International Journal of Linguistics and Indigenous Culture https://journal-center. com/index. php/ijlic November 2024 Vol. No. e-ISSN: 3031-378X Bahasa Kasar dan Hierarki Sosial: Kajian terhadap Harga Diri dalam Cerpen-Cerpen Shawal Rajab 1Amanda Pong Fui Lin, 2*Ena Herni Wasli Program Kesusasteraan Melayu. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Universiti Brunei Darussalam. Jalan Tungku Link Gadong. BE1410. Brunei Darussalam *Corresponding Author e-mail: ena. wasli@ubd. Received: August 2024. Revised: November 2024. Published: November 2024 Abstrak Kajian ini meneliti hubungan antara penggunaan bahasa kasar dan hierarki sosial dalam empat cerpen karya Shawal Rajab . , dengan fokus pada bagaimana bahasa mencerminkan harga diri watakwatak berdasarkan status sosial, pendidikan dan kedudukan ekonomi mereka. Melalui analisis teks kualitatif, cerpen AoHarga Kemanusiaan,Ao AoIQ,Ao AoBatin Terseksa! Oh. Lusa PeriksaAo dan AoTuntutanAo dianalisis untuk memahami corak komunikasi dan interaksi sosial watak-watak tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa watak-watak dengan status sosial dan ekonomi yang tinggi cenderung menggunakan bahasa kasar dan merendahkan untuk menegaskan kedudukan mereka, manakala watak-watak dari golongan berpendapatan rendah sering menjadi sasaran penghinaan. Kajian ini menyimpulkan bahawa bahasa bukan sahaja berfungsi sebagai alat komunikasi, tetapi juga sebagai manifestasi kekuasaan dan harga diri dalam masyarakat, sekaligus menonjolkan hubungan antara bahasa, kuasa, dan harga diri dalam interaksi sosial. Keywords: harga diri. bahasa kasar. hierarki sosial. analisis teks Harsh Language and Social Hierarchy: A Study of Self-Esteem in Shawal RajabAos Short Stories Abstract This study examines the relationship between the use of harsh language and social hierarchy in four short stories by Shawal Rajab . , focusing on how language reflects charactersAo self esteem based on their social status, education and economic position. Using a qualitative textual analysis, the stories Harga Kemanusiaan. IQ. Batin Terseksa! OhA Lusa Periksa and Tuntutan are analyzed to understand charactersAo communication pattersn and social interactions. The findings indicate that characters with higher social and economic status tend to use harsh, demeaning language to maintain their position, while lower status characters often become targets of disparagement. This study concludes that language serves not only as a communication tool but also as a manifestation of power and self esteem in society, highlighting the relationship between language, power and self-esteem in social interactions. Keywords: self-esteem. harsh language. social hierarchy. text analysis How to Cite: Pong. , & Wasli. Manifestasi Harga Diri melalui Bahasa dalam Cerpen-Cerpen Shawal Rajab. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture, 3. https://doi. org/10. 36312/ijlic. https://doi. org/10. 36312/ijlic. CopyrightA 2024. Pong & Wasli This is an open-access article under the CC-BY-SA License. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture November Vol. No. Pong & Wasli Bahasa Kasar dan Hierarki Sosial PENGENALAN Harga diri, atau self-esteem merupakan elemsen penting yang mempengaruhi cara seseorang menilai dan menghargai dirinya dalam konteks sosial (Liyanovitasari & Setyoningrum, 2022. Ayu & Hadiwijaya, 2. Harga diri sering kali berkait rapat dengan faktor-faktor seperti status sosial, pendidikan dan ekonomi (Sudarsono, 1990. Widodo & Pratitis, 2013. Mukmin, 2. , yang kesemuanya membentuk persepsi diri individu serta bagaimana mereka dilihat oleh masyarakat sekeliling. Dalam masyarakat yang mementingkan hierarki sosial, individu yang berada di kedudukan sosial yang lebih tinggi cencerung mendapat penghormatan yang lebih besar daripada masyarakat. Hal ini sering diperlihatkan melalui bahasa yang mereka gunakan dalam komunikasi harian kerana bahasa sering mencerminkan status sosial (Ayu & Hadiwijaya, 2. Sebagai contoh, penggunaan bahasa kasar atau sombong oleh individu berstatus tinggi kadangkala dilihat sebagai gambaran status sosial yang lebih tinggi. Dalam konteks ini, bahasa menjadi medium untuk menunjukkan kekuasaan, yang bagi sesetengah individu dianggap sebagai sebahagian daripada harga diri mereka. Pendidikan juga memainkan peranan penting dalam membentuk harga diri seseorang (Mukmin, 2. Individu yang berpendidikan tinggi cenderung dihormati kerana dilihat memiliki keupayaan intelektual yang lebih besar. Mereka sering kali menggunakan bahasa yang menunjukkan intelektual atau kedudukan yang lebih Bagi sesetengah individu, bahasa ini yang bersifat kasar atau sombong berfungsi untuk menegaskan pengaruh dan harga diri yang berkait dengan pencapaian akademik. Dalam erti kata lain, semakin tinggi pendidikan seseorang, semakin besar kemungkinan mereka menggunakan bahasa yang mencerminkan keyakinan diri yang tinggi, yang bagi mereka menjadi cerminan harga diri. Kedudukan ekonomi seseorang juga memberi impak besar kepada harga diri mereka (Sudarsono, 1990. Maftuh & Ruyadi, 1. terutamanya apabila ia dikaitkan dengan kemudahan akses kepada sumber material. Individu yang memiliki kedudukan ekonomi tinggi sering merasa berhak untuk menggunakan bahasa yang menunjukkan kekuasaan dan keyakinan. Permasalahan kajian ini timbul daripada pengamatan bahawa dalam cerpencerpen Shawal Rajab, watak-watak dengan status sosial dan ekonomi yang tinggi cenderung menggunakan bahasa yang bersifat kasar, sombong, dan merendahkan individu dari golongan sosial rendah. Penggunaan bahasa kasar ini bukan sahaja sebagai alat komunikasi, tetapi juga sebagai cerminan bentuk harga diri yang negatif, satu manifestasi di mana kekuasaan sosial dan ekonomi memberikan AohakAo kepada individu untuk memperlakukan orang lain dengan rendah diri. Dalam konteks masyarakat Melayu, fenomena ini menimbulkan persoalan seperti bagaimana bahasa kasar dan sombong digunakan oleh watak-watak untuk menunjukkan kekuasaan dan harga diri dalam masyarakat yang bertumpu pada hierarki sosial? Permasalahan ini juga merangkumi persoalan tentang bagaimana masyarakat menginterpretasikan interaksi tersebut dalam konteks status sosial dan ekonomi yang berbeza-beza. Kajian-kajian terdahulu yang membahas hubungan antara penggunaan bahasa kasar dan dominasi sosial memberikan asas teori yang penting untuk kajian ini. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture,November 2024 Vol. No. Pong & Wasli Bahasa Kasar dan Hierarki Sosial Misalnya, kajian Subandi dan Mustofa . menunjukkan bagaimana bahasa kasar digunakan sebagai alat untuk mempertahankan kekuasaan dalam interaksi sosial. Hal ini sejalan dengan fokus kajian ini yang menganalisis manifestasi harga diri melalui bahasa kasar dalam empat cerpen Shawal Rajab. Selanjutnya, kajian Widodo dan Pratitis . serta Sudarsono . mengaitkan harga diri dengan status sosial ekonomi, menekankan pengaruh faktor-faktor ini terhadap cara individu Sementara itu. Maftuh dan Ruyadi . memberikan perspektif sosiologi tentang bagaimana status sosial dan ekonomi membentuk penggunaan bahasa dalam masyarakat. Masrur . menganalisis penggunaan bahasa dalam konteks dominasi sosial, menunjukkan bagaimana bahasa kasar digunakan untuk mengekalkan hierarki sosial. Bourdieu . meneliti bagaimana bahasa berfungsi sebagai alat kuasa dalam masyarakat, di mana penggunaan bahasa yang berbeza mencerminkan dan memperkukuh status sosial. Sejalan dengan ini. Cameron . juga meneliti pilihan bahasa, termasuk penggunaan bahasa kasar dapat mencerminkan dan memperkuat hierarki sosial dan hubungan kuasa. Manakala. Agnieszka . dalam kajiannya menyimpulkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara harga diri dan pencapaian akademik. Harga diri yang lebih tinggi dikaitkan dengan prestasi yang lebih baik. Penemuan-penemuan dari kajian terdahulu ini selaras dengan kajian ini yang meneliti bagaimana watak-watak dalam cerpen Shawal Rajab menggunakan bahasa untuk merendahkan individu dari kelas sosial yang lebih rendah. Dengan memahami konteks-konteks ini, kajian ini dapat menjelajah lebih dalam bagaimana bahasa yang digunakan oleh watak-watak mencerminkan kedudukan sosial mereka dan membentuk persepsi diri dalam masyarakat Melayu, serta implikasi sosial yang timbul daripadanya. Kajian ini menggunakan Antologi Cerpen Harga Kemanusiaan karya Haji Shawal Rajab . , seorang penulis prolifik dari Brunei dan penerima anugerah SEA Write Award pada tahun 2006. Karya beliau ini merupakan salah satu karya yang menyumbang kepada penganugerahan tersebut. Melalui kajian ini, analisis akan diberikan kepada bagaimana harga diri watak-watak ditonjolkan melalui cara mereka berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat di sekeliling mereka. Fokus analisis akan diberikan kepada penggunaan bahasa oleh watak-watak untuk memperlihatkan harga diri mereka, khususnya dalam konteks status sosial, pendidikan dan ekonomi. Kajian ini diharapkan dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana percakapan mencerminkan harga diri serta persepsi diri individu dalam struktur sosial masyarakat. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mencapai tiga objektif utama, iaitu: Mengkaji bagaimana penggunaan bahasa oleh watak-watak mencerminkan harga diri berdasarkan status sosial, tahap pendidikan dan kedudukan Meneliti corak komunikasi dan interaksi watak-watak, khususnya penggunaan bahasa kasar atau sombong sebagai cerminan harga diri dan kuasa sosial. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture,November 2024 Vol. No. Pong & Wasli Bahasa Kasar dan Hierarki Sosial METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan analisis teks kualitatif untuk meneliti bagaimana bahasa mencerminkan harga diri dan kedudukan sosial dalam empat cerpen karya Shawal Rajab. Proses ini dijalankan secara sistematik melalui beberapa langkah yang menumpukan pada pemahaman interaksi watak dan penggunaan bahasa sebagai manifestasi kedudukan sosial. Pendekatan ini bertujuan untuk memahami secara mendalam bagaimana pemilihan bahasa dan corak komunikasi watak melambangkan hierarki sosial serta persepsi harga diri mereka dalam konteks masyarakat Melayu. Berikut adalah perincian metodologi kajian ini: Pemilihan Teks dan Sumber Data Kajian ini menggunakan empat cerpen karya Shawal Rajab, iaitu Harga Kemanusiaan. IQ. Batin Terseksa! Oh. Lusa Periksa, dan Tuntutan, sebagai sumber data Pemilihan cerpen ini didasarkan pada keupayaan setiap karya tersebut untuk menampilkan watak-watak dari latar belakang sosial dan ekonomi yang berbeza, sekali gus menggambarkan pelbagai manifestasi harga diri dalam konteks yang Setiap cerpen dipilih kerana kepelbagaian temanya yang menggambarkan status sosial, pendidikan dan kedudukan ekonomi yang pelbagai. Prosedur Pengumpulan Data Pengumpulan data dilakukan melalui pembacaan mendalam . lose readin. terhadap teks cerpen, terutamanya dialog dan naratif yang melibatkan watak utama dan watak-watak lain. Pembacaan ini dilakukan untuk mengenal pasti ciri-ciri harga diri dan kedudukan sosial watak melalui penggunaan bahasa. Data utama yang dikumpulkan merangkumi dialog yang menggambarkan interaksi sosial dan hierarki, pilihan kata dan nada bahasa dalam percakapan yang mencerminkan status atau pengaruh sosial dan gaya bahasa yang mencirikan keangkuhan atau merendah diri dalam konteks sosial. Penyajian Data dan Interpretasi Kajian ini memfokuskan pada faktor dominan yang terdapat dalam setiap cerpen, iaitu faktor sosial yang paling menonjol dan relevan bagi naratif dan interaksi watak dalam cerita tersebut. Setiap cerpen yang dianalisis tidak semestinya mengandungi semua faktor sosial yang telah ditetapkan . tatus sosial, pendidikan dan ekonom. Sebaliknya, setiap cerpen menampilkan satu faktor yang lebih ketara, yang menjadi pendorong utama dalam pembentukan harga diri serta cara watak-watak berkomunikasi dan berinteraksi. Oleh itu, penyajian data dan interpretasi ini disusun mengikut faktor dominan bagi setiap cerpen untuk memberikan analisis yang lebih terarah dan terperinci. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture,November 2024 Vol. No. Pong & Wasli Bahasa Kasar dan Hierarki Sosial Langkah-langkah penyajian data dan interpretasi Memilih petikan berdasarkan faktor dominan Setiap cerpen dianalisis dengan memberi tumpuan kepada faktor sosial yang paling relevan. Setiap petikan dialog yang dipilih berdasarkan bagaimana ia mencerminkan hierarki sosial dan persepsi harga diri watak. Misalnya, jika ada dialog yang menunjukkan seorang watak tinggi statusnya merendahkan watak berstatus rendah, dialog tersebut akan dipilih sebagai bukti bagaimana bahasa digunakan untuk memperkukuhkan kedudukan sosial. Menghubungkan bahasa dengan faktor dominan sosial dan ekonomi Setiap petikan dianalisis mengikut faktor dominan yang berhubung langsung dengan status sosial, pendidikan atau ekonomi watak dalam setiap cerpen. Analisis dibuat untuk menjelaskan maksud di sebalik pilihan bahasa yang digunakan oleh watak. Ini melibatkan penerangan tentang mengapa watak tertentu menggunakan bahasa kasar atau sombong dan bagaimana pilihan bahasa itu berkait dengan latar belakang sosial dan ekonomi mereka. Sebagai contoh, watak yang kaya mungkin menggunakan bahasa yang angkuh kerana dia berasa kedudukannya lebih tinggi berbanding watak lain yang miskin. Penjelasan mengikut faktor pendidikan Tahap pendidikan juga dilihat mempengaruhi cara watak berbahasa. Watak yang berpendidikan tinggi mungkin menggunakan bahasa intelektual atau formal untuk menunjukkan keunggulan mereka. Dalam penyajian data, hubungan antara bahasa yang digunakan dan tahap pendidikan watak akan diperjelaskan. Contohnya, watak yang berpendidikan cenderung merendahkan watak yang mengamalkan kepercayaan tradisional dengan bahasa yang menunjukkan Memberikan pemahaman menyeluruh Dengan membahagikan analisis mengikut faktor dominan dalam setiap cerpen, kajian ini membeirkan gambaran yang lebih menyeluruh dan terarah tentang bagaimana bahasa digunakan dalam menggambarkan harga diri watak mengikut faktor sosial yang paling menonjol. Setiap cerpen akan dianalisis berdasarkan faktor utamanya tanpa memaksakan pembahasan semua faktor sosial yang mungkin tidak relevan dalam naratif. Dengan langkah-langkah ini, penyajian ini hanya memfokuskan pada faktor sosial dominan yang ditemui dalam setiap cerpen dan analisis yang dihasilkan lebih khusus dan sesuai dengan tema yang diangkat dalam setiap naratif. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture,November 2024 Vol. No. Pong & Wasli Bahasa Kasar dan Hierarki Sosial ANALISIS DAN PERBINCANGAN Cerpen Harga Kemanusiaan Cerpen ini memperlihatkan bagaimana status sosial dan ekonomi seseorang menjadi penentu utama cara watak dinilai oleh masyarakat. Kamaruzzaman dan Iche . menjelaskan bahawa bahasa secara tidak langsung menunjukkan kekuasaan, mempengaruhi hubungan antara individu yang jelas digambarkan melalui watak Datuk Penghulu Haji Mail. Watak ini sering menggunakan bahasa yang berbaur dominasi dan penghinaan untuk mempertahankan kedudukannya dalam hierarki sosial, terutama ketika berinteraksi dengan Guntur, seorang pemuda miskin yang bekerja sebagai pengutip tahi kerbau. Sebagai seorang pemimpin berstatus tinggi. Datuk Penghulu Haji Mail menggunakan bahasa yang kasar dan merendahkan untuk memperkukuhkan kuasa sosialnya. Masrur . turut menegaskan bahawa Aupenghinaan merupakan bahasa yang digunakan dengan tujuan utama untuk menyerang harga diri, kehormatan, menghina atau menistakan pihak yang dituju. Ay Dialog berikut memperlihatkan bagaimana Datuk Penghulu secara terang-terangan menghina Guntur dan merendahkan AuCakaplah. Jangan macam orang sasau. Aku tak senang. Ay AuMaafkan saya tok penghulu, saya terpaksa berterus terang. Saya jatuh hati kepada Salmah, anak tok penghulu. Ay AuHah, apa!Ay Tok Penghulu berludah ke kiri. AuPuiiAy! Tak sedar diri. Kau ingat kau kerja angkat tahi tu orang mahu? Aku tidak mahu bermenantukan orang macam kau!Ay (Harga Kemanusiaan: . Petikan ini menunjukkan sikap merendahkan Datuk Penghulu terhadap Guntur. Kata-kata tersebut secara langsung menggambarkan penolakan Datuk Penghulu terhadap Guntur disebabkan oleh kedudukan ekonominya yang rendah. Ungkapan seperti AuTak sedar diriAy dan AuAku tidak mahu bermenantukan orang macam kau!Aysecara langsung menghina kedudukan ekonomi dan pekerjaan Guntur. Bahasa kasar yang digunakan oleh Datuk Penghulu bukan sahaja memperkukuhkan kedudukannya dalam hierarki sosial tetapi juga menegaskan jurang sosial antara golongan berstatus tinggi dan mereka yang berada dalam kedudukan ekonomi Ini memperkuatkan tanggapan bahawa status ekonomi merupakan faktor utama dalam menentukan harga diri dalam masyarakat. Selain watak Guntur, watak Si Chai juga mengalami nasib yang serupa, di mana dia sering diperlekehkan oleh masyarakat sekelilingnya. Sebagaimana yang dicatat oleh Johan dan Roseliza . , pola interaksi sosial pada masa kini menunjukkan bahawa individu yang berpenampilan kemas, memiliki wajah yang menarik, dan bentuk badan yang baik sering kali mendapat perhatian dan layanan yang lebih baik daripada mereka yang dianggap kurang memenuhi kriteria tersebut. Dalam konteks ini, masyarakat kampong menilai Si Chai bukan berdasarkan sifat atau tindakan peribadinya, sebaliknya melalui penampilan luarannya seperti membawa bakul International Journal of Linguistics and Indigenous Culture,November 2024 Vol. No. Pong & Wasli Bahasa Kasar dan Hierarki Sosial sayur-sayuran. Penggunaan bahasa penghinaan terhadapnya menggambarkan rasa ketidakpuasan dan keangkuhan masyarakat terhadap Si Chai yang dianggap lebih Hal ini dapat dilihat dalam luahan kekesalan Si Chai, yang mencerminkan perasaan terpinggir akibat penilaian yang tidak adil terhadap dirinya. AuAku pun dulu serupa macam kau, selalu diusik-usik apabila membawa bakul sayur-sayuran ke sana ke mari. Apa kata mereka mengejek aku: Si Chai hantu polong!Ay (Harga Kemanusiaan: 120-. Ejeken seperti AuSi Chai hantu polongAy menonjolkan bagaimana bahasa berfungsi sebagai alat kuasa untuk meminggirkan dan memperkukuhkan hierarki sosial. Masyarakat menggunakan bahasa kasar bukan sahaja untuk menunjukkan rasa tidak hormat tetapi juga untuk menegaskan perbezaan status mereka yang dianggap lebih Fenomena ini menggambarkan bahawa dalam konteks sosial, status sosial dilihat sebagai penentu utama harga diri, dan bahasa menjadi media penting untuk mengekalkan kekuasaan sosial. Pandangan Cameron . mengenai bahasa juga relevan dalam analisis ini. Cameron . menegaskan bahawa bahasa kasar digunakan oleh individu untuk menyelaraskan diri dengan kumpulan sosial tertentu atau untuk mencabar hierarki yang ada. Dalam konteks cerpen ini, penggunaan bahasa oleh Datuk Penghulu dan masyarakat sekeliling bukan hanya mencerminkan status mereka tetapi juga berfungsi untuk mengekalkan hierarki sosial yang ada. Dengan demikian, bahasa menjadi refleksi dan pengukuh kepada kedudukan sosial individu dalam masyarakat, di mana penggunaan bahasa tertentu dapat meningkatkan atau merendahkan harga diri seseorang. Cerpen IQ Cerpen ini menonjolkan bagaimana pendidikan dan pencapaian akademik dalam membentuk persepsi seseorang terhadap harga diri serta kedudukannya dalam hierarki sosial. Pendidikan tinggi bukan sahaja dilihat sebagai simbol status sosial yang lebih tinggi tetapi juga dijadikan asas untuk menilai diri serta orang lain dalam konteks sosial (Agnieszka, 2018. Alkhateeb at al, 2. Watak utama. Fadzil menunjukkan bagaimana pendidikan yang diperoleh digunakan sebagai asas untuk memperkukuh kedudukan sosialnya. Melalui bahasa yang kompleks dan berunsur intelektual. Fadzil berulang kali merendahkan watak Shawal, menggambarkan bagaiana golongan berpendidikan tinggi cenderung menganggap diri mereka lebih layak dan berkuasa. Dialog Fadzil yang memperlihatkan keunggulan akademiknya menunjukkan kecenderungan untuk menilai harga diri berdasarkan pendidikan: AuTetapi aku belajar daripada mahaguru sains, bukan daripada pawang atau dukun, seperti amalanmu. Ay Satu pukulan hebat hinggap di kepalaku. AuKau melibatkan peribadiku dalam bicara ini. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture,November 2024 Vol. No. Pong & Wasli Bahasa Kasar dan Hierarki Sosial AuMaafkanlah. Sebenarnya aku sayang kepadamu. Kau datang ke Singapura untuk belajar. Orang sassterawan seperti kau selalunya mengetahui sejarah, geografi, falsafah, dan antropologi. Sedikit sebanyak kau harus mencontohi biografi orang-orang terkenal. Madame Curie umpamanya yang menemui Terasa hebat pukulan yang aku terima. (IQ: . Ungkapan ini tidak hanya mengukuhkan rasa keunggulannya tetapi juga menolak cara hidup tradisional watak Shawal sebagai sesuatu yang rendah dan tidak sepadan dengan status akademik. Hal ini selari dengan pandangan Alkhateeb et al. yang menyatakan bahawa pencapaian akademik sering digunakan sebagai simbol status sosial yang lebih tinggi, di mana individu menjadikan pencapaian intelektual sebagai asas untuk menilai diri dan status sosial mereka. Dalam hal ini. Fadzil melihat dirinya lebih mulia dengan latar belakang akademiknya. Fadzil turut menggunakan pengetahuannya tentang sejarah dan budaya sebagai bukti tambahan keunggulannya, menampilkan dirinya sebagai seseorang yang bukan sahaja pakar dalam bidang sains tetapi juga berpengetahuan luas tentang sejarah dan AuWalaupun aku daripada pengajian sains, tetapi aku mengetahui dongeng lama seperti Hikayat Raja-raja Pasai dan Panji Semerang. Malah aku juga mengetahui sejarah Israk Mikraj Nabi Muhammad dan inilah yang banyak menimbulkan inspirasi bagiku. Ay ujarnya semakin perlahan dan menambah. Autetapi sayang, sebilangan besar umat nabi kita hanya mengetahui dan mengakui kebenaran itu tetapi tidak mahu mencuba. (IQ: . Bahasa yang digunakan mencerminkan sinisme terhadap mereka yang tidak memiliki pengetahuan sepertinya. Dengan merendahkan orang lain yang tidak berkongsi tahap intelektual yang sama. Fadzil menunjukkan sikap angkuhnya. Pandangan ini mencerminkan penilaian terhadap harga diri yang dibentuk melalui pencapaian intelektual, di mana hanya kejayaan akademik dilihat layak dihargai. Ini menunjukkan bahawa bagi Fadzil, pengiktirafan terhadap keunggulannya lebih bermakna apabila berkaitan dengan ilmu dan eksperimen saintifik. Lebih mendalam lagi. Fadzil menolak pentingnya pengiktirafan luaran, menekankan bahawa kejayaan dalam inovasi sains lebih bernilai baginya. Contoh dialog berikut menunjukkan bagaimana Fadzil menilai hasil kerjanya dan membanggakan kejayaannya dalam mencipta teknologi: AuAnugerah itu tidak besar ertinya. Tetapi sebesar-besar kebahagiaan bagiku adalah kejayaan dalam eksperimen. Aku lebih berbangga dengan ciptaan-ciptaan baruku. Nah, kaulihat. Ay Pintu terkuak. Jelas kelihatan bayang-bayang satu lembaga. Kemudian muncul di hadapanku seerti mahu memeluk tubuhku. Seketika aku rebah, tidak sedarkan diri. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture,November 2024 Vol. No. Pong & Wasli Bahasa Kasar dan Hierarki Sosial ((IQ:. Petikan ini menunjukkan bahawa Fadzil memandang rendah pengiktirafan luaran, dengan menegaskan bahawa kejayaan sebenar baginya adalah melalui pencapaian intelektual dan inovasi saintifik. Ini menggambarkan sikap angkuh di mana Fadzil merasa pencapaian akademik peribadi lebih bernilai daripada penghargaan dari Dia mempersembahkan dirinya sebagai seorang inovator yang merintis pencapaian baru, yang secara tidak langsung menunjukkan keunggulannya berbanding mereka yang hanya mengejar pengiktirafan tanpa pencapaian sebenar. Tambahan lagi. Fadzil memperlihatkan kebanggaannya terhadap ciptaan robotnya, yang dia gambarkan sebagai satu inovasi berani. AuInilah ciptaanku,Ay katanya. AuSeketika kau pengsan kerananya. Maafkan aku sebab aku tidak tau kau mempunyai suhu darah yang tinggi. Ay AyDan ini,Ay katanya, menekan punat remote control. Lembaga tadi datang lagi daripada arah yang sama. AuInilah ciptaanku yang terbaru. ((IQ:. Dialog ini menunjukkan kebanggaan Fadzil terhadap hasil kerja saintifiknya, memperlihatkan dirinya sebagai seorang inovator yang unggul dan berhak mendapat Sikap ini memberi kesan dalam interaksi sosial, di mana Fadzil menegaskan bahawa hanya pencapaian intelektual yang benar-benar layak dihargai. Melalui bahasa yang angkuh dan teknikal, dia menekankan jurang antara dirinya dan mereka yang tidak mencapai kejayaan serupa, yang secara tidak langsung memperkukuh hierarki sosial dalam interaksi mereka. Cerpen Batin Terseksa! Oh. Lusa Periksa Cerpen ini menjelaskan bahawa modal ekonomi dan sosial yang dimiliki seseorang memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan dan status seseorang dalam masyarakat (Bourdieu, 1. Dalam cerpen ini, watak-watak seperti Hamdi dan Asrul yang berasal dari keluarga berada mendapat layanan istimewa dari masyarakat, walaupun pencapaian peribadi mereka mungkin tidak melebihi watak Jainin. Ini disebabkan modal sosial yang dimiliki oleh Hamdi dan Asrul, yang memberikan mereka keistimewaan dan peluang yang tidak dimiliki oleh Jainin (Bourdieu, 1. Kekuasaan sosial Hamdi dan Asrul ditunjukkan melalui status ibu bapa mereka yang berkedudukan tinggi dalam perkhidmatan awam, dan ini memberikan mereka akses kepada peluang pekerjaan yang lebih baik. Sebagai contoh, berikut adalah petikan yang menggariskan situasi ini: International Journal of Linguistics and Indigenous Culture,November 2024 Vol. No. Pong & Wasli Bahasa Kasar dan Hierarki Sosial Bapa Hamdi bekerja sebagai pegawai tertinggi di salah sebuah jabatan Sementara bapa Asrul pula pengarah atau ketua di salah sebuah jabatan kerajaan di ibu kota. (Batin Terseksa! Oh. Lusa Periksa. : . Kedudukan ini memberikan mereka kelebihan yang tidak ada pada Jainin, walaupun berkelayakan, tetap gagal mendapatkan pekerjaan yang setara. Ini menunjukkan bagaimana status warisan dapat mempengaruhi peluang individu dalam masyarakat. Luahan Jainin memperlihatkan dengan jelas bagaimana status warisan mempengaruhi kedudukan sosialnya. Dalam satu petikan. Jainin menerima surat penolakan untuk jawatan yang dipohon, yang menimbulkan rasa kecewa yang Lapangan kerani adalah kecenderungan Jainin. Lagipun jawatan itu secocok dengan kelulusan dan pengalamannya. Enam bulan kemudiannya setelah menjalani temu duga Jainin menerima sekeping surat daripada pihak berkenaan. Surat itu sungguh menyayat kalbunya. Dia diberitahu bahawa permohonannya untuk menjawat jawatan itu telah gagal tanpa dinyatakan sebab-sebab kegagalannya itu. Mungkin keranaA. dia sendiri hairan: Hamdi dan Asrul berkelulusan LCE grade AoAAo dan Jainin pun demikian juga. Hamdi dan Asrul memegang kelulusan menaip dan Jainin pun demikian juga. Hatinya semakin parah dan terbakar. Lebih-lebih lagi apabila dia tahu Hamdi dan Asrul, kawan setingkatannya telah berjaya dalam permohonan (Batin Terseksa! Oh. Lusa Periksa. : . Dialog ini menunjukkan bahawa kegagalan Jainin untuk mendapatkan pekerjaan bukan kerana kekurangan kelayakan, tetapi disebabkan status sosialnya yang rendah. Ini menggambarkan bagaimana harga diri didasarkan pada status warisan dan bukan pada pencapaian peribadi. Harga diri Jainin yang berasaskan keadaan ekonominya yang sukar tidak diakui oleh masyarakat yang memegang kuasa, sepertimana yang dinyatakan Kamaruzzaman dan Iche . Hal ini memperlihatkan bahawa harga diri Jainin terjejas oleh penilaian sosial yang tidak adil, di mana masyarakat lebih menghargai mereka yang berasal dari latar belakang berpendidikan tinggi dan berpengaruh. Contoh dialog berikut menggambarkan perbezaan harga diri berdasarkan kedudukan sosial serta penggunaan bahasa kasar dalam interaksi mereka: AuTolonglah tuan. Saya orang miskin. Tak ada sanak-saudara. Tak ada yang diharapkan untuk menolong penghidupanku!Ay rayu Jainin dengan nada International Journal of Linguistics and Indigenous Culture,November 2024 Vol. No. Pong & Wasli Bahasa Kasar dan Hierarki Sosial AuTolongA. HahA haA haA Tidak! MustahilA kau bohong. Setahu saya tidak seorang pun yang terlalu miskin di negeri ini Engkau tahu?Ay cela pegawai yang berperut buncit itu. AuAh. tolonglah tuan, tolonglah. Apa tuan fikir saya ni anak hartawan, anak orang yang berada. Oh. jauh sekali tuan. Ay Oleh kerana malu. Jainin tergesa-gesa keluar dengan hati yang tersayat dan berdarah. (Batin Terseksa! Oh. Lusa Periksa. : . Kamaruzzaman dan Iche . menegaskan bahawa penggunaan bahasa, termasuk Aupilihan kata, loghat atau kosa kata tertentu, sering kali menjadi indikator kuat dari status sosial dan ekonominya. Ay Dialog diatas memperlihatkan bagaimana pegawai yang berpengaruh menolak kenyataan hidup golongan miskin seperti Jainin. Nada kasar dan sinis yang digunakan oleh pegawai tersebut mencerminkan sikap angkuh dan merendahkan. Ini menunjukkan bagaimana bahasa kasar berfungsi sebagai alat untuk mempertahankan kedudukan sosial dan menegaskan dominasi. Pegawai itu merendahkan harga diri Jainin, yang sudah sedia rendah akibat status Golongan miskin seperti Jainin sering kali tidak diberi ruang untuk membuktikan betapa pentingnya kesedaran mengenai bagaimana bahasa dan status sosial berinteraksi dalam membentuk harga diri. Dalam konteks ini, penggunaan bahasa kasar bukan sahaja mencerminkan hierarki sosial tetapi juga memperkukuh jurang pemisah antara golongan kaya dan miskin, menciptakan ketidakadilan dalam interaksi sosial. Cerpen Tuntutan Bourdieu . menekankan bahawa modal ekonomi dan sosial yang dimiliki oleh individu memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan dan status mereka dalam masyarakat. Cerpen ini mencerminkan pandangan tersebut melalui watak Liau Karit, seorang pemilik kebun yang kaya, menggunakan kekayaannya untuk memperdaya Gayah, seorang janda yang tidak mempunyai harta. Cerpen ini menggambarkan bagaimana status sosial dan ekonomi yang rendah, khususnya bagi seorang janda, sering kali dipandang rendah dalam masyarakat, menjadikannya mudah terdedah kepada manipulasi dan penipuan. Melalui dialog antara Gayah dan Liau Karit, jelas terlihat bagaimana Liau Karit menggunakan bahasa untuk merendahkan status sosial Gayah sambil menegaskan kedudukannya yang lebih AuTapi liau, aku perlukan usin. Aku tak ada usin sekarang. Biarlah liau serahkan gerannya. Aimulah kata gerannya ada di tangan liau. Jadi Gayah datang nak jualkan tanah itu,Ay rayu Mak Gayah yang melihat Liau Karit cuma tersengih dari tadi. AuSebenarnyaA ahemA!Ay Pak Karit tersengih-sengih lagi. Nampak kilauan gigi emasnya. AuAku tak dapat serahkan geran tanah itu kepada kau Gayah. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture,November 2024 Vol. No. Pong & Wasli Bahasa Kasar dan Hierarki Sosial Tanah ituAAy AuMengapa dengan tanah itu. Bukankah kami yang punya?Ay AuKamu tak ada kena-mengena lagi. Gayah. Sekarang tanah tu bulat-bulat aku yang punya!Ay Mak Gayah terdiam. Air mukanya keruh. Akhirnya Liau Karit tidak mengendahkannya. Lalu dia masuk ke ruang dalam mengambil bantal peluk, sambil mengerling dan terus baring. (Tuntuan: . Kata-kata Liau Karit Aubulat-bulat aku yang punyaAy menunjukkan sikap angkuh dan penafian hak Gayah, mencerminkan ketidakseimbangan kuasa di antara mereka yang kaya dan mereka yang lemah. Meskipun tanah tersebut seharusnya milik Gayah, penafian hak ini menegaskan betapa harga diri Gayah terjejas oleh status ekonominya yang lemah. Liau Karit dengan nada sinis yang menggambarkan manipulasi, berpura-pura mendengar dan membantu Gayah tetapi sebenarnya dia merampas hak Rayuan Gayah tidak mendapat perhatian, malah dipandang rendah oleh Liau Karit yang menunjukkan ketiadaan empati dalam interaksinya dengan Gayah. Selain kata-kata, bahasa tubuh Liau Karit seperti tersengih dan tidak menghiraukan Gayah menambah kesan kuasa yang ditunjukkannya. Sikap tidak peduli dan bermegah dengan kedudukannya ini menunjukkan bagaimana kuasa bukan sahaja disampaikan melalui lisan, tetapi juga melalui tingkah laku yang merendahkan. Gayah pula menggunakan bahasa yang lemah dan penuh rayuan, mencerminkan statusnya yang tidak berdaya. Dia tidak mampu mengekspresikan haknya dengan tegas, yang memperlihatkan batasan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah dan terpinggir. Individu dari kelas sosial rendah, khususnya golongan janda sering kali dipinggirkan dalam masyarakat Melayu (Ahmad & Ibrahim, 2. Situasi ini tercermin dalam kehidupan Gayah selepas kematian suaminya. Pak Angguk. Gayah terpaksa berpindah ke rumah usang ayahnya dan bergantung kepada pekerjaan bermusim yang tidak menentu untuk meneruskan kehidupan: Kematian Pak Angguk yang memurungkan suasana hidupnya menyebabkan dia terdampar di rumah usang ayahnya sendiri. Di sanalah dia menyambung hayat empat kepada termasuk dirinya sendiri. Kampung Sukang adalah sebuah desa yang berdekatan dengan pinggir Laut China. Mak Gayah cuba memulakan hidup baru dengan merambat ikan, mencari kunau, dan menyisir bubuk. Semua kerja-kerja ini tergantung kepada musim-mengikut edaran cuaca. (Tuntuan: . Petikan ini menyoroti keadaan terdesak yang dialami oleh Gayah, di mana dia harus berjuang untuk kelangsungan hidup dalam keadaan serba kekurangan. Hal ini memperlihatkan bagaimana status sosial dan kedudukan ekonomi yang rendah memberi impak besar kepada kehidupan dan identiti dirinya. Ketergantungan Gayah International Journal of Linguistics and Indigenous Culture,November 2024 Vol. No. Pong & Wasli Bahasa Kasar dan Hierarki Sosial pada pekerjaan bermusim yang terhad oleh perubahan cuaca turut menggambarkan ketidakpastian hidup golongan berpendapatan rendah. Melalui watak Gayah, cerpen ini menyentuh isu marginalisasi sosial yang dialami oleh janda, sekaligus menekankan bagaimana kedudukan ekonomi rendah menyukarkan usaha untuk mencapai kehidupan yang stabil dan bermaruah. KESIMPULAN Analisis terhadap empat cerpen Shawal Rajab, iaitu Harga Kemanusiaan. IQ. Batin Terseksa! Oh. Lusa Periksa dan Tuntutan, mendedahkan hubungan yang saling berkait rapat antara bahasa, kuasa dan harga diri dalam konteks masyarakat Melayu. Kajian ini mengesahkan hipotesis bahawa watak-watak dengan status sosial dan ekonomi yang lebih tinggi cenderung menggunakan bahasa yang memperkukuhkan hierarki sosial dan merendahkan mereka yang berada di kedudukan yang lebih rendah. Penggunaan bahasa kasar, sombong dan menghina bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga manifestasi harga diri negatif yang berakar umbi pada ketidakseimbangan Lebih khusus, kajian ini menunjukkan bagaimana bahasa digunakan sebagai alat untuk mengekalkan dan menjustifikasikan ketidakadilan sosial. Watak-watak yang berkuasa menggunakan bahasa untuk menegaskan dominasi mereka, sementara watak-watak yang kurang berkuasa terpaksa menerima perlakuan tersebut, mencerminkan realiti sosial yang tidak adil. Walaupun cerpen-cerpen ini bersifat fiksyen, ia mencerminkan realiti sosial yang wujud dalam masyarakat, di mana bahasa seringkali menjadi medan pertarungan kuasa dan penentu harga diri. Penggunaan bahasa yang berbeza berdasarkan status sosial, pendidikan dan ekonomi mengukuhkan hierarki sosial dan memperlihatkan bagaimana bahasa boleh digunakan untuk mengeksploitasi dan menindas. Oleh itu, kajian ini menyokong penemuan kajian terdahulu yang mengaitkan penggunaan bahasa kasar dengan dominasi sosial dan menunjukkan betapa pentingnya memahami konteks sosial dalam mentafsir penggunaan bahasa. Kajian ini juga menunjukkan bahawa harga diri bukanlah semata-mata persepsi diri individu tetapi juga dipengaruhi oleh persepsi masyarakat sekeliling yang seringkali dibentuk melalui interaksi bahasa. Rekomendasi Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk meneroka dengan lebih mendalam isu harga diri, status sosial dan penggunaan bahasa dalam konteks karya-karya sastera Brunei. Karya sastera seperti cerpen, novel, puisi dan drama sering kali mencerminkan nilainilai budaya, norma sosial serta struktur hierarki yang ada dalam masyarakat Melayu Brunei. Kajian terhadap karya-karya ini boleh memberi perspektif tambahan tentang bagaimana penulis Brunei mengekspresikan isu-isu seperti harga diri, kekuasaan dan status sosial melalui bahasa. Pendanaan Penyelidikan ini tidak mendapat sebarang pembiayaan. Konflik Kepentingan Penulis menyatakan bahawa tidak ada konflik kepentingan dalam kajian ini. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture,November 2024 Vol. No. Pong & Wasli Bahasa Kasar dan Hierarki Sosial RUJUKAN