Alamtara :JurnalKomunikasi dan Penyiaran IslamISSN : 2621-4881 (Printe. ,: 2656-8543 (Onlin. https://ejournal. iai-tabah. id/index. php/Alamtara Volume 8,Nomor2. Desember ALAMTARA. JSI by IAI TABAH is licensed under a Creative CommonsAttribution- NonCommercial 4. 0 International License Naskah masuk 06-Desember-2024 Direvisi Diterima Diterbitkan 11- Desember20- Desember30- Desember2024 DOI : https://doi. org/10. 58518/alamtara. Strategi Komunikasi Dakwah dalam Tafsir Fi Zilal Al-QurAoan: Perspektif Adabi-IjtimaAoI dan Haraki Ahmad Nabil Amir Former associate. International Institute of Islamic Thought and Civilization. Kuala Lumpur. Malaysia E-mail: nabiller2002@gmail. Tasnim Abdul Rahman Universiti Sultan Zainal Abidin. Terengganu. Malaysia E-mail: tasnimrahman@unisza. ABSTRAK: Artikel ini bertujuan mengidentifikasi aliran tafsir yang dikembangkan oleh Sayyid Qutb dalam karyanya yang klasik, tafsir Fi Zilal al-QurAoan dan perannya dalam strategi dakwah dan komunikasi sosial Islam. Ia membawakan analisis tekstual terhadap pandangan-pandangan dakwah, politik dan moral al-Quran yang universal berasaskan pendekatan kultural-linguistik dan metode haraki. Ini diartikulasikan berlandaskan prinsip adabi-ijtimaAoi dan haraki yang mencorakkan idea-idea sosial dan pandangan sosio-budayanya yang inklusif. Penelitian ini bersifat kualitatif . dalam bentuk tinjauan dokumenter dan analisis isi. Data kajian diperoleh dari sumber-sumber primer dan sekunder yang terkait dan ditinjau secara historis, interpretatif, deskriptif dan analitis. Penemuan kajian merumuskan bahawa falsafah dan manhaj tafsir yang digariskan oleh Sayyid Qutb terkesan oleh faham haraki yang membentuk ideologi dan dinamika pemikiran yang intens dalam aliran tafsir yang dibawakannya yang relevan dengan narasi dakwah moden berbasis adabi ijtimaAoi. Prinsip ini mempengaruhi manhaj dan corak pemikiran yang dikembangkan dalam penafsirannya yang moden yang menggarisbawahi doktrin dan falsafah moralnya tentang idealisme politik dan sosial dan peranan Islam dalam pengembangan nilai-nilai dakwah, peradaban, komunikasi lintas-budaya dan tauhid. Kata Kunci: Fi Zilal al-QurAoan. Sayyid Qutb. Tafsir al-QurAoan. Narasi Dakwah Moden. Manhaj Sastera-Budaya. 208 Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rahman Strategi Komunikasi Dakwah Alamtara :JurnalKomunikasi dan Penyiaran IslamISSN : 2621-4881 (Printe. ,: 2656-8543 (Onlin. https://ejournal. iai-tabah. id/index. php/Alamtara Volume 8,Nomor2. Desember ABSTRACT: The paper aims to identify the essential methodology adopted by Sayyid Qutb in his classical work, tafsir Fi Zilal al-QurAoan and its instrumental role in projecting the strategic approaches of modern dakwah communication and outlook. His exegetical work laid out highly profound interpretation and scriptural analysis of the QurAoan and its universal values and political ideas based on cultural-linguistics and dynamic framework. The work set forth to expound socio-ethical principle of the QurAoan and its ideological postulate and implication in contemporary perspective. The study is based on qualitative approaches in the form of library and documentary survey. The data were obtained from related primary and secondary sources and analysed using descriptive, historical and analytical approaches. The finding shows that Sayyid Qutb had formulated an inclusive method of philosophical interpretation of the QurAoan that outlined his dynamic framework . of religious and ethico-legal views as its core ideological roots and basis. The pattern of thought and interpretation were influenced by this method in the development of his tafsir that underlie his socio-political outlook which is relevant in the development of modern narrative of dakwah and inter-faith dialogue. This categorically form the basis of his philosophy and idealism underlying his method that highlighted the essence of Islamic views and its contemporary relevance in modern context that bring forth the cultural dynamic of religious premises and the perenial values of tauhid. Keywords: Fi Zilal al-QurAoan. Sayyid Qutb. QurAoanic Exegesis. Modern Narrative of Dakwah. Cultural-Linguistic Method. PENDAHULUAN Kajian ini menyorot manhaj dan prinsip tafsir yang digariskan oleh Sayyid Qutb dalam kitab tafsirnya Fi Zilal al-QurAoan dengan melihat pada khittah, sumber dan latar belakang penulisannya. Ia mengesani sejarah dan konteks haraki yang menjadi ciri-ciri khas tafsirnya, dan beberapa isu sosio-budaya, dakwah, komunikasi dan teologi yang dirumuskan Permasalahan yang difokuskan dalam kajian ini ialah bagaimana pemikiran Sayyid Qutb dapat diadaptasi dalam konteks dakwah digital atau komunikasi lintas budaya Islam. Dalam hal ini tulisan ini mempertimbangkan beberapa strategi komunikasi dakwah yang digariskan dalam tafsir fi Zilal al-QurAoan dalam membangun narasi dakwah yang moden berbasis prinsip adabi ijtimaAoi dan haraki. Sayyid b. Qutb b. Ibrahim b. Hasan al-Shadhili . Oktober 1906-29 Ogos 1. terkenal sebagai salah seorang ahli tafsir di zaman moden, ideolog, pengkritik sastera, mufassir dan pemikir Islam yang seminal pada abad ke-20. Latar belakangnya yang kental dengan pengaruh dan tradisi Islam telah memungkinkan Qutb menanggapi persoalan-persoalan asas agama dengan baik, menghafal alQurAoan pada usia 10 tahun, dan menyelami turath klasik dengan meluas. Qutb dikenal sebagai salah seorang penggerak dan ideolog terpenting dalam jemaah Ikhwan al-Muslimin di Mesir yang banyak dikaitkan dengan gerakan jihadis dan konservatif Islam yang fanatik dan ekstremis. Tohmahan sedemikian jelas 209 Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rahman Strategi Komunikasi Dakwah Alamtara :JurnalKomunikasi dan Penyiaran IslamISSN : 2621-4881 (Printe. ,: 2656-8543 (Onlin. https://ejournal. iai-tabah. id/index. php/Alamtara Volume 8,Nomor2. Desember tidak bersandar kepada kesahihan fakta dan kenyataan sebenar kerana lebih digerakkan oleh sikap prejudis dan sinis terhadap sosok dan gerakan Islamisnya. Sebaliknya, tulisan-tulisan Qutb banyak mengungkapkan idealisme perjuangan yang dipancang di atas kemurnian tauhid dan syiar Lailaha illaAoLlah. Asas pemikirannya diilhamkan dari idealisme politik dan sosial yang universal dan fahaman dan doktrin tauhid yang dirumuskan oleh pelopor mazhab salaf seperti Ibn Taymiyah. Ibn Qayyim al-Jawziyyah. Muhammad ibn AoAbd al-Wahhab dan Hassan al-Banna. Qutb melihat dirinya, terutama sekali, sebagai seorang pemikir yang dipanggil untuk mengartikulasikan Islam dalam bentuknya yang paling murni, sederhana, dan imperatif, untuk membebaskannya daripada pelbagai salahfaham, yang, menurutnya, telah mengelirukannya selama berabad, di mana sebahagian karya-karyanya ditujukan untuk maksud tersebut (Hamid Algar 2. Dalam muqaddimah tafsirnya Fi Zilal al-QurAoan. Sayyid Qutb menyebutkan pengalamannya hidup di bawah bayangan al-QurAoan yang mengilhamkan pencerahan dan kesedaran yang bermakna tentang nilai dan hubungannya dengan manifestasi alam ghaib dan syahadah: AuAku telah hidup di bawah bayangan alQurAoan dan di sana aku dapat menikmati kefahaman yang sempurna dan meliputi tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam al-wujud, matlamat seluruh alam al-wujud dan terhadap matlamat kewujudan manusia itu sendiri. Ay (Qutb 2000: 1-2, terjemahan Yusoff Zaky Haji Yaco. Tafsir ini ditulis, dan sebahagiannya ditulis semula antara tahun 1951 hingga 1964, selama kira-kira lebih 15 tahun, sebagai hasil karyanya yang terbesar yang terhasil dalam tahanan pemerintah revolusi Mesir, kebanyakannya antara tahun 1950 dan 1960-an. Dalam kata pengantar yang dilakarkan oleh Muhammad Qutb, yaitu adik Sayyid Qutb, mewakili keluarganya terhadap kitab Fi Zilal al-QurAoan ini, ia mencatatkan: AuTafsir Fi Zilalil al-QurAoan ini karya terbesar dan paling berkesan peninggalan penyusunnya, asy-syahid Sayyid Qutb rahimahullahA(Qutb 2000: jil 1/I-II) Nilai sebenar dari kitab tafsir ini, menurut Muhammad Qutb, terletak pada penekanannya tentang soal keyakinan dan keimanan dan pengaruhnya dalam pertumbuhan jiwa, dengan pengertian-pengertian wahyu yang syumul yang diterjemahkannya ke dalam realiti Islam yang sebenar dalam menjelmakan keunggulannya di muka bumi. Tafsirnya dikembangkan dari perspektif global dan falsafah moden yang meliputi aspek-aspek pemikiran, dakwah, tarbiyah dan risalah yang digarap dalam hubungannya dengan kehidupan umat di mana Aupenyusun AuZilalAy mahukan tafsirnya menjadi sebuah karya dakwah, tarbiyah dan pembangkit umat ini agar menyedari tanggungjawabnya dalam ertikata yang sebenar, dan membentuk di muka bumi ini suatu realiti yang mencerminkan hakikat IslamAy (Qutb 2000: jil 1/. Ia menzahirkan cita-cita besar penulisnya untuk mencetak dan melahirkan jil 210 Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rahman Strategi Komunikasi Dakwah Alamtara :JurnalKomunikasi dan Penyiaran IslamISSN : 2621-4881 (Printe. ,: 2656-8543 (Onlin. https://ejournal. iai-tabah. id/index. php/Alamtara Volume 8,Nomor2. Desember al-QurAoan al-farid . enerasi al-QurAoan yang uni. yang berperanan dalam melonjakkan kesedaran dan aspirasi tauhid. Prinsip keimanan ini dijelaskan dengan tuntas melalui kupasannya terhadap aspek-aspek pemikiran dan dakwah dan pengaruhnya yang instrumental terhadap keyakinan dan pandangan hidupnya yang menyeluruh, yang menceritakan Auintisari eksperimen keimanan dan intipati pengalamannya dalam dakwahAy. Gambaran dan latar belakang ini dinukilkan oleh Sayyid Qutb dalam tafsirnya Aupada mulanya tiada maksud untuk menulis sebuah tafsir al-QurAoan mengikut cara yang biasa terdapat di dalam kitabkitab tafsir, tujuannya semata-mata untuk menurunkan pengalaman seorang manusia yang hatinya, akal fikirannya dan seluruh jiwanya terbuka kepada pengertian-pengertian yang diilhaminya daripada pembacaan al-QurAoan alKarim. Ay (Qutb 2000: 1/. Dalam penafsirannya, ia berusaha menghimbau umat Islam untuk melihat, tentang pertumbuhan generasi Islam pertama, yang dibentuk dari pengaruh alQurAoan sehingga mencapai ketinggian yang tak pernah terbayangkan dalam sejarah Dalam konteks ini ia mengajak umat Islam untuk menghayati al-QurAoan dengan cara penerimaan generasi pertama itu, supaya mereka dapat menebus semula entitinya yang hilang yang pernah mengesankan generasi Rabbani itu pertama kali. Tafsirnya memberi kupasan yang menarik tentang intisari ayat dan falsafah moralnya yang dinamik, yang membentuk ideal haraki yang bermakna yang meletakkannya sebagai katalis dan perancang utama kebangkitan Islam moden. mencetuskan iltizam dan daya juang bagi menyalakan obor perjuangan dan meninggikan kalimah tauhid dan harakat dakwah melalui perbincangannya yang merangkul idealisme politik, etika, sosio-budaya, metafizik dan alam dalam pemahaman ayat. Ia memanifestasikan idealisme dan keyakinan terhadap nilai samawi dan realisasinya dalam masyarakat Muslim dalam memaknai kekuatan wahyu dan nilai kepercayaannya yang praktis. Selain tafsirnya yang prolifik ini Fi Zilal al-QurAoan (Di Bawah Lindungan alQurAoa. Sayyid Qutb turut menghasilkan karya-karya seminal yang lain, termasuklah MaAorakat al-Islam waAol RaAosumaliyah (Pertempuran antara Islam dan Kapitalism. Mashahid al-Qiyamah fi al-QurAoan (Pemandangan Hari Kiamat dalam alQurAoa. Taswir al-Fanni fi al-QurAoan (Penggambaran Artistik dalam al-QurAoa. Tifl min al-Qarya . emoir Sayyid Qut. Mustaqbal li Hadha al-Din (Masa Depan Agam. , alIslam wa al-Salam al-AoAlami (Islam dan Kedamaian Sejaga. , al-AoAdalah al-IjtimaAoiyyah fiAolIslam . (Keadilan Sosial dalam Isla. KhasaAois al-Tasawwur al-Islami wa Muqawwimatuh (Karakteristik Konsepsi Isla. Kutub wa Shakhsiyat dan sebagainya. Qutb merupakan penghayat dan penganalisis sastera yang tajam tatkala menyorot karya-karya kesusasteraan yang dilakar oleh penyair dan budayawan Arab yang terkenal. Idealisme dan pemandangan seni yang klasik diperhalusi secara kritis yang mengungkapkan kekuatan imaginasinya sebagai pengamat sastera yang murni. 211 Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rahman Strategi Komunikasi Dakwah Alamtara :JurnalKomunikasi dan Penyiaran IslamISSN : 2621-4881 (Printe. ,: 2656-8543 (Onlin. https://ejournal. iai-tabah. id/index. php/Alamtara Volume 8,Nomor2. Desember Dalam bukunya KhasaAois al-Tasawwur al-Islami wa Muqawwimatuh. Qutb mengajukan interpretasiya tentang Islam, dengan menjelaskan persoalan asas agama dan prinsip asasnya yang terdiri daripada 5 ciri-ciri dasar: al-rabbaniyyah . , al-thabat . tabil atau teta. , al-tawhid . , al-shumul . , al-iman wa al-Aoamal . epercayaan dan amala. (James Toth, 2. Karyanya yang monumental MaAoalim fi al-Tariq (Signposts along the Road. Rambu-Rambu di Jala. merumuskan intisari pandangannya tentang manhaj pemikiran Islam dengan mengupas doktrin La ilaha illa Allah yang esensial sebagai teras yang membentuk pandangan hidup dan inti pemikirannya. Ia diterbitkan pertama kali oleh Kazi Publications pada tahun 1964 semasa penyerbuan harakat kebangkitan di negara Mesir dan menyerlahkan peranan Ikhwan yang fenomenal. Buku ini memuatkan perbahasan yang substantif tentang al-QurAoan, syariah, konsep negara Islam, prinsip akidah, budaya jahiliyah dalam masyarakat Muslim, gerakan perubahan, dan doktrin al-Aoubudiyyah, al-hakimiyyah dan La ilaha illa Allah sebagai manhaj kehidupan. Tema pokok buku ini adalah perbahasan seputar falsafah tauhid dan dasar-dasar syariah, perjuangan ke arah menegakkan nilai kemanusiaan dan pembebasan, dari ketundukan kepada sebarang autoriti yang merampas kekuasaan Tuhan dan keabsahan syariat. Ia menampilkan upaya untuk mengeluarkan generasi al-QurAoan yang unik, dan ini jelas digarap pada mukaddimah kitab: Auumat manusia hari ini sedang berada di ambang kehancuran, bukan kerana ancaman penihilan yang tergantung di atas ubun-ubunnya Ae ini hanyalah sekadar simptom dan bukan penyakitnya yang sebenar Ae tetapi kerana kemanusiaan sudah bangkrap dengan nilai vital yang mustahak bukan untuk penerusan pembangunannya sahaja tetapi bagi kemajuannya yang sebenar. Ay Karyanya ini memunculkan keyakinan baru . qidah jadida. yang membawa transformasi dalam sejarah umat manusia dalam membenamkan tradisi bobrok ala Ia menganalisis kefahaman tauhid dan gerakan pemikiran dan pembaharuan yang timbul di era moden. Buku ini telah mengangkat reputasi penulisnya sebagai arkitek penting dalam mazhab militan Islam moden. Sama ada Qutb berhak dinobatkan dengan penghargaan sinis tersebut, atau sama ada kematiannya telah menterbalikkan MaAoalim fi al-Tariq sebagai teks-ikon kepada gerakan militan Islam masih terus diperdebatkan. Dalam pengenalan buku ini Qutb mencatatkan: Ausaya menulis MaAoalim fi altariq untuk barisan depan yang dinantikan dan diharapkan ini. Karya ini terdiri daripada empat bab: sifat dari manhaj al-QurAoan, konsep dan budaya Islam, jihad di jalan Tuhan, dan kebangkitan masyarakat Islam dan karakteristiknya. Bab-bab ini diambil daripada tafsir yang saya susun. Fi zilaliAol-QurAoan, yang saya telah ubah sedikit di beberapa tempat untuk menyesuaikan dengan topik yang dibincangkan di sini. Saya menulis pengenalan dan bab-bab yang lain pada masa yang berbeza. Dalam menulis bab-bab ini, saya memberikan wawasan untuk mencari apa yang diilhamkan oleh refleksi yang berkembang yang berasal dari sistem wahyu seperti yang diekspresikan dalam al-QurAoan. Ay (Qutb 2. 212 Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rahman Strategi Komunikasi Dakwah Alamtara :JurnalKomunikasi dan Penyiaran IslamISSN : 2621-4881 (Printe. ,: 2656-8543 (Onlin. https://ejournal. iai-tabah. id/index. php/Alamtara Volume 8,Nomor2. Desember Karya-karyanya memperlihatkan cita dan aspirasi dan asas pemikiran alSyahid yang dinamis, yang menitikberatkan praktik hukum dan idea-ideanya yang signifikan, tentang prinsip keadilan, kefahaman metaforik dan simbolis dalam alQurAoan, kekuatan prosa dalam al-QurAoan, kenyataan figuratif dalam ayat-ayatnya, kesedaran agama dan gerakan pencerahan dan revolusi massa, keindahan dan ketinggian syariat dan tafsir haraki dalam al-QurAoan yang telah memangkin aspirasi ke arah kebangkitan dan nahdah Islam di abad mutakhir. METODE Penelitian ini bersifat kualitatif . berasaskan kaedah peninjauan pustaka dan dokumenter, dengan menggunakan teknik analisis data Miles & Huberman yakni reduksi data, penyajian data dan penarikan kesimpulan. Bahan kajian diperoleh dari sumber-sumber primer dan sekunder yang terkait berupa buku, majalah, tesis, jurnal, akhbar, sumber arkib dan manuskrip yang ditinjau secara historis, interpretatif, deskriptif dan analitis bagi membuat kesimpulan dan penemuan akhir HASIL DAN PEMBAHASAN Tafsir Fi Zilal al-QurAoan adalah karya tafsir moden yang berpengaruh dalam konteks pergerakan Islam semasa dan perkembangan tradisi intelektual dan sosiopolitiknya. Ia ditulis oleh Sayyid Qutb selama meringkuk dalam penjara di bawah rejim sosialis Nasser, yang disusun antara tahun 1951-1965 ketika Qutb berdepan dengan tentangan politik dan sosial yang meruncing. Kitab ini disifatkan sebagai tafsir madani dan haraki yang terpenting dan berpengaruh dalam kajian teks alQurAoan pada abad ke 20-21. Ia merungkai persoalan budaya, politik, hukum, syariat, pemikiran dan sains dengan manhaj penulisan yang menarik dan persuasif. Qutb telah menulis perenggan-perenggan awal Fi Zilal al-Quran dalam kolum khas yang dimuatkan dalam Jurnal al-Muslimun dari surah al-Fatihah hingga al-Nahl . dan meneruskan tafsirannya ketika menjadi tahanan politik dari tahun 1954-1964 (Adnan Musallam 2. Menurut Siddiq Fadzil, dalam pengantar terjemahannya terhadap Tafsir Fi Zilal al-QurAoan, kitab tafsir ini, menurut beberapa telahan. Autidak menepati sifat-sifat biasa sebuah tafsir, sebaliknya lebih merupakan suatu siri pidato-pidato panjang. Ay Selain itu ia juga lebih Aumenekankan pemahaman terhadap gaya pernyataan dan penggambaran al-QurAoanAy (Siddiq Fadzil, 1. Kitab Fi Zilal al-QurAoan yang dilakarkan oleh Sayyid Qutb ini telah meninggalkan impak dari pemikiranpemikirannya yang khas dan mengesankan. Ia dianggap sebagai khazanah intelektual yang cukup bernilai dalam persuratan Islam dengan perspektif dan analisis teksnya yang meyakinkan. Menurut Abdullah Saeed . 6: . dalam bukunya. Islamic Thought: An Introduction. Fi Zilal adalah Auantara tafsir yang paling 213 Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rahman Strategi Komunikasi Dakwah Alamtara :JurnalKomunikasi dan Penyiaran IslamISSN : 2621-4881 (Printe. ,: 2656-8543 (Onlin. https://ejournal. iai-tabah. id/index. php/Alamtara Volume 8,Nomor2. Desember mengilhamkan dan teragung dalam dunia kontemporari yang terkesan dengan idea-idea politikus Islam, khususnya penggerak Ikhwan al-Muslimun. Ay Pengaruh kitab Tafsir Fi Zilal ini cukup meluas dan memberi dampak yang signifikan terhadap kitab-kitab tafsir yang dihasilkan selepasnya seperti Kitab Tafsir al-Azhar oleh Buya Hamka . 9: . yang menulis dalam pengantarnya bahawa Fi Zilal al-QurAoan Aubanyak mempengaruhi saya dalam menulis Tafsir alAzhar. Ay Tafsir-tafsir lain yang terkesan dengan Fi Zilal termasuklah Tafsir al-Maraghi oleh Shaykh Ahmad Mustafa al-Maraghi, al-Asas fi al-Tafsir oleh Said Hawwa. Tafsir al-Munir oleh Syaikh Wahbah al-Zuhayli. RawaAoi al-Bayan oleh Shaykh AoAli Sabuni. Tafsir al-QurAoan al-Karim oleh A. Halim Hassan. Zainal Arifin Abbas dan Abdul Rahim Haytami. Tafsir al-Nur oleh T. Hasbi al-Siddiqi. The Message of the QurAoan oleh Muhammad Asad dan sebagainya. Khittah dan Manhaj Tafsir Manhaj yang digariskan Sayyid Qutb dalam tafsir Fi Zilal adalah bersandarkan kepada metode adabi ijtimaAoi yang menfokuskan kepada tafsiran budaya dan sosial yang mengungkapkan bagaimana menanggapi persoalan masyarakat dan umat daripada kefahaman teks al-QurAoan. Ia turut menggariskan manhaj haraki yang mengarah kepada pemberdayaan dan pemerkasaan gerakan, dan melantarkan idea dan metode yang jelas dalam halatuju perjuangan. Tafsirnya menzahirkan kemampanan dan keaslian pemikiran, ketinggian nilai kesusasteraannya yang ekspresif dan puitis, dan keluasan fikrah dan idealisme hukumnya. Ia menampilkan perspektif yang segar dan tersendiri tentang relevensi al-QurAoan terhadap kondisi umat Islam hari ini, yang menyingkapkan refleksi pemikirannya yang mendalam, tentang syariat dan penalarannya terhadap nas dan semangatnya yang implisit, yang berbeza dengan pandangan-pandangan fiqh tradisional. Ia menzahirkan tantangan moden, dan cabaran pemikiran baru yang dihadapi dunia Islam kontemporer, yang menampilkan kelainan dari sudut manhaj, dan upaya untuk berganjak daripada tradisi dogmatik dalam interpretasinya terhadap nas secara koheren dan logis. Ini dibayangkan oleh Muhammad Qutb dalam kata pengantarnya ke atas naskhah terjemahan tafsir In the Shade of the QurAoan: Ausetelah menghabiskan sebahagian besar hidupnya Audi bawah lindungan al-QurAoanAy dan setelah terlibat dalam perjuangan dan jihad menegakkan Islam, pengarang tafsir ini tidak bermaksud untuk hanya menulis sebuah tafsir yang lain. Beliau mempunyai matlamat yang berbeza yang dirasakannya dapat dicapai dengan menulis tafsir iniAzaman ini, merekalah yang memberikan tafsir ini coraknya dan menentukan titik-titik penekanannya. Ay (Muhammad Qutb 1979: x. Tujuan yang disinggung oleh Muhammad Qutb di sini ialah maksud pengarangnya untuk menerangkan relevansi al-QurAoan kepada manusia, dalam mendidiknya menurut manhaj ilahi, menjelaskan sifat Islam yang sebenar, asas, nilai dan perundangannya atau kod yang praktikal yang mengawal kehidupan masyarakat Islam dalam setiap 214 Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rahman Strategi Komunikasi Dakwah Alamtara :JurnalKomunikasi dan Penyiaran IslamISSN : 2621-4881 (Printe. ,: 2656-8543 (Onlin. https://ejournal. iai-tabah. id/index. php/Alamtara Volume 8,Nomor2. Desember lapangan, di mana Aunilainya yang utama ialah, bagaimanapun, ia akan menyediakan sarana bagi pemahaman yang komprehensif tentang prinsip Islam seperti yang digariskan dalam al-QurAoan. Ay (Muhammad Qutb 1979: vi. Tafsir ini juga banyak terkesan oleh gaya pernyataan dan penggambaran alQurAoan. Ini diperlihatkan dalam cara perumusannya terhadap pernyataanpernyataan ayat khususnya dalam pelukisannya terhadap surah-surah yang diturunkan di peringkat awal dakwah di Mekah, seperti surah al-Muzzammil, alMuddaththir, al-Qalam dan sebagainya. Ini seperti dihimbau dalam penayangannya tentang inti surah al-Muddaththir. Audemikianlah, surah ini merupakan salah satu pusingan dalam siri perjuangan, perang urat saraf yang dilancarkan oleh al-QurAoan untuk mengikis unsur-unsur jahiliyah dan segala konsepsi bawaannya yang ujud dalam jiwa dan pemikiran Quraysh. Di samping itu untuk menentang kedegilan dan tipu helah penentangan yang sengaja mereka rencanakan dengan berbagai caraAy (Siddiq Fadzil 1980: . , dan intisari surah al-Muzzammil. Ausurah ini mengandungi ayat-ayat pendek yang mengalir deras dengan pelbagai bentuk hujungan . dan rima . , membawakan irama yang tenang perlahan pada suatu ketika dan bertukar menjadi kencang dan rancak pula pada ketika yang lain terutama ketika melukiskan pemandangan tipu daya pendusta (Aoabasa wa basa. AAy (Siddiq Fadzil 1980: . dan rumusan singkatnya tentang kekuatan juzuk ke-30 dan kekhususannya dari segi nada, bentuk, sistematika dan topik pembicaraannya yang membentuk kesatuan yang saling berkaitan (Bey Arifin & Jamaluddin Kafif 1984: . di mana logika tafsirnya tergabung dengan wawasan intelektual, dan kehalusan nilai-nilai linguistik, artistik, dan semantik yang tinggi. Fikrah Asas Tafsir dan Relevansinya dengan Narasi Dakwah Moden Pemikiran Sayyid Qutb yang diungkapkan dalam tafsirnya memberikan pengaruh yang menentukan dalam mencorakkan pandangan tafsir moden yang berhaluan rasional, kesan dari perspektifnya yang liberal, dinamik, saintifik dan Kekuatan idea dan aktivisme Islamnya turut melahirkan gerombolangerombolan Islamis yang berhasil mengembangkan mazhab Qutbiyyah di dunia Islam. Dalam konteks dakwah, ia terpakai sebagai penganjur nilai-nilai intelektual dengan pendekatan sastera dan linguistiknya yang kental. Menurut Giedre Sabaseviciute . komitmen Islamisnya adalah kesinambungan dari projek Bercanggah dengan faham ketidaksejajaran Islam dan sastera, beliau berhujah bahawa Islamisme menyediakan Qutb cara yang baru untuk melanjutkan pencarian metafiziknya pada masa gerakan anti-kolonial yang semakin meningkat telah membawa kehancuran kepada model-model persuratan Romantik. Ini ditelusuri dari perkembangan pemikiran Qutb selari dengan peralihan jaringan persahabatan dan dukungannya dan keterlibatannya dalam layar budaya Kaherah yang sedang berkembang. Khittah yang jelas terkait dengan fikrah dan idealisme tafsirnya yang mendasar ini telah digariskan Qutb dalam muqaddimahnya yang menggambarkan 215 Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rahman Strategi Komunikasi Dakwah Alamtara :JurnalKomunikasi dan Penyiaran IslamISSN : 2621-4881 (Printe. ,: 2656-8543 (Onlin. https://ejournal. iai-tabah. id/index. php/Alamtara Volume 8,Nomor2. Desember dan menyorot secara telus pencapaian dan kesulitan manusia kontemporer berdasarkan pesan al-QurAoan, dan meneroka kekayaan hikmahnya dan membentangkan petunjuknya yang tak ternilai bagi manfaat masyarakat moden yang canggih, namun terkeliru dan bingung (Adil Salahi, 2. Menurut Adnan Musallam . pandangan dan fokus Qutb tentang kajian al-QurAoan mengalami perubahan yang drastik ketika Perang Dunia Kedua. Meskipun dalam tempoh antara 1939 dan 1947 Qutb menekankan sepenuhnya tujuan artistik atau sastera dalam kajian al-QurAoannya, kesan spiritual yang berpanjangan dari kajian alQurAoannya yang mendalam adalah ketara. Keterasingannya dari status quo dan dari peradaban Barat mendorongnya untuk semakin beralih kepada al-QurAoan sebagai tempat perlindungannya bagi keperluan peribadinya dan jawapannya terhadap penyakit dalam masyarakatnya (Adnan Musallam, 2. , di mana AualQurAoan, lebih daripada mana-mana faktor yang lain, instrumental dalam mengeluarkannya daripada pergolakan yang dialaminya dalam pencariannya yang sia-sia terhadap hal-hal yang infinit ke dalam kepercayaan yang kuat pada jalan hidup Islam. Ay Pemikiran tafsirnya telah memberi kesan yang meluas terhadap diskursus dan perkembangan harakat tafsir dan mazhab pemikirannya yang berkembang dalam tradisi dan sejarah modennya dan meninggalkan legasi yang penting dalam falsafah politik dan hukum dan dakwah Islam semasa. Pemikiran tafsirnya yang dinamik dan produktif ini turut mempengaruhi ruang intelektual dan diskursus awam di Mesir dan menjalar ke dalam ranah politik praktis (Misbah Hudri, 2024: Aspirasi pencerahan yang diungkapkan telah membentuk ideal haraki yang bermakna yang meletakkannya sebagai katalis dan perancang utama kebangkitan Islam moden. Fi Zilal al-QurAoan disifatkan sebagai karya asas pergerakan yang berkesan dalam menggilap semangat jihad, dan membangkitkan kesedaran dan ruh Menurut Mohd Syauqi Md Zahir . 1: . , tafsir ini mengetengahkan manhaj haraki dan tarbawi, yang banyak mengupas isu-isu politik dan memberikan kritikan sosial. Qutb disifatkan sebagai mufassir al-maydan . entafsir yang bersama di gelanggang dan merasakan denyut nadi rakya. yang telah memungkinkannya untuk melakarkan tafsiran yang bermakna dan segar, dan menghidupkan erti perjuangan dan pelaksanaannya yang sebenar. Manhaj yang ditempuh oleh Sayyid Qutb ini diungkapkan dengan tuntas oleh Salah AoAbd alFattah al-Khalidi . dalam bukunya Fi Zilal al-QurAoan fi al-Mizan: AuSesungguhnya Sayyid menuruti jalan yang mulia yang ditetapkan oleh para ulama tafsir. maka ditafsir alQurAoan dengan al-QurAoan, kemudian dengan hadith Nabawi . , kemudian dengan sirah Rasulullah . dan para sahabatnya, kata-kata para sahabat, dan nukilan riwayat yang dikutip dari golongan salafussoleh. Ay Penulisannya telah menzahirkan pengaruh yang signifikan dalam pemikiran dan perjuangan Ikhwan al-Muslimin, dan turut mencorakkan kefahaman dan idealisme gerakan moden yang lain. Ia memperjelas ideologi dan semangat 216 Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rahman Strategi Komunikasi Dakwah Alamtara :JurnalKomunikasi dan Penyiaran IslamISSN : 2621-4881 (Printe. ,: 2656-8543 (Onlin. https://ejournal. iai-tabah. id/index. php/Alamtara Volume 8,Nomor2. Desember perubahan dan nilai-nilai inklusif dan maslahat yang dianjurkan oleh al-QurAoan. Dalam konteks ini, ia menekankan asas dakwah yang sederhana dan menolak fikrah yang ekstrimis dalam gerakan, sebagaimana dinukilkan dalam buku Sayyid Qutb ash-Syahid al-AAozal oleh Muhammad Qutb: AuKita adalah daAoi bukan qadi, tugas kita bukan menghukum orang tetapi mengenalkan mereka hakikat La ilaha illaAoLlah kerana kebanyakan manusia tidak mengetahui kehendak dan tuntutannya yang sebenar iaitu kita harus berhakim dan berhukumkan syariat AllahAbahawa menghukum orang memerlukan pembuktian yang jelas, pasti dan tidak ada keraguan lagi dan ini adalah suatu yang di luar kuasa kita apa lagi memang kita adalah pendakwah, bukan pemerintah. Tugas dakwah ialah menerangkan hakikathakikat Islam, bukan menghukum orangAy (Siddiq Fadzil, 1980: . , yang mengingatkan tentang pendirian pemimpin al-Ikhwan Hasan Hudhaybi yang terhimpun dalam karyanya DuAoat La Qudat (Pendakwah bukan Penghuku. Ia menggambarkan nilai yang seminal dari penghayatan hukum dan maqasid yang syumul dan peran dakwah dalam penegakkan syariat dan maslahah. Prinsip yang dizahirkannya merumuskan pandangan dan nilai-nilai beragama yang seimbang berasaskan prinsip kesederhanaan. Pengaruh fikrah dan ijtihad yang dikembangkan dalam Fi Zilal al-QurAoan tentang nilai dakwah, ketaqwaan dan penghayatannya ini mencerminkan kekuatan dan relevensi pemikiran asy-syahid dalam dunia Islam kontemporer yang dapat dimanfaatkan dalam komunikasi sosial Islam dan dialog lintas-budaya. Terjemahan Tafsir Terjemahan tafsir Fi Zilal al-QurAoan telah dikemukakan dalam pelbagai bahasa di dunia termasuk Indonesia. Melayu. Inggeris. Urdu. Turki. German. Parsi, dan Bengali sejak pertama kali dicetak oleh Dar al-Shuruq. Terjemahannya dalam bahasa Melayu telah diusahakan oleh DatoAo Yusof Zaky Yaacob . , seorang penulis dan pengarang besar dan pengasas majalah Dian . Siddiq Fadzil . Ismail b. Muhammad Hassan (Surah Ali AoImra. , dan Siti Rabiah Sarnab (Juzuk AoAmm. Usaha ini merupakan sumbangan yang signifikan dalam mengetengahkan pemikiran tafsir Sayyid Qutb ke rantau Melayu. Terjemahan yang dikemukakan oleh Siddiq Fadzil mengungkapkan ketinggian dan kehalusan sasteranya dalam menterjemahkan teks Fi Zilal, seperti dikemukakan pada surah al-Muddaththir: Aumula-mula junjungan . terjun ke dalam medan pergelutan jiwa untuk menyelamatkan jiwa manusia yang tenggelam lemas dalam samudera kekarutan faham jahiliah yang teguh bersauh di perut bumi dengan tenaga Untuk melepaskan jiwa manusia yang kaku terbelenggu dengan rantai penjara palsu. Ay (Fi Zilal, 6/3. KESIMPULAN Dalam merumuskan intisari pemikiran dan manhaj yang dibawakan oleh 217 Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rahman Strategi Komunikasi Dakwah Alamtara :JurnalKomunikasi dan Penyiaran IslamISSN : 2621-4881 (Printe. ,: 2656-8543 (Onlin. https://ejournal. iai-tabah. id/index. php/Alamtara Volume 8,Nomor2. Desember Sayyid Qutb dalam kitab Tafsir Fi Zilal al-QuAoran ini, secara ringkasnya dapat dinyatakan bahawa idea dan pengetahuan tafsir yang diungkapkannya menyediakan ikhtisar tentang garis besar pandangan hidup al-QurAoan dan intisari dakwah dan fiqhnya. Ia mengungkapkan kesedaran dan kefahaman tafsir yang moden yang dijelaskan dalam perumusannya yang signifikan terhadap makna dan kefahaman ayat yang mencakup dinamisme moral dan sosialnya, kekayaan hikmah dan pesan universalnya, nilai dan petunjuknya dan perspektifnya yang Interpretasinya merefleksikan pengaruh tafsir sebelumnya, dari mazhab salafiyah Aoaqliyah yang dirintis Muhammad Abduh dan Mahmud Syaltut yang berhaluan al-Manar dengan corak adabi ijtimaAoi. Aliran tafsir ini menjurus kepada penegakkan maslahah dan penggemblengan ruhul jihad dan kesedaran Ini diartikulasikan dengan berkesan melalui penggarapannya tentang pandangan dunia tauhid dan konsep ketuhanan yang transenden dan mengkritik kebobrokan masyarakat moden yang bangkrap nilai dan tenggelam dalam kebiadapan jahiliyah. Dalam kaitan ini ia menarik pembacanya kepada tantangan alam pemikiran mutakhir yang berfaham materialistik dan tak bertuhan yang termanifestasi dalam ajaran kapitalisme dan komunisme dan menetapkan garis batas yang tercerna dari pokok-pokok ajaran syariat dan ideologinya yang imperatif, yang membawa nilai-nilai kebenaran dalam konteks narasi dakwahnya yang moden. BIBLIOGRAFI Adnan Musallam. From Secularism to Jihad: Sayyid Qutb and the Foundation of Radical Islamism. Westport. Conn. : Praeger. Al-Khalidi. Solah A. Fi Zilal al-QurAoan fi al Mizan. Jordan: Dar Ammar. Al-Khalidi. Solah A. Asy-Syahid Sayyid Qutb: dari kelahiran sehingga kewafatan. Terjemahan. Mohd Darus Senawi Ali. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Darussofiah. Hamka. Tafsir al-Azhar. Jil. Singapura: Pustaka Nasional. James Toth. Sayyid Qutb: The Life and Legacy of a Radical Islamic Intellectual. New York: Oxford University Press. John Calvert. Sayyid Qutb and the Origins of Radical Islamism. New York: Columbia University Press. Misbah Hudri 2024. Diskursus Taat Pemerintah Perspektif Sayyid Qutb dalam Tafsir fi Dzilal al-QurAoan (Studi Pembacaan QS. Al-NisaAo . : . Rausyan Fikr Jurnal Ilmu Studi Ushuluddin dan Filsafat 20 . , 27-56. Mohd Syauqi Md Zahiri. AuMembedah Di Bawah Bayangan al-QurAoanAy. Seminar Pemikiran Politik Islam: Asy-Syahid Sayyid Qutb, 16 Julai. International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC). Kuala Lumpur. 218 Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rahman Strategi Komunikasi Dakwah Alamtara :JurnalKomunikasi dan Penyiaran IslamISSN : 2621-4881 (Printe. ,: 2656-8543 (Onlin. https://ejournal. iai-tabah. id/index. php/Alamtara Volume 8,Nomor2. Desember Qutb. Sayyid. In The Shade of the QurAoan. Terjemahan. Salahi & A. Shamis. Pengantar Muhammad Qutb. London: MWH London Publishers. Qutb. Sayyid. Di Bawah Naungan al-QurAoan. Terjemahan. Bey Arifin & Jamaluddin Kafif. Juz. Surabaya: Pt. Bina Ilmu. Qutb. Sayyid. Karakteristik Konsepsi Islam. Terjemahan. Muzakkir. Bandung: Penerbit Pustaka. Qutb. Sayyid. Fi Zilal al-QurAoan. Kaherah: Dar al-Shuruq. Qutb. Sayyid. Tafsir Fi Zilal al-Quran Ae Di Bawah Bayangan al-Quran. Diterjemahkan oleh Yusuf Zaky Haji Yaacob. Kuala Lumpur: Pustaka Press. Qutb. Sayyid. In The Shade of the QurAoan. Terjemahan. Adil Salahi. Markfield. UK: Islamic Foundation. Qutb. Sayyid . Milestones. CreateSpace Independent Publishing Platform. Qutb. Sayyid. Basic Principles of the Islamic Worldview. Terjemahan. Rami David. Pengantar. Hamid Algar. Islamic Publications International. Qutb. Sayyid. Memoir Sayyid Qutb Budak Kampung. Terjemahan. Ahmad Nabil Amir. Gombak: IIUM Press. Sabaseviciute. Giedre. Sayyid Qutb: An Intellectual Biography. New York: Syracuse University Press. Saeed. Abdullah. Islamic Thought: An Introduction. London & New York: Routledge. Shepard. William E. Sayyid Qutb and Islamic Activism: A Translation and Critical Analysis of AuSocial Justice in IslamAy. Leiden: E. Brill. Siddiq Fadil. Di Bawah Naungan al-QurAoan / Sayyid Qutb. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia. Yusuf. Badmas Lanre. Sayyid Qutb: A Study of His Tafsir. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust. 219 Ahmad Nabil Amir. Tasnim Abdul Rahman Strategi Komunikasi Dakwah