International Journal of Linguistics and Indigenous Culture https://journal-center. com/index. php/ijlic November 2023 Vol. No. Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli Parlimen Malaysia Syed Saddiq semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia Ke 15 1*Mohd Syafiq Bin Haji Mohd Zunaidi, 2Yabit Alas Universiti Brunei Darussalam *Corresponding Author e-mail: syafiqzunaidi04@gmail. Received: September 2023. Revised: October 2023. Published: November 2023 Abstrak Kemahiran komunikasi seseorang itu sangat penting memandangkan manusia merupakan makhluk sosial dan memerlukan komunikasi bagi melengkapi kehidupan sehari-hari. Mutakhir ini, perkembangan teknologi semakin meningkat dan berkembang pesat ke dalam kehidupan masyarakat. Hampir keseluruhan aktiviti harian yang dijalankan tidak terlepas dari penggunaan teknologi, bermula dari semudah memesan makanan sehingga ke pekerjaan dan pembelajaran. Apalagi dalam bidang politik yang juga tidak terlepas dalam memanfaatkan perkembangan teknologi yang ada. Bidang politik ini merupakan medium yang penting dalam hubungan masyarakat dengan kerajaan sehingga adanya konsep solidariti. Perkara ini disebabkan bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam bermasyarakat. Oleh yang demikian, kajian ini berhasrat untuk meneliti takrif, kepelbagaian ciri, dan peranan penggunaan retorik berlandaskan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown . Selain itu, untuk menelaah penanda-penanda dalam bentuk pemilihan perkataan dan aspek kebahasaan serta mengkategorikan penggunaan retorik yang dimuatkan dalam pengucapan ahli politik Yang Berhormat (YB) Syed Saddiq dalam platform Tiktok. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah pemerhatiaan terhadap video yang berkisar mengenai bidang politik yang disampaikan oleh YB Syed Saddiq dalam akaun rasmi Tiktok beliau dengan memanfaatkan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown . Selain itu, data kajian ini menumpukan kepada tujuh belas buah video Tiktok YB Syed Saddiq semasa berkempen bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia yang Berdasarkan analisis dan perbincangan yang telah dijalankan, kajian ini mendapati empat dari lima jenis retorik moden ditemui dalam pengucapan politik YB Syed Saddiq, iaitu retorik pendedahan 7 peratus, retorik pemujukan 24. 6 peratus, retorik penerangan 15. 2 peratus dan retorik penghujahan sebanyak 9. 4 peratus. Kesemua jenis retorik ini telah dikenal pasti melalui penanda tertentu, seperti penggunaan kata pemeri, kata sendi nama, kata seru, dan penggunaan segmen agama. Kata Kunci: Retorik. Komunikasi Politik. Pengaruh. Syed Saddiq. Tiktok The Use of Rhetoric in the Speech of Malaysian Member of Parliament Syed Saddiq during the 15th Malaysian General Election (GE) Abstract Communication skills are very important considering that humans are social creatures and need communication to complete their daily lives. Lately, the development of technologies is increasing and proliferating in human life. Almost all daily activities are not separated from the use of technology outset from as simple as ordering food until comes to work and study. Thus, the political field is also not exempt from taking advantage of the available technological developments. This political field becomes an important medium in the relationship between the community and the government so that it emerges the concept of unity. The reason is to ensure harmony and well-being in a country. So this study intends to study the definition, variety of characteristics, and role of using rhetoric based on Modern Rhetoric Theory by Enos and Brown . Other than that, to examine the markers in the form of word selection and linguistic aspect as well as categorize the use of rhetoric contained in YB Syed Saddiq's political speech on the Tiktok platform. This study uses the bibliographic methodology and observational methods on videos that revolve around the political field presented by YB Syed Saddiq in his official Tiktok account by utilizing Modern Rhetorical Theory by Enos and Brown . In addition, the data of this study International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. November 2023 Vol. No. Zunaidi & Alas Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli a focused on seventeen Tiktok videos of YB Syed Saddiq while campaigning for the 15th Malaysian General Election (GE). Based on the analysis and discussion that has been carried out, this study found only four out of five types of rhetoric that were used in YB Syed Saddiq's political speech, namely exposure rhetoric of 50. percent, persuasion rhetoric of 24. 6 percent, explanation rhetoric of 15. 2 percent, and argumentative rhetoric of 4 percent. These types of rhetoric have been identified through certain markers, such as the use of adjectives, noun phrases, exclamations, and the use of religious segments. Keywords: Rhetoric. Political Communication. Influence. Syed Saddiq. Tiktok How to Cite: Zunaidi. , & Alas. Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli Parlimen Malaysia Syed Saddiq semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia Ke 15. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture, 1. , 48Ae68. https://doi. org/10. 36312/ijlic. https://doi. org/10. 36312/ijlic. CopyrightA 2023. Zunaidi & Alas This is an open-access article under the CC-BY-SA License. INTRODUCTION Retorik berasal daripada bahasa Inggeris AorhetoricAo yang bersumberkan dari bahasa latin AorhetoricaAo yang bermaksud ilmu berbicara. Menurut Asmah . mentakrifkan retorik sebagai penggunaan atau keupayaan menggunakan bahasa secara efektif. Menurut Harsoyo dalam Rajiyem . pula, retorik merupakan ilmu yang memiliki sifat rasional, empiris, umum, dan akumulatif. Istilah retorik ini diperkenalkan oleh Aristoteles yang pada awalnya hanya dianggap sebagai kecekapan berpidato dan bukannya sebagai ilmu pengetahuan. Seiring peredaran zaman, istilah retorik juga dikembangkan dan menyebar luas dalam pelbagai bidang lain seperti politik, ekonomi, kesenian, pendidikan, dan sebagainya (Dhankik Sulistyarini dan Anna Gustina Zainal, 2. Sejarah perkembangan retorik ini dapat dibahagiakan kepada empat peringkat, iaitu Retorik Yunani Kuno. Retorik Romawi Kuno. Retorik Abad pertengahan, dan Retorik Moden. Menurut Hart . retorik pula mempunyai enam fungsi utama, iaitu, 1/ tidak membebankan . 2/ mengalih perhatian . 4/ menamakan . 5/ pemerkasaan . dan 6/ memanjangkan . Justeru, kajian mengenai penggunaan retorik ini kerap kali dijalankan oleh pengkaji bahasa dari lensa pelbagai bidang. Antara kajian yang pernah dijalankan ialah seperti berikut. dalam bidang periklanan. Noor husna . dan Sharil Nizam ShaAori et al . Seterusnya, dalam bidang keagamaan. Untung suhardi . dan Asep Saepulah . Selain itu, dalam bidang kesusasteraan pula. Rahmah Ahmad Haji Osman dan Mohd Shahrizal Nasir . Akhir sekali dalam bidang politik, seperti Khairul Naziah Binti Mohammad . dan Abdul Razak et al . Tambahan lagi, penggunaan retorik bukan sahaja dianggap sebagai suatu seni pertuturan tetapi digunakan bagi membina kerjasama, kesefahaman, dan keharmonian hidup berdasarkan aktiviti komunikasi seperti politik, pendidikan dan sebagainya (Dhankik Sulistyarini dan Anna Gustina Zainal, 2. Menurut Emalina Fransiska Hia dan Chontina Siahan . bahawa bidang politik juga tidak terlepas dalam memanfaatkan perkembangan teknologi yang ada, baik positif mahupun negatif. Tambahan lagi, menurut Silih Agung Wasesa dalam Faridhian Anshari . perkembangan teknologi media sosial bukan sahaja menjadikan bidang politik semakin luas dan berkembang tetapi penyebarannya International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. November 2023 Vol. No. Zunaidi & Alas Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli a sangat cepat dan bersifat dua hala, iaitu berinteraksi antara penulis dan pembaca. Contohnya, penggunaan aplikasi Tiktok, iaitu ciri komen dimuatkan dalam aplikasi berkenaan yang membolehkan aktiviti interaksi dijalankan. Perkara ini menjadi nilai tambah kepada media sosial masa kini berbanding media massa tradisional. Perkembangan terkini itu meliputi komponen seperti interaktif, aktif, dan kreativiti yang menjamin kesetaraan dan jaringan (Van Dijk, 2. Tambahan lagi, menurut Bennett . Jenkins . Levine . Rheingold . prospek platform digital dalam mempromosikan penglibatan politik khususnya dalam kalangan belia adalah dianggap positif kerana partisipasi pengguna, keterbukaan, perbincangan, dan keterhubungan (Arum Wahyuni Purbohastunti, 2. Justeru, kesemua criteriacriteria ini penting dalam komunikasi politik kerana ia boleh membantu mencapai konsep solidariti. Dalam suasana bermasyarakat, solidariti diperlukan untuk menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam sesebuah bangsa. Abdul Halim Ali . menjelaskan bahawa konsep solidariti ialah bagi menyokong perpaduan integriti dalam interaksi yang erat antara sesebuah masyarakat dan sistem Justeru, pemilihan perkataan dan aspek kebahasaan perlu diberikan perhatian khusus agar mesej yang ingin disampaikan mudah diterima dan dapat mempengaruhi masyarakat (Muhd Mazlan, 2. Persoalannya, bagaimanakah penanda-penanda dalam bentuk pemilihan perkataan dan aspek kebahasaan serta corak penggunaan retorik yang dimuatkan dalam pengucapan politik YB Syed Saddiq dalam platform Tiktok ? Oleh itu, objektif kertas kerja ini dijalankan adalah bagi: 1/ Menjelaskan takrif, kepelbagaian ciri, dan peranan penggunaan retorik berlandaskan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown . 2/ Menelaah penanda-penanda dalam bentuk pemilihan perkataan dan aspek kebahasaan serta mengkategorikan penggunaan retorik yang dimuatkan dalam pengucapan politik YB Syed Saddiq dalam platform Tiktok. Hasil kajian ini diharap dapat membantu dalam memperkembang lagi pengetahuan politik yang boleh dimanfaatkan bukan sahaja pada bahasa yang digunakan dalam bidang politik oleh pembesar negara tetapi kepada aktiviti perdebatan yang dianjurkan di sekolah. juga dapat membantu dalam penggunaan bahasa keseharian seperti keberkesanan dalam berkomunikasi. Pendidikan politik merupakan satu instrumen yang berkesan bagi membina asas bernegara yang matang dan kukuh (Hanneeyzah Bariah, 2. Di samping itu, kertas kerja ini juga bertujuan untuk menyokong hasrat dalam kajian yang dijalankan oleh Khairul Naziah Binti Mohammad . bahawa kajian penggunaan retorik kurang dijalankan oleh pengkaji sama ada dalam atau luar negara. Akhir sekali, kajian ini diharap dapat menambah bahan kajian yang sedia ada dan menjadi perangsang idea baharu untuk pengkaji akan datang. Walau bagaimanapun, tumpuan kajian ini adalah pada bahagian Sosiolinguistik yang dalamnya merangkumi penggunaan Kertas kerja ini telah memfokuskan kepada Teori Retorik Moden yang diperkenalkan oleh Enos dan Brown . kepada pengucapan politik yang disampaikan oleh salah seorang ahli parlimen Malaysia, iaitu YB Syed Saddiq. Pengutipan data ini, diperolehi melalui aplikasi Tiktok, iaitu pada akaun rasmi beliau yang memfokuskan kepada bidang politik sahaja dan bukan kepada konten yang berkisar mengenai promosi dan juga gaya hidup. Tambahan lagi, kajian ini dibataskan kepada video sahaja dan bukan pada gambar dan juga teks. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. November 2023 Vol. No. Zunaidi & Alas Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli a METODOLOGI Selanjutnya, dalam bahagian ini menghuraikan tentang kaedah atau tatacara yang digunakan dalam kertas kerja yang menggunakan pendekatan campuran, iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Bagi kaedah kualitatif ia memberi tumpuan utama kepada video-video pengucapan yang berkisar mengenai bidang politik yang disampaikan oleh YB Syed Saddiq. Bagi kaedah kuantitatif pula, tertumpu kepada peratus kekerapan penggunaan jenis-jenis penggunaan retorik yang terdapat dalam data kajian. Instrumen yang digunakan bagi kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan kaedah pemerhatian. Kertas kerja ini telah menggunakan kaedah kepustakaan ini dengan cara merujuk kepada buku teks dan artikel-artikel yang ada di perpustakaan, dan juga laman sesawang yang relevan dengan kajian ini bagi mendapatkan maklumat tambahan dan mengukuhkan lagi kajian kertas kerja. Kaedah ini juga sering digunakan dalam penulisan akademik contohnya, dalam tulisan Nurul Izzatie Yusri dan Khazri Osman . dan Lina Mastura Jusoh dan Zaleha Embong . Perkara ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah kepustakaan dan merujuk kepada artikel-artikel tertentu dapat menghasilkan kajian yang baik. Seterusnya, kertas kerja ini menggunakan kaedah pemerhatian terhadap video yang berkisar mengenai bidang politik yang disampaikan oleh YB Syed Saddiq. Video-video pengucapan YB Syed Saddiq tersebut dikutip dari akaun rasmi beliau di aplikasi Tiktok. Pemilihan platform ini adalah atas beberapa faktor, iaitu. populariti platform Tiktok yang sangat berkembang dan menjadi buah mulut masyarakat pada masa kini. Buktinya, aplikasi Tiktok melangkaui Google dan Facebook sebagai domain web yang paling popular di dunia (Johan Moreno, 2. Kedua, aplikasi Tiktok ini tertumpu kepada penyajian konten yang berbentuk video sahaja berbanding aplikasi lain, seperti Instagram, dan Facebook yang penyajian kontennya berbentuk campuran, iaitu gambar dan juga video. Aplikasi Youtube yang kontennya juga hanya memfokuskan kepada video. Namun demikian. YB Syed Saddiq tidak mempunyai akaun rasmi dalam aplikasi berkenaan. Pemilihan ahli parlimen Malaysia. YB Syed Saddiq ini pula berdasarkan beberapa faktor, iaitu. 1/ menang banyak pertandingan debat seperti Authe United Asian Debating Championship (UADC)Ay dan Authe Asian British Parliamentary (ABP) Debating ChampionshipAy. Jadi, perkara ini membuktikan kemahiran dan keberkesanan tahap berbahasa beliau yang sangat tinggi dan baik. 2/ membuka AuSekolah by Syed SaddiqAy, iaitu beliau mengajar peserta untuk menjadi komunikator yang mahir dalam menyampaikan komunikasi yang berkesan serta cara menggunakan media sosial seperti Tiktok yang berkesan. Perkara ini juga membuktikan beliau tidak asing dalam kemahiran komunikasi dan penggunaan media sosial. dan 3/ pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan. Beliau sudah diamanahkan dengan jawatan menteri di usia muda dan mendapat gelaran sebagai menteri termuda. Natijahnya, kesemua faktor-faktor ini membuktikan kerelevanan untuk menjadikan YB Syed Saddiq sebagai data kajian bagi kertas kerja Seterusnya, analisis dalam kajian ini tertumpu kepada penggunaan retorik yang memanfaatkan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown . yang kemudian menghuraikan secara rinci setiap pengkategorian yang termuat dalam teori Oleh itu, kertas kerja ini telah menjelaskan langkah-langkah bagi International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. November 2023 Vol. No. Zunaidi & Alas Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli a menjalankan kajian ini. Pertama, pengutipan dan pentranskripsian data. Data-data bagi kajian ini merangkumi video pengucapan YB Syed Saddiq yang berkisar mengenai bidang politik. Video-video yang digunapakai bagi kajian ini terdiri dari video yang dimuat naik pada akaun rasmi Tiktok beliau bermula pada 1 November 2022 hingga 30 November 2022, iaitu sebanyak tujuh belas buah video dan satu video berdurasi lebih kurang seminit. Pemilihan tempoh masa bagi pengutipan video ini adalah atas faktor, pada 19 November 2022 berlangsung Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia ke 15. Jadi, dalam tempoh berkenaan ahli parlimen Malaysia akan mula berkempen bagi pilihan raya berkenaan termasuk YB Syed Saddiq. Dalam tempoh ini jumlah video yang dimuat naik juga bertambah dan isi kandungan video akan lebih menjurus kepada bidang politik yang secara tidak langsung memanfaatkan tahap keberkesanan komunikasi yang tinggi dan baik. Perkara ini akan menjadikan data kajian yang lebih sesuai dan relevan untuk dikaji dalam kertas kerja ini. Seterusnya, video-video yang berkisar mengenai bidang politik akan dimuat turun. Setelah dikenal pasti video-video yang memenuhi kriteria dalam tempoh masa pengutipan data, kemudian diteruskan dengan proses pentranskripsian keseluruhan video yang telah dikutip bagi memudahkan proses selanjutnya. Kedua, pengkategorian dan penganalisisan data. Selepas data-data kajian itu melalui proses pengutipan dan pentranskripsian ia akan dikategorikan berdasarkan jenis-jenis yang dimuatkan dalam Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown . , iaitu pendedahan . , penerangan . , pemujukan . , penghujahan . , dan penceritaan . (Cleanth dan Robert, 1. Penentuan data-data ini dikategorikan mengikut jenis-jenis retorik tertentu berdasarkan penanda-penanda linguistik yang berupa leksikal, frasa, partikel, dan sebagainya yang bersesuaian dengan makna yang dibawa setiap jenis-jenis retorik. Sebagai contoh, retorik penceritaan . digunakan untuk mempengaruhi seseorang dengan memaparkan urutan cerita atau peristiwa sehingga menyebabkan pendengar bersetuju dengan persepsi yang dihasratkan. Retorik penceritaan ini memerlukan empat unsur utama, iaitu tema, plot, penekanan dan gaya bahasa yang Selepas data-data ini dikategorikan kepada jenis-jenis retorik, penganalisisan kekerapan bagi setiap jenis-jenis retorik akan dijalankan untuk melihat corak penggunaan retorik yang digunapakai oleh YB Syed Saddiq. Akhir sekali, proses perbincangan dan kesimpulan untuk meneliti kedua-dua analisis berkenaan untuk menjawab persoalan yang dimuatkan dalam kertas kerja ini. ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN Retorik Pendedahan Merujuk Kamus Dewan edisi Keempat . pendedahan merujuk kepada perihal mendedahkan atau proses yang menjadikan seseorang memahami sesuatu yang asing pada mulanya. Tambahan lagi, pendedahan ini berasal daripada istilah Merujuk Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2. menjelaskan dedah bermaksud buka, singkap, menampakkan, papar, atau bentang. Jadi, secara amnya, pendedahan ini merujuk kepada perkara yang didedahkan agar pendengar atau pembaca dapat memahami dan mengetahui dengan jelas. Menurut Sobariah, . antara teknik yang kerap digunakan dalam retorik pendedahan ini ialah pendefinisian, percontohan, pencerakinan, pengkategorian, perbandingan, sebab dan International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. November 2023 Vol. No. Zunaidi & Alas Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli a Perkara ini juga dipersetujui oleh Mohd Sidin . yang menjelaskan bahawa retorik pendedahan ini lazimnya menggunakan teknik pendefinisian, pengkategorian, pernyataan yang bersistematik, perbandingan dan sebagainya. Kesemua teknik tersebut mempunyai penanda-penanda tertentu yang telah dikenal pasti dan boleh dirujuk melalui contoh-contoh seperti berikut: Pendedahan menggunakan penanda AoadalahAo dan AomerupakanAo. Teknik retorik pendedahan melalui teknik pendefinisian yang menggunakan kata tugas pemeri, iaitu leksikal AuadalahAy dan menggunakan kata sendi, iaitu leksikal AumerupakanAy. Kata pemeri berfungsi untuk menerangkan pengertian, istilah, kata nama, frasa nama, dan sebagainya. Lazimnya kata pemeri bertujuan bagi memberi huraian mengenai subjek yang dapat menghubungkan subjek dengan predikat. Begitu juga dengan kata sendi yang digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan frasa yang lain (Nik Safiah et al, 1. Dalam contoh . menggunakan kata pemeri AuadalahAy diletakkan selepas kata nama AupelanAy untuk memberikan keterangan kepada perancangan insentif yang diberikan kepada majikan bagi membantu golongan muda. Dalam contoh . pula menggunakan kata pemeri AumerupakanAy diletakkan selepas frasa nama Ausalah satu habAy bagi menerangkan jenis dan kualiti hab tersebut. Kedua-dua contoh ini merupakan bentuk pendedahan yang menggunakan kata pemeri dengan tujuan memberikan suatu definisi, istilah, frasa nama, dan frasa adjektif (Khairul Taufiq dan Nor Hashimah, 2. Contohnya: Kini ada insentif yang sangat besar bagi majikan-majikan untuk berikan peluang kedua kepada anak muda ini dan itu adalah pelan yang sangat besar untuk bantu bela anak muda. (TD . Ramai mungkin tidak tahu bahawa Muar merupakan salah satu hab perabot yang terbesar. (TD . Pendedahan menggunakan penanda AosepertiAo. Teknik pendedahan menggunakan penanda kata sendi nama, iaitu leksikal AusepertiAy. Menurut Nik Safiah et al . menjelaskan kata sendi nama kerap digunakan bagi memberikan contoh, langkah, atau panduan tertentu yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama bagi memberikan maklumat tambahan atau pengukuhan bagi pendedahan yang dikemukakan sebelumnya. Dalam contoh . menggunakan penanda AusepertiAy bagi menjelaskan contoh-contoh budaya yang terdapat di Muar. Johor. Dalam contoh . juga menggunakan penanda AusepertiAy bagi memberi penekanan kepada contoh yang dikemukakan, iaitu dana projek benteng banjir. Jadi, penggunaan kata sendi nama AusepertiAy dalam contoh yang diterangkan ini memiliki kepentingannya yang tersendiri dalam menjelaskan atau memberi penekanan tertentu yang cuba disampaikan oleh penutur. Contohnya: Untuk mempromosikan budaya di Muar seperti pesta bulan mengambang. (TD . International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. November 2023 Vol. No. Zunaidi & Alas Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli a . Untuk jangka masa panjang seperti yang saya bahasakan di dalam parlimen. Muar perlu dapat tumpuan dana projek benteng banjir. (TD . Pendedahan menggunakan penanda AodenganAo. Teknik pendedahan menggunakan penanda kata sendi nama, iaitu leksikal AudenganAy. Menurut Nik Safiah et al . menjelaskan kata sendi nama kerap digunakan bagi memberikan contoh, langkah, atau panduan tertentu yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama bagi memberikan maklumat tambahan atau pengukuhan bagi pendedahan yang dikemukakan sebelumnya. Dalam contoh . telah menggunakan penanda AudenganAy untuk memberikan penegasan terhadap pembaharuan lantikan jawatan khusus bagi ahli parlimen Muar. Begitu juga dengan contoh . yang telah menggunakan penanda AudenganAy untuk memberi penegasan terhadap isu masalah pengganguran. Justeru, penggunaan kata sendi nama AudenganAy dalam contoh ini memberikan penegasan tentang idea atau huraian yang didedahkan Contohnya: Saya berharap saya datang lagi sekali, untuk memperbaharui kontrak saya dengan anak-anak Muar. (TD . Kini dah cecah 2 juta anak muda yang terperangkap dengan masalah (TD . Pendedahan menggunakan penanda wang ringgit. Teknik pendedahan menggunakan penanda wang ringgit bagi mendedahkan informasi yang berpotensi untuk mempengaruhi fikiran dan tindakan pendengar kerana hujah dikemukakan merupakan sesuatu yang relevan. Dalam contoh . ini menjelaskan penggunaan penanda wang ringgit digunakan dalam teknik pendedahan, iaitu wang ringgit itu mendedahkan informasi kepada pendengar yang bertujuan untuk menarik perhatian serta rasa ingin tahu. Oleh itu, pendedahan menggunakan penanda wang ringgit berpotensi untuk mempengaruhi fikiran dan tindakan pendengar kerana hujah yang dikemukakan adalah menarik perhatian dan rasa ingin tahu pendengar, memandangkan wang merupakan suatu yang diperlukan dan bernilai yang digunakan setiap hari. Contohnya: All in all, kita berjaya bawa lebih RM 50 juta pembangunan dan kebajikan di Muar. (TD . Lebih RM 2 billion peruntukan, almost a 100 peratus open tender. Bukan untuk kroni, bukan untuk keluarga kerana ini adalah amanah dari rakyat yang wajib saya pertahankan. (TD . Tuntasnya, dengan memanfaatkan teknik retorik pendedahan ini menjadikan hujah atau idea yang ingin disampaikan oleh penutur menjadi lebih efisien dan menarik minat pendengar. Menurut Muhammad Mazlan dan Zaitul Azma . maklumat yang didedahkan akan memberi impak dan kesan yang berterusan kepada International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. November 2023 Vol. No. Zunaidi & Alas Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli a diri pendengar khususnya dalam mempengaruhi minda dan emosi mereka. Perkara ini juga selari dengan prinsip asas retorik moden yang diperkenalkan oleh Enos dan Brown . Retorik Penghujahan Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat . penghujahan merujuk kepada perihal memberikan hujah tentang sesuatu, dan mengemukakan pendapat serta alasan tentang sesuatu. Teknik penghujahan merupakan salah satu cara yang termuat dalam Teori Retorik Moden agar memujuk pendengar untuk mempercayai setiap penjelasan yang dikongsikan kepada mereka (Muhammad Mazlan dan Zaitul Azma . Menurut Nor Azuwan et al . terdapat dua ciri utama bagi menjelaskan teknik penghujahan ini, iaitu suatu kenyataan atau gagasan yang dikemukakan dan disertai dengan bukti yang kukuh. Perkara ini disokong dan ditambah oleh Md. Sidin . , iaitu beliau mengongsikan penghujahan didasari dengan tiga unsur utama, iaitu: pertama suatu kenyataan atau gagasan yang mesti diperkukuh. Kedua, alasan atau bukti untuk menyokong suatu kenyataan. Ketiga, pihak pendengar yang perlu Dalam contoh . penutur menekankan bahawa usaha untuk menambah baik kehidupan masyarakat. Kemudian, penutur menegaskan bahawa penutur sanggup berkorban harta benda untuk kesejahteraan hidup masyarakat. Dalam contoh . pula, menekankan mengenai Muar merupakan pembuat perabot antara yang terbesar dan ditegaskan dengan fakta statistik kedudukan hab perabot Oleh itu, dengan menggunakan kaedah kenyataan dan disokong dengan alasan dan bukti ini mampu menjadikan suatu maklumat yang disaampaikan menjadi lebih kukuh dan mudah diterima pendengar. Contohnya: Kenyataan: Untuk berkhidmat dan membela rakyat. Alasan dan Bukti: sebab itu saya menteri pertama yang isytihar aset. (TD . Kenyataan: Muar merupakan salah satu hab perabot yang terbesar. Alasan dan Bukti: Its number 3 in Southeast Asia. One of the largest in the world. (TD . Sebagai kesimpulan, teknik retorik penghujahan ini salah satu cara untuk memujuk pendengar mempercayai suatu kenyataan tertentu dan diskong dengan alasan dan bukti tertentu yang berkaitan dengannya. Dengan ada alasan dan bukti yang diberikan, pasti mampu meraih kepercayaan pendengar. Menurut Muhammad Mazlah dan Zaitul Azma . menjelaskan bahawa teknik retorik penghujahan ini selari dengan prinsip asas retorik moden yang dikemukakan oleh Enos dan Brown . yang mementingkan elemen seperti kebijaksanaan, kefasihan, kejelasan, dan Retorik Penerangan Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat . penerangan merujuk kepada alat yang digunakan untuk menerangi atau perihal yang menerangkan. Fungsi teknik retorik penerangan ini bertujuan untuk memberi gambaran mengenai keadaan. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. November 2023 Vol. No. Zunaidi & Alas Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli a suasana, tempat, kawasan, orang atau kejadian tertentu bagi menghasilkan imej yang jelas dalam minda pendengar (Husna Hidayah, 2. Menurut Nor Azuwan. Zaitul Azma, dan rakan-rakan . juga menyokong bahawa teknik retorik penerangan ini memberi fokus kepada penerangan tentang gambaran sesuatu yang dilakukan secara rinci agar dapat menghasilkan imej yang lebih jelas dan tepat sehingga boleh dibayangkan oleh pendengar. Menurut Mohd. Sidin . menjelaskan terdapat dua cara untuk menghasilkan imej kepada minda pendengar dengan menggunakan teknik retorik penerangan, iaitu seperti berikut: Gambaran statik. menggunakan kata-kata adjektif bagi menghasilkan gambaran yang ingin disampaikan oleh pendengar. Contohnya penggunaan kata cantik, kacak, dan sebagainya. Gambaran aksi. menggunakan kata kerja bagi menjelaskan sesuatu perkara dengan menerangkan pergerakannya. Contohnya menerangkan watak seseorang seperti bagaimana dia bercakap, berjalan, dan sebagainya. Kesemua teknik tersebut mempunyai penanda-penanda tertentu yang telah dikenal pasti dan boleh dirujuk melalui contoh-contoh seperti berikut: Penerangan menggunakan penanda AomaksudAo. Teknik penerangan menggunakan penanda kata nama, iaitu leksikal AumaksudAy. Leksikal AumaksudAy disini berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan tujuan atau erti yang tersimpul dalam suatu ayat (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2. Dalam contoh . menggunakan penanda kata nama AumaksudAy bagi memberikan penerangan situasi kehidupan graduan baharu bagi kenyataan yang diberikan sebelumnya, iaitu masalah pengangguran. Dalam contoh . juga menggunakan penanda kata nama AumaksudAy bagi memberikan penjelasan mengenai apa yang cuba disampaikan sebelumnya, iaitu AuK12 modelAy. Kedua-dua contoh ini merupakan penjelasan yang ditandai selepas penanda nama AumaksudAy bagi kenyataan yang disampaikan sebelumnya. Perkara ini hampir sama dengan teknik retorik penghujahan, apa yang membezakan cuma penerangan bagi kenyataan teknik retorik ini lebih berbentuk gambaran atau scenario. Contohnya: Underemployment dan meningkat 4 kali ganda. Apa maksudnya? Kalau seseorang itu, melanjutkan pengajaran ke institusi pengajian tinggi, 6 tahun hutang pendidikan RM 100 000. (TD . My suggestion, adopt that K12 model. K12 ini maksudnya daripada masa sekolah rendah sampai ke universiti. There's a limited amount of time, entrance ke universiti pun we control it. Streamline. Focus based on niche and merit. Combine it (TD . Penerangan melalui gambaran suasana. Teknik penerangan melalui gambaran suasana bagi memberikan imej kepada minda pendengar kerana perincian penerangan suasana dan mudah difahami. Dalam contoh . memberikan penerangan melalui scenario bagi kehidupan masa depan International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. November 2023 Vol. No. Zunaidi & Alas Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli a bagi sebahagian graduan. Dalam contoh . pula memberikan penerangan gambaran bagi jangkaan keadaan Muar di masa akan datang. Dalam kedua-dua contoh ini memberikan penerangan yang terperinci dan mudah difahami agar dapat menghasilkan imej dalam minda pendengar. Contohnya: Belajar 6 - 7 tahun untuk dapatkan ijazah tetapi gaji rendah. Hutang pendidikan tinggi. Tak mampu nak beli rumah. Tak mampu nak beli kereta. Terpaksa bekerja 2 ke 3 part time job untuk menampung harga barang yang sangat mahal. (TD . Muar banjir lagi kerana hakisan pantai dan air pasang. Ini bukan kali pertama dan ini tak akan jadi kali terakhir. Yang lebih mencemaskan dianggarkan bahawa Muar akan tenggelam pada tahun 2050. Immediate action must be taken. (TD . Penerangan melalui pengulangan. Teknik penerangan melalui pengulangan bagi tujuan memberi penerangan yang lebih jelas dan menjadi unsur penegas yang dapat mempengaruhi minda pendengar. Dalam contoh . menggunakan pengulangan leksikal AuanakAy bagi menerangkan dan menegaskan bahawa penutur memang seorang anak jati di Negeri Johor. Dalam contoh . pula menggunakan pengulangan Aubukan untukAy bagi memberikan penerangan dan penegasan bahawa penutur tidak memilih kasih walaupun untuk Dalam kedua-dua contoh tersebut memberikan penerangan yang lebih jelas melalui pengulangan leksikal tertentu sekali gus memberi penegasan agar dapat mempengaruhi minda dan fikiran pendengar. Contohnya: Saya merupakan seorang anak Johor. Anak jati Johor dan sebagai anak jati Johor, saya rasa bukan sahaja saya tetapi ramai di Johor sedar bahawa pembangunan itu selalu tertumpu di kawasan Selatan Johor tetapi di belah Utara Johor, ada jurang yang sangat besar. (TD . Lebih RM 2 billion peruntukan, almost a 100 peratus open tender. Bukan untuk kroni, bukan untuk keluarga kerana ini adalah amanah dari rakyat yang wajib saya pertahankan. (TD . Natijahnya, teknik retorik penerangan ini membantu pendengar mencipta gambaran dalam fikiran mereka melalui penerangan penutur. Di samping itu, teknik retorik penerangan ini mampu memberikan kefahaman yang lebih jelas terhadap suatu kenyataan yang disampaikan penutur serta menjadi penegas. Retorik Penceritaan Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat . penceritaan merujuk kepada perihal menceritakan, iaitu menerangkan sesuatu perkara. Menurut Muhammad Mazlan . mentakrifkan retorik penceritaan sebagai sebuah cerita yang memiliki kaitan dengan kenyataan yang disampaikan oleh penutur. Tambahan lagi, retorik penceritaan ini berfungsi sebagai penegas tentang suatu kenyataan yang disampaikan International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. November 2023 Vol. No. Zunaidi & Alas Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli a dalam bentuk cerita-cerita yang berkisar dengan kehidupan harian masyarakat yang juga terselit unsur humor (Zaitul Azma, 2. Contoh-contoh yang termuat dalam retorik penceritaan ini merangkumi cerita pendek, sejarah, novel, hikayat, autobiografi, dan sebagainya. Menurut Mohd. Siddin . menjelaskan bahawa teknik retorik penceritaan ini meliputi penggunaan dialog yang lengkap dan teliti agar mampu menarik perhatian pendengar. Walau bagaimanapun, bagi teknik retorik penceritaan ini tidak ditemui atau didapati dalam data kajian ini. Kertas kerja ini mencuba untuk mencari jika teknik retorik penceritaan ini ada digunakan oleh YB Syed Saddiq dalam video Tiktok beliau. Pada 2 Februari 2023, kertas kerja ini menemui ucapan yang boleh dikategorikan sebagai teknik retorik penceritaan, iaitu AuLihat di Singapura, di setiap stesen bas dan MRT ada laluan pejalan kaki khas. Di Malaysia tidak. MRT belakang rumah tapi macam nak pergi hiking Gunung Kinabalu setiap hariAy. Perkara ini membuktikan retorik penceritaan ini kurang digunakan oleh YB Syed Saddiq kerana tarikh video yang digunakan bagi kajian kertas kerja ini bermula dari 1 November 2022 hingga 30 November 2022 dan jenis retorik penceritaan hanya ditemui pada video 2 Februari Perkara ini selari dengan kajian Dewi Hj Samri dan Haziq Aisha . yang melihat kepada data yang berunsurkan situasi rasmi, iaitu perutusan rasmi kerajaan juga tidak menemui teknik retorik penceritaan dalam dapatan kajian mereka. Namun demikian, jika melihat data dari aspek yang kurang berunsurkan situasi rasmi seperti dalam kajian Asrul Azuan Mat Dehan dan Hajah Nor Azuwan Yaakob . yang melihat pada karya sastera dan kajian yang dijalankan oleh Dewi Haji Samri . yang melihat pada ceramah agama menemui teknik retorik penceritaan yang paling kerap digunakan. Retorik Pemujukan Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat . pemujukan merujuk kepada perihal memujuk, iaitu menggunakan kata-kata manis dengan tujuan untuk melembutkan hati. Astrid . menjelaskan bahawa teknik retorik pemujukan merupakan seni memujuk pendengar agar melakukan perkara yang diingini oleh Tambahan lagi, menurut Azlina . tujuan penutur memberikan kenyataan menggunakan teknik retorik pemujukan ini adalah untuk membuatkan pendengar mempertimbangkannya. Perkara ini juga bertujuan untuk membantu mencapai objektif atau matlamat penutur (Lim Kim Hui dan Har Wai Mun, 2. Oleh yang demikian, teknik retorik pemujukan ini berfokus kepada dua jenis, iaitu pemujukan rasional. berfokus kepada penyampaian hujah yang mampu mempengaruhi pendengar dan pemujukan tidak rasional pula. berfokus kepada menyentuh emosi pendengar dan akhirnya mempengaruhi fikiran dan tindakan pendengar (Azrul dan Nor Azuwan, 2. Kesemua teknik tersebut mempunyai penanda-penanda tertentu yang telah dikenal pasti dan boleh dirujuk melalui contohcontoh seperti berikut: Pemujukan menggunakan partikel Ao-lahAo. Teknik pendedahan menggunakan partikel, iaitu Ao-lahAo. Menurut Nik Safiah et al . yang menyatakan fungsi partikel ini adalah untuk memberi penekanan dan peringatan kepada pendengar. Tambahan lagi, partikel itu boleh berupa penekanan. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. November 2023 Vol. No. Zunaidi & Alas Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli a penegasan, pengukuhan, atau penyataan secara halus bagi pemujukan (Abdullah. Dalam contoh . penanda partikel Au-lahAy digabungkan dengan kata AukeluarAy yang berfungsi untuk memberi pemujukan kepada pendengar. Tambahan lagi, memberi peringatan untuk menjalankan hak, iaitu untuk mengundi. Dalam contoh . pula penanda partikel Au-lahAy digabungkan dengan kata Audi situAy bagi memberi penekanan serta peringatan yang berterusan kepada pendengar mengenai kenyataan Kedua-dua contoh ini berfungsi untuk memujuk sekaligus memberikan peringatan yang berterusan kepada pendengar. Contohnya: Dengan itu keluarlah mengundi jalankan hak anda untuk negara kerana ini berkenaan masa depan negara kita bersama, masa depan Malaysia bersama. (TD . Pulangkan kuasa kepada parlimen. Tidak ada situasi di mana kabinet menentukan segala-galanya. Pulangkan kepada parlimen kerana di situlah institusi rakyat yang sebenar. (TD . Pemujukan menggunakan penanda AowahaiAo. Teknik pemujukan menggunakan penanda kata seru, iaitu leksikal AuwahaiAy. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua . fungsi kata seru itu untuk menarik perhatiaan sebelum menyatakan kenyataan dan lazimnya bagi menyatakan rasa Dalam contoh . dimulakan dengan penanda kata seru AuwahaiAy yang berfungsi memujuk pendengar, iaitu dalam contoh ini anak muda untuk mendengar dan memberi perhatian kepada apa yang ingin diucapkan oleh penutur. Berdasarkan contoh-contoh ini, penanda kata seru AowahaiAo bertujuan untuk menarik perhatian di samping untuk memujuk pendengar mendengar apa yang ingin disampaikan Contohnya: Wahai anak muda. Kamu boleh menjauhi diri daripada politik tetapi politik tidak akan menjauhi diri dari kamu. (TD . Wahai anak muda saya kongsikan impian yang sama seperti anda untuk melihat negara kita maju. (TD . Pemujukan menggunakan penanda AomemperbaharuiAo. Teknik pemujukan menggunakan penanda leksikal AumemperbaharuiAy. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat . memperbaharui ini ditakrifkan sebagai membaiki agar sesuatu itu menjadi barharu. Fungsi leksikal ini untuk memujuk pendengar untuk terus mempercayai penutur. Dalam contoh . menggunakan penanda leksikal AumemperbaharuiAy yang berfungsi untuk memujuk pendengar agar memberi peluang lagi untuk berkhidmat dalam tugas yang Kedua-dua contoh ini menggunakan leksikal AumemperbaharuiAy dengan tujuan untuk memujuk pendengar memberi peluang kepada penutur. Di samping, mencuba meyakinkan dan mempengaruhi minda dan tindakan pendengar. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. November 2023 Vol. No. Zunaidi & Alas Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli a Contohnya: Saya berharap saya datang lagi sekali, untuk memperbaharui kontrak saya dengan anak-anak Muar. (TD . Walaupun, ini namanya pilihanraya, pilihanraya ini kita raikan seperti satu Tetapi, saya di sini, syed saddiq, dengan penuh rasa rendah diri. Lagi sekali datang, ingin memperbaharui kontrak saya sekali setiap 5 tahun, dengan anak-anak Muar. (TD . Pemujukan menggunakan segmen agama. Teknik pemujukan menggunakan penanda segmen agama, iaitu leksikal AuinsyaAllahAy dan memberi salam. Fungsi leksikal Auinsya-AllahAy itu bagi meyakinkan pendengar mengenai keterangan yang disampaikan. Perkara ini adalah kerana takif bagi leksikal Auinsya-AllahAy ini bermaksud jika diizinkan Allah. Selain itu, dengan memberi salam ini memujuk pendengar untuk mendengar keterangan yang akan disampaikan kerana lazimnya pendengar tetap akan menjawab salam berkenaan. Dalam contoh . penggunaan penanda Auinsya-AllahAy bagi memujuk pendengar bahawa penutur akan berusaha semaksimum mungkin serta meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada tuhan. Penggunaan ini diterapkan bagi mengukuhkan usaha yang telah diberikan di samping menyentuh emosi dan menarik perhatian Dalam contoh . pula, penggunaan salam bagi memujuk pendengar mendengar agar memberi perhatian terhadap apa yang cuba diucapkan oleh penutur. Dengan melihat kedua-dua contoh ini membuktikan penggunaan segmen agama juga memainkan peranan dalam memujuk pendengar agar dapat mempengaruhi tindakan dan fikiran pendengar. Contohnya: Apabila kita masuk pilihanraya ini, kita bertanding secara sihat, kita lawan dengan hujah dan fakta, dan kita fokus untuk membina Malaysia maju bermaruah dan berintegriti bersama. Insya-Allah. (TD . Assalamualaikum. Da jia hao. Eppadi Irukinge. Vanakkam. Adakah saya akan lawan? Pada pilihanraya ini? Pada tahun 2018, saya diberikan mandat untuk berkhidmat di Muar dan sampai ke hari ini saya terhutang budi kepada warga Muar. (TD . Pemujukan menggunakan penanda AosanggupAo. Teknik pemujukan ini menggunakan penanda kata kerja, iaitu leksikal AusanggupAy. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat . mentakrifkan leksikal AusanggupAy ialah bersedia dan mampu untuk melakukan sesuatu. Jadi, fungsi leksikal berkenaan untuk memujuk bahawa seseorang itu rela, dan sudi berkorban untuk menunaikan kenyataan yang dihujahkannya. Dalam contoh . menggunakan penanda kata kerja AusanggupAy bagi tujuan memujuk pendengar bahawa penutur rela melakukan apa sahaja bagi kebajikan masyarakat. Manakala, dalam contoh . juga menggunakan penanda kata kerja AusanggupAy bagi mengakui pengorbanan masyarakat yang sanggup ikut serta disamping cuba memujuk pendengar agar dapat International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. November 2023 Vol. No. Zunaidi & Alas Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli a mempengaruhi dan meyakinkan pendengar terhadap apa yang cuba disampaikan Kedua-dua contoh yang menggunakan penanda kata kerja AusanggupAy ini berfungsi untuk memujuk pendengar agar meyakinkan dan memberi sokongan terhadap kenyataan penutur. Di samping itu, penggunaan teknik pemujukan menggunakan penanda AusanggupAy ini mampu menarik perhatiaan pihak pendengar kerana pengorbanan yang rela diberikan penutur menjadikan pendengar semakin tertarik untuk memberi sokongan. Contohnya: Saya sanggup lawan berhabis-habisan, walaupun menggadaikan jawatan menteri, dibuang parti, dihina, dimaki, tetapi prinsip perjuangan dan amanah yang diberikan oleh orang Muar itu tidak akan saya gadaikan. (TD . Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih daripada saya dan keluarga kepada kawan-kawan daripada seluruh Muar yang sanggup turun bersama pada hari ini. (TD . Secara tuntasnya, teknik retorik pemujukan ini mampu untuk mempengaruhi persepsi pendengar seperti yang dihasratkan penutur dengan membuat pendengar berfikir dan mempertimbangkan idea dan hujah yang dikemukakan. Walaupun begitu, setiap kenyataan yang disampaikan penutur perlu mempunyai pemahaman sosial, psikologi yang mendalam dan sebagainya agar pewajaran yang diberikan penutur mampu meyakinkan pendengar sehingga mampu mempengaruhi minda dan tindakan pendengar. Menurut Muhammad Mazlah dan Zaitul Azma . retorik pemujukan ini selari dengan prinsip asas retorik moden yang dikemukakan oleh Enos dan Brown . bahawa setiap ungkapan retorik memerlukan keupayaan kognitif, pemahaman sosial, psikologi, dan penguasaan bahasa tertentu. PERBINCANGAN Daripada keseluruhan kajian yang dijalankan, mendapati bahawa hanya empat dari lima jenis retorik moden yang diperkenalkan oleh Enos dan Brown . yang digunapakai oleh YB Syed Saddiq dalam video Tiktoknya, iaitu retorik pendedahan, pemujukan, penghujahan, dan penerangan. Daripada keseluruhan analisis yang dijalankan, retorik pendedahan merupakan jenis yang paling kerap digunakan, iaitu sejumlah 70 kali bersamaan dengan 50. 7 peratus daripada keseluruhan jumlah retorik yang digunakan. Bentuk yang paling sedikit digunakan pula, retorik penghujahan sebanyak 13 kali bersamaan dengan 9. 4 peratus daripada jumlah keseluruhan. Disamping itu, tiada ditemui penggunaan retorik penceritaan dalam tempoh data Selain itu, retorik pemujukan digunakan sebanyak 34 kali bersamaan dengan 6 peratus dan retorik penerangan pula digunakan sebanyak 21 kali bersamaan 2 peratus. Secara ringkasnya, jumlah penggunaan bagi setiap bentuk retorik boleh dilihat melalui Rajah 1. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. November 2023 Vol. No. Zunaidi & Alas Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli a Rajah 1. Jumlah Penggunaan Bagi Setiap Bentuk Retorik Peratusan ini menjelaskan bahawa retorik pendedahan merupakan teknik yang utama dan dominan digunakan. Perkara ini adalah bersesuaian dengan objektif pengucapan politik yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat berdasarkan fakta dan hujah sahaja. Jadi, pengucapan politik ini kurang memerlukan manfaat teknik retorik penceritaan secara berlebihan. Perkara ini adalah disebabkan oleh maklumat dalam pengucapan politik yang perlu diucapkan secara telus, berterus terang dan bukan menyampaikan maklumat yang samar-samar. Perkara ini disokong dalam dapatan kajian yang dijalankan oleh Hadirah Amalin Hisham dan Fuzirah Hashim . mendapati bahawa YB Syed Saddiq kerap menggunakan lakuan bahasa asertif atau representatif, iaitu sebanyak 45 kali dari 72 berbanding jenis lakuan bahasa yang lain. Lakuan bahasa asertif atau representatif ini merupakan sesuatu idea yang benar dan bukan palsu seperti fakta yang dibuat berdasarkan konteks tertentu. Antara fungsinya adalah untuk menegaskan, menafikan, menyimpulkan, melaporkan, mendapatkan, dan menyatakan sesuatu idea (Searl, 1. Perkara ini menjelaskan dalam pengucapan politik YB Syed Saddiq, lebih kerap berhujah berdasarkan fakta seperti retorik pendedahan dan lakuan bahasa asertif atau Begitu juga dengan ahli politik besar yang lain seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang mengutamakan pernyataan maklumat berdasarkan fakta. Buktinya dalam kajian Lee Ai Chat . mendapati bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam teks ucapannya menggunakan teknik pernyataan maklumat sebagai teknik yang utama dan paling kerap digunakannya, iaitu sebanyak 29. 5 peratus. Selain itu. Farhad dan Sanaz . Alimi et al . Manoharan et al . menjelaskan terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada strategi persuasif dan komunikasi yang berkesan, salah satunya keupayaan penutur menggunakan bahasa yang sesuai untuk menjalinkan hubungan dan kesefahaman antara penutur dengan pendengar. Oleh itu, dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa penggunaan bahasa retorik khususnya retorik moden dalam pengucapan politik merupakan strategi persuasif yang berkesan dalam menjalinkan hubungan International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. November 2023 Vol. No. Zunaidi & Alas Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli a kesefahaman di antara pihak ahli politik dengan masyarakat. Jadi, dengan memanfaatkan retorik sebagai alat penyampaian maklumat agar mudah diterima oleh masyarakat. Tambahan lagi. Teori Retorik Moden ini memainkan peranan penting dalam usaha meyakinkan dan mempengaruhi pemikiran dan psikologi Di samping menjadikan pendengar tertarik dan menumpukan perhatian mereka kepada pengucapan penutur. Perkara ini bertepatan dengan ciri khas retorik yang memberi keyakinan terhadap sesuatu serta dapat mempengaruhi tindakan pendengar selanjutnya (Roderick, 1. KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, kertas kerja ini memanfaatkan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown . untuk menelaah penanda-penanda dan mengkategorikan penggunaan retorik yang dimuatkan dalam pengucapan politik YB Syed Saddiq dalam platform Tiktok, iaitu sebanyak tujuh belas buah video Tiktok. Berdasarkan analisis dan perbincangan yang telah dijalankan, kajian ini mendapati empat dari lima sahaja jenis retorik yang telah ditemui dalam pengucapan politik YB Syed Saddiq, iaitu retorik pendedahan sebanyak 50. 7 peratus, retorik pemujukan 24. 6 peratus, retorik penerangan 15. 2 peratus dan retorik penghujahan sebanyak 9. 4 peratus. Kesemua jenis retorik ini telah dikenal pasti melalui penanda tertentu, seperti penggunaan kata pemeri, kata sendi nama, kata seru, dan penggunaan segmen Dapatan ini selari dengan dengan gaya bahasa ahli politik lain yang mengutamakan pemaparan dan pendedahan fakta. Harapan kertas kerja ini agar dengan adanya ciri dan corak penggunaan retorik dalam pengucapan politik YB Syed Saddiq ini secara tidak langsung dapat membantu memperkembangkan lagi pengetahuan politik yang boleh dimanfaatkan, bukan sahaja pada bahasa yang digunakan dalam bidang politik oleh pembesar negara tetapi mencakupi aktiviti keberkesanan komunikasi seharian oleh masyarakat awam. Oleh itu, menerusi pemanfaatan penggunaan Teori Retorik Moden dalam penyampaian politik merupakan salah satu cara yang baik untuk mengembangkan lagi pengetahuan terhadap keberkesanan komunikasi sehingga boleh mempengaruhi pemikiran dan tindakan ke arah yang lebih baik dan positif. Selain itu, bidang politik ini juga merupakan medium yang penting dalam hubungan masyarakat dengan kerajaan bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam sesebuah bangsa. Bak kata pepatah. Aubersatu kita teguh, bercerai kita robohAy. REKOMENDASI Kajian seterusnya dapat meneliti secara mendalam bagaimana penggunaan retorik dalam video TikTok oleh ahli politik mempengaruhi pendapat dan pandangan masyarakat awam terhadap isu-isu politik. Analisis dapat difokuskan pada respons dan reaksi masyarakat terhadap retorik yang digunakan. Kajian lanjut boleh mengkaji bagaimana penggunaan retorik berubah atau disesuaikan dalam konteks pengucapan multibahasa, khususnya apabila politikus berkomunikasi dalam lebih daripada satu Ini dapat memberikan wawasan ke dalam bagaimana aspek bahasa memainkan peranan dalam daya saing retorik. Kajian bandingan boleh dilakukan untuk memahami perbezaan dalam penggunaan retorik antara TikTok dan platform media sosial lain. Ini dapat membantu mengenal pasti ciri-ciri unik retorik politik dalam setiap platform dan impaknya terhadap audiens yang berbeza. KONTRIBUSI International Journal of Linguistics and Indigenous Culture. November 2023 Vol. No. Zunaidi & Alas Penggunaan Retorik dalam Pengucapan Ahli a Pembiayaan Penyelidikan ini tidak mendapat sembarang pembiayaan Konflik Kepentingan Penulis menyatakan bahawa tidak ada konflik kepentingan dalam kajian ini. DAFTAR PUSTAKA