bagi dunia intelektual Eropah karena dialah orang yang secara 31 | J O U R N A L O F I S L A M I C S T U D I E S Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rachman Vol. No. : 22-34 sangat meyakinkan memberikan hujah tentang pentingnya kemandirian dunia akademi dari kuasa gerejaAy. (Ibn Rushd, 2006, xvi. Hujah Ibn Rusyd telah memecahkan dominasi gereja ke atas akal. Kebebasan akliah yang ditiupkannya telah memisahkan secara radikal kuasa gereja dan politik. Kemandirian ide yang dicapai lewat kurun ke 18 telah memberikan corak pentafsiran dan kebudayaan baru dalam falsafah Eropah di abad pertengahan. Di tangan Renanlah, falsafah Ibn Rusyd diperluas dan diangkat sebagai asas yang memunculkan faham renaisans yang fenomenal dan membuka aliran pembaharuan yang penting di universiti-universiti terkemuka di Eropah. Bermula saat itu, ajaran dan pengaruh Ibn Rusyd terpasak kukuh di kalangan pengikutnya yang masyhur sebagai Latin Averroists. AuDi sinilah karya Ibn Rusyd Fasl al-Maqal memainkan peranannyaAy (Ibn Rushd, 2006, xi. dalam mendobrak faham agama yang usang dan membuka pandangan dan keyakinan baru terhadap falsafah Islam. KESIMPULAN Jelasnya, perbincangan tentang kitab Fasl al-Maqal yang diutarakan dalam makalah ini telah memperlihatkan pengaruh dan dampak yang mengesankan dari pemikiran Ibn Rusyd terhadap tamadun Eropah. Sumbangan yang dizahirkan dari ketangkasan falsafah Islam pada abad pertengahan telah membentuk peradaban Barat yang lahir dari karya-karya penting yang dihasilkan oleh ulama Islam di kurun pertengahan seperti Ibn Rushd, al-Razi, al-Khawarizmi dan al-Ghazali. Peradaban Eropah dibangunkan oleh kesungguhan bangsa Latin menaakul dan mencerap karya-karya yang ditulis oleh Ibn Rushd yang telah mencetuskan renaisans . sebagai tercatat dalam sejarahnya di abad pertengahan. Sejak pembukaan dan pembebasan ke atas wilayah-wilayah Islam di kawasan Arab. Afrika. Parsi. Rom dan Andalusia, pengaruhnya telah berkembang dengan nilai-nilai pembaharuan dan keadilan yang mampan. Kekuatan pengaruh Ibn Rushd dan ajaran-ajaran moral dan falsafahnya yang tersebar di Andalusia telah membuka jalan kepada kebangkitan dunia Barat. Dalam dekad yang penting ini. Ibn Rushd telah memberi sumbangan yang bermakna dengan penemuan falsafah Islam dan dialektika Yunani yang meyakinkan dan usaha mensejajarkan hikmah dan wahyu yang dirumuskan dalam kitabnya Fasl al-Maqal. Idealisme saintifik yang dicetuskannya ini telah melahirkan pandangan dan mazhab baru di Eropah yang dikenal sebagai falsafah Averroism dan telah mempengaruhi dunia pemikiran dan kesarjanaan moden. 32 | J O U R N A L O F I S L A M I C S T U D I E S Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rachman Vol. No. : 22-34 DAFTAR RUJUKAN Abduh. Muhammad. Ilmu dan Peradaban Menurut Islam dan Kristen. Terj. Muhammad Syaf & Abu Bakar Usman. Bandung: CV. Diponegoro. Abdul Rahim. Sabri. 0, 03 Ja. AoIbn Rusyd Jawab al-AsyaAoirah, al-GhazaliAo, com, retrieved from https://w. com/columns/121024 Ahmed Alwishah. Josh Hayes . Aristotle and the Arabic Tradition. Cambridge University Press. Al-Ahwany. Ahmad Fuad. Ibn Rusyd. Wisbaden: Otto Harrossowits. Azhari. Fathurrahman. AoMetode Istinbath Hukum Ibn Rusyd dalam Kitab Bidayah alMujtahidAo. Tashwir, 3 . , 351Ae373. Endang Mulyani. Tri Indriawati. 4, 25 Ja. AoBiografi Ibn Rusyd. Filsuf Muslim Komentator AristotelesAo, https://w. com/stori/read/2024/01/25/100000679/biografi-ibnu-rusyd-filsufmuslim-komentator-aristoteles?lgn_method=google&google_btn=gsi Fehrullah. Terkan. AoIbn Rushd. Fasl al-MaqAl and the Theory of Double TruthAo. Paper presented at the Medieval Congress in Kalamazoo. Michigan. Hairul. Faizi. 9, 26 Sep. AoIbn Rusyd: Tanpa Beliau Barat tak Mungkin keluar dari Zaman GelapAo, thepatriots. asia, retrieved from https://thepatriots. asia/ibn-rusyd-tanpa-beliaubarat-tak-mungkin-keluar-dari-zaman-gelap/ Hamid Fahmy Zarkasyi. Amal Fathullah Zarkasyi. Tonny Ilham Prayogo. Rahmat Ardi Nur Rifa DaAoi. AoIbn RushdAos Intellectual Strategies on Islamic TheologyAo. Jurnal Ilmiah Islam Futura, 20 . , 19Ae34. Ibn Rushd. On the Harmony of Religions and Philosophy. George Hourani . Leiden: Brill. Ibn Rushd. Abu al-Walid Muhammad. Fasl al-Maqal fi Ma Bayn al-Hikmah wa al-SyariAoah min al-Ittisal. Tahkik. Muhammad Imarah. Kaherah: Dar al-Maarif. Ibnu Rusyd. Abu al-Walid Muhammad. Makalah Penentu tentang Hubungan antara Syariah dengan Falsafah. Terj. Al-Mustaqeem Mahmod Radhi. Kata Pengantar Luthfi Assyaukanie. Kuala Lumpur: Middle-Eastern Graduates Centre. Ibn Rusyd. AoRestorasi Filsafat. Dialog Mutual dan Syariah: Ibn Rusyd dan Reformasi Islam dalam Fashl al-MaqalAo. Jurnal Peradaban (Filsafat. Etika dan Agam. , 3 . , 71Ae85. Ibrahim. Najjar. Faith and Reason in Islam AverroesAo Exposition of Religious Arguments. Oxford: Oneworld Publication. Iysa. Bello. The Medieval Islamic Controversy Between Philosophy and Orthodoxy: IjmaAo and TaAowil in the Conflict Between al-Ghazali and Ibn Rushd. Leiden: E. Brill. Jamaluddin. Andi Abd. Muis. Nurwidya Putri. Rosma. Fauziah. Sulaiman Suhdi. AoModerate Islam in the Thought of Ibn RusydAo. Proceeding of 2nd International Conference on Education. Society and Humanity, 2 . , 487Ae495. Joni Tamkin Borhan. Che Zarrina SaAoari. AoSumbangan Pemikiran Ibn Rushd . 595/1. dalam Muamalah: Analisis terhadap Akad al-Mudarabah dalam Bidayah alMujtahid wa Nihayah al-MuqtasidAo. Jurnal Usuluddin, 26, 133Ae147. Khaerul Umam Junaid. Sulfitriani. Sri Rahayu. AoPemikiran Ibnu Rusyd: Mempertemukan antara Agama dan FilsafatAo. El-Fata Journal of Sharia Economics and Islamic Education, 2 . , 39Ae51. 33 | J O U R N A L O F I S L A M I C S T U D I E S Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rachman Vol. No. : 22-34 Luthfi. Assyaukanie. 6, 02 Fe. AoIbn Rushd sebagai Model Peradaban IslamAo. Harian Kompas. Majid. Fakhry. Averroes. His Life. Works and Influence. Oxford: Oneworld. Mami. Nofrianti. AoJembatan Penyeberangan Peradaban Islam ke EropaAo. Nazharat: Jurnal Kebudayaan, 27 . , 1Ae19. Moch. Muwaffiqillah. Indana Zulfa. Muhammad Ayman al-Akiti. AoRevisiting Ibn RushdAos Demonstrative Philosophy: Bridging Classical Thought and Scientific Investigation in Contemporary Islamic Higher EducationAo. Tribakti: Jurnal Pemikiran Keislaman, 36 . , 123Ae146. Mohammad Jamil-Ub-Behman Barod . The Philosophy and Theology of Averroes. Baroda: Manibhai Mathurbhal Gupta. Muzakki. Akh. AoThe Roots. Strategies, and Popular Perception of Islamic Radicalism in IndonesiaAo. Journal of Indonesian Islam, 8. , 1Ae22. Qatrunnada. Jihan Najla. 3, 03 De. Ao21 Karya Ibn Rusyd di Bidang Filsafat sampai KedokteranAo, detikhikmah, retrieved from https://w. com/hikmah/khazanah/d7069543/21-karya-ibnu-rusyd-di-bidang-filsafat-sampai-kedokteran Renan. Ernest. Ibn Rushd dan Mazhabnya. Terj. Andar Nubowo. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar. Rossi Delta Fitrianah. AoIbn Rusyd (Averroism. dan Pengaruhnya di BaratAo. El-Afkar Jurnal Pemikiran Keislaman, 7 . , 15. Syamsuddin. Arif. 6, 07 Me. AoIbn Rusyd dan Kemajuan EropaAo, hidayatullah. retrieved from https://hidayatullah. com/artikel/tsaqafah/2016/05/07/94395/ibn-rusyddan-kemajuan-eropa. Yusnizar. Naufal MasAoud. 2, 14 No. AoPemikiran Ibn Rusyd dan Pengaruhnya di EropaAo, https://hidayatullah. com/artikel/opini/2022/11/14/240038/pengaruh-pemikiran-ibnurusyd-dan-pengaruhnya-di-eropa. 34 | J O U R N A L O F I S L A M I C S T U D I E S